Tuhan menciptakan kehidupan selepas kematian..bukankah kehidupan dahulu baru kematian?
Dan sungguh kehidupan sebenar adalah selepas bangkit dari meninggalkan dunia.
Maka bumi berkata..
Selamat datang kepada yang taat.
Tiada ucapan selamat pada yang ingkar.Maka jadilah alam itu dua keadaan.
Taman syurga atau lembah neraka.
Permulaan bermula kehidupan yang sebenar-benarnya.
Maka terjadilah pertanyaan tanpa memori juga akal.
Hanya amal berbicara dan bersaksi setiap rakaman perlakuan di dunia.
Maka bergetar ketakukan dikuasai gerun kerana bengis sang mungkar.
Ditukul terbenam 70 hasta.
Direntap kasar lagi.
Sisi kanan dan kiri kediamannya menghimpit..
Rusuk kanan kiri bertemu,
Berceragah!!
Bau dari neraka menebar.
Sesaat seakan seabad.Maka tenang dia bicara. Amalnya menaungi diri dan lisannya. Sang mungkar berwajah indah bertanya.
Dihampar kediamannya seluas mata memandang.
Ada hembusan wangian syurga menyelungi taman itu.
Ada tawa wanita jelita.
Tanpa beban juga derita.
Dia beristirehat semahunya.
Seabad seakan sesaat.Para manusia yang masih 'hidup' dalam senda gurau. Hanya melihat himpunan nisan di tanah statik. Rupanya kejadian besar dibalik kediaman itu....
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.