Aku pergi bersama datuk ke kedai. Ada barang yang perlu dibeli. Sepanjang perjalanan itu, aku seperti pernah melalui kawasan itu tapi keadaan sudah agak berubah.
Sedang aku menuju ke kawasan kedai bersama atuk, tiba tiba ada barisan panjang dari belakang. Mereka kebanyakkannya memakai serba hitam.
Nampak gaya seperti orang masjid. Kebanyakkannya berketayap dan memakai kurta juga. Tumpuanku teralih kepada keranda yang di usung. Rupanya ada orang meninggal hari ini.
Dalam kumpulan ramai orang yang lalu, seramai tiga orang yang aku memang kenal. Sempat aku bertanya kepada salah satu mereka tentang jenazah namun dia lebih bertanya tentang aku yang sudah lama tak kelihatan. Aku gelar dia sebagai 'S'.
S sepertinya lebih bertanya tentang aku berbanding jenazah yang di usung mereka.
Ternyata yang dua orang rakan ku kenali berlalu tanpa menoleh tak sempat aku menyapa mereka terus tinggalkan aku. Pertama 'R' yang berlalu selepas itu H pula melepasiku tanpa sebarang reaksi.
Setibanya aku dan atuk ke kedai. Aku melihat tiada kedai berada di situ. Keadaanya seperti sedang dibaik pulih. Namun pandangan sempat menangkap seseorang di ruang jendela. Dia adalah anak kepada pemilik kedai. Rupanya kedainya masih ada cuma yang kedai yang lama di baik pulih.
Aku dan atuk menuju ke kedai itu. Kami menaiki tangga dan memasuki kedai. Ternyata ada seorang lelaki tua yang sangat berumur. Dia sedang berbaring di atas katil. aku dan atuk mencari barang yang kami perlukan tadi. Selama mata kami menggeledah, sebanyak 4 kotak arak terbiar di situ. Tiba tiba suara serak basah menyapa dari katil. Rupanya suara itu dari lelaki tua yang baru sedar.
Atuk dan dia berbual tentang kencing iblis itu, aku berfikir seketika tanpa mengikuti isu perbualan mereka. Sepertinya aku pernah mengenali lelaki tua itu. Kalau tak salah dia muslim juga.
Arak mahal dengan botol eksklusif itu bertingkat tingkat terbiar di situ.
Atuk datang menyapaku. Lalu kami mencari barang yang kami perlu tadi. Seperti tiada di sini. Kemudian anak kepada pemilik kedai tadi menyapa mungkin ada kedai sebelah jelasnya.
Sebenarnya kami ingin pergi ke kedainya tetapi seakan ada dimensi sama saat aku dan atuk masuk menaiki tangga itu.
Saat kami menuruni tangga kedai itu. Aku melihat jemaah masjid tadi riuh mengangkat jenazah. Entah apa berlaku tiba tiba jenazah itu jatuh ke bawah dan terurai kafannya.
Aku sangat terkejut. Ternyata yang aku nampak adalah Si 'R' yang baru berapa minit berjalan melewatiku semasa dalam perjalanan. Wajahnya kaku sahaja cuma ada tumbuhan ulat memenuhi tangan dan kakinya.
Keadaan ngeri tu aku tinggalkan tanpa melihat dan bertanya lebih dekat. Mungkin mainan perasaan ku saja.12:30 tengah hari
JumaatAku bersiap dan membersihkan diri menuju ke masjid bersama keluargaku.
Setelah sampai di masjid, aku dan keluargaku pihak lelaki duduk mengambil tempat sebelum khutbah jumaat bermula.
Ada beberapa orang sedang solat tahiyatul masjid. Tiba tiba seorang dari belakang melangkah dengan agak laju lalu melanggar budak remaja dalam lingkungan 14 tahun yang sedang solat sunat. Serta merta budak itu menangis. Namun jemaah surau seakan tak peduli seperti tiada apa yang terjadi. salah seorang dari barisan saf kami memaki dengan lantang.
Mungkin dia agak marah dengan kejadian itu. Cuma aku tak pasti sama ada dia marah kerana bising menangis atau perbuatan terkutuk yang melanggar orang sedang beribadat.Selesai khutbah berlangsung. Jemaah berdiri semasa sedang iqamat. Apa yang menghairankan aku, dahulu masjid ini kiblatnya seperti kedudukan kami menghala ke arah mimbar tetapi kini kiblat solatnya bertentangan arah mimbar. Ramai jemaah yang sudah menghadap ke belakang dengan kiblat yang baru?
Adakah matahari terbit bukan lagi dari kedudukan asal?
Zuuupppppp!!!
Aku sedar dari permainan tidur.
Catatan:
Sebenarnya tu mimpi sy semalam, rasanya banyak mesej atau maksud tersurat dan tersirat dalam mimpi tu. Sebab tu sy kongsi di sini. Ini bukan pasal tafsir mimpi bagai. Cuma perkongsian semata.
Maaf kalau jalan cerita tak jelas namanya juga mimpi.
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.