Pertama sekali, aku ingin berterima kasih kepada semua yang sudi membaca karya ini. Anda semua tidak tahu bagaimana sokongan anda amat berharga bagi aku. Andalah motivasi, andalah penguat semangat dan andalah yang menjadikan passion aku untuk menulis semakin kuat. Tak kira bagi yang menyokong atau yang mengkritik. Anda semua penting
. Bagi yang pernah mengikuti karya aku sebelum ini, anda mengkin kenali aku sebagai seorang penulis bergenre seram thriller dan misteri. Lebih cenderung kepada idea mengenai makhluk ghaib, sihir dan sebagainya. Karya-karya ini boleh didapati menerusi page Kalimah Paranormal Team X (KPTX) dan juga Wattpad. Sudah tentu, aku tidak akan sampai di sini jika tiadanya admin-admin KPTX yang sudi meletakkan karya aku menerusi platform mereka. Dari situlah aku mula menghasilkan beberapa karya yang lain dan Alhamdulillah, penerimaan daripada anda semua amat baik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan penulis yang lain, yang menjadi tempat aku mengadu, berkongsi idea dan meminta tolong dalam bab penulisan. Mereka semualah yang memangkinkan perkembangan penulisan aku. Tanpa mereka semua juga, barangkali anda semua tidak kenali diri aku ini.
Karya ini merupakan adaptasi daripada salah satu filem kegemaran aku iaitu The Purge. Aku harap it's ok kerana menggunakan title mereka, tetapi apa yang aku ingin tonjolkan dalam karya ini adalah eksperimen sosial sepertimana yang ditunjukkan oleh filem tersebut. Dalam karya ini, aku akan cuba tonjolkan karekter manusia ketika dalam keadaan terdesak, tanpa dorongan dan panduan. Ianya menjadi perdebatan antara manusia sekian lamanya. Lebih-lebih lagi dalam agama dan sosial. Apa aku cuba sampaikan menerusi karya ini adalah penyelaman jatidiri individu terhadap tekanan dan bagaimana manusia menjadi haiwan tatkala diberi peluang untuk memuaskan hawa nafsu semata.
Gaya bahasa yang aku akan gunakan agak mudah dan aku harap mesej yang aku ingin sampaikan menerusi karya ini sampai kepada anda semua. Dan aku alter sedikit sebanyak fakta mengenai The Purge ini untuk penyesuaian plot dan jalan cerita. Di samping itu, aku juga menyediakan lagu-lagu instrumental yang aku anggap kena dengan bab yang aku tulis.
Jadi, seat back, relax dan selamat membaca! Jika anda suka dengan apa yang anda baca, silalah tunjukkan sokongan dan kritikan anda menerusi ikon like serta comment box. Terima kasih.
- KUFAZ -
YOU ARE READING
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
Mystery / ThrillerMelihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binata...