"BUK!", aku tersembam di lantai.
"Hahaha! Refleks kau kena laju lagi, Man", ujar Zaitun selepas beliau berjaya menendangku. Denyut-denyut terasa di sekitar dadaku. Ini merupakan hari kelima kami berlatih bersama.
"Ah, kau dah hebat, senang la cerita!".
"Ini bukan pasal hebat tak hebat.. Tapi kesungguhan. Kalau kau rajin, lambat laun kau akan jadi sehebat aku", jawab Zaitun sambil menghulurkan tangannya. Aku mendengus seraya memegang tangan Zaitun sebelum gadis itu menarikku untuk bangun semula.
Jam sudah berginjak ke pukul 8 malam. Sesi kelas Muay Thai kami akan tamat dalam masa 15 minit.
Kami berdua mengambil masa sebentar untuk berehat di bangku yang disediakan di gym tersebut. Serius, aku kena perbaiki staminaku. Rasa macam nak pecah paru-paru aku ini. Padahal baru 20 minit "berentap" di dalam gelanggang bersama Zaitun. Jika dengan seorang gadis pun aku boleh tercungap. Macam mana pula hendak berhadapan Si Tenang nanti?
"Lepas ni kau pergi mana-mana ke?", soal Zaitun memecah kebuntuan.
Aku memandang wajahnya sambil menggeleng. Peluh menitik dari kepalaku ke lantai.
"Tak.. Takde plan apa-apa".
"Jom, lepas ni kita pergi makan, nak?", ajak Zaitun sambil mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil.
"Hm.. malaslah...".
"Ala.. kau ni. Macam anak dara. Kata takde plan. Kau pun bukan buat apa pun kat rumah tu. Jom la.. aku sorang ni..".
Kalau hendak diikutkan, aku memang jenis tidak suka nak melepak-lepak. Mungkin betul juga cakap Zaitun itu. Aku ini macam anak dara yang duduk terperap di dalam rumah sahaja. Bukan apa. Jika tiada benda lain hendak dibuat, lebih baik meluangkan masa di rumah sahaja. Dahulu aku mempunyai keluarga yang sentiasa menanti di rumah. Walaupun kini mereka semua sudah tiada, aku masih lagi meneruskan tabiat itu. Tanpa sedar, memikirkan hal ini membuatkan aku sedikit tertekan. Mungkin ada baiknya jika aku mengambil udara dingin malam sekali-sekala. Dapat juga menenangkan diriku ini.
"Ok la... Kau nak makan kat mana?".
"Aku ada satu spot foodtruck terbaik area sini. Asalkan kau suka makan western la...".
"Hm.. aku layan je, Zaitun. Tolak kayu dan batu, aku makan semua..".
Kami berdua ketawa bersama. Hubungan kami berdua begitu akrab sekali. Mungkin kerana kami berdua sama-sama mempunyai titik hitam dalam hidup. Dan mungkin juga kerana kami berdua mempunyai agenda tersendiri untuk Annual Purge Day yang akan datang. Keserasian kami berlandasan kesamaan kami berdua.
Kawasan foodtruck yang Zaitun maksudkan berada beberapa blok dari rumah aku. Punyalah aku jarang keluar sehingga tidak tahu, taman di tengah bandar itu menjadi spot foodtruck apabila waktu malam. Sungguh meriah sekali. Terdapat lebih kurang 10 buah foodtruck berada di situ yang menjual pelbagai jenis juadah. Setiap satu lori itu menawarkan makanan yang enak-enak.
"Serius Zaitun, aku tak tau pun sini ada spot foodtruck. Gila meriah!".
"Haa.. tu la kau. Duk asyik terperap je kat rumah tu. Tempat ni dah dekat 3 bulan dah ada di sini... Takkan kau tak tau?".
Aku menggelengkan kepalaku sahaja. Tempat ini membuatkan aku terdikir sejenak. Semenjak kejadian hitam dalam hidupku itu, sememangnya aku tidak banyak keluar. Lagi-lagi waktu malam. Aku juga tidak banyak bergaul dengan orang. Bukan salah mereka. Persepsi aku sebenarnya sudah berubah. Nun jauh di dalam sudut hati aku merasakan semua orang adalah jahat dan sesiapa sahaja boleh bermuka-muka sehingga diberi peluang untuk melayan "syaitan" dalam hati masing-masing. Mungkin sebab itu akan tidak bergaul. Dan melihat kawasan ini juga membuatkan aku terfikir. Apa lagi yang sudah aku terlepas?
YOU ARE READING
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
Mystery / ThrillerMelihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binata...