Bab 9 (sambungan)

299 18 2
                                    

"Nya...nyawa?", nadaku sungguh terketar sekali.

"Aih.. kau ni sungguh ironi.. Berhajat besar untuk membunuh.. tetapi takut apabila aku ingin uji kau..", jawab Fairuz sinis.

"Saya.. tak takut.. Cuma bingung.. Ujian apa yang Fairuz ingin beri pada saya?".

Fairuz kembali tersenyum. Beliau menepuk bahuku sebelum berdiri. Dari riak wajahnya seolah ingin aku turut serta. Lalu, tanpa disuruh, aku pun berdiri sekali.

"Kita akan lakukan ujian ini di luar.. Tu.. Dalam hutan tu..", ujarnya sambil menunjuk ke arah luar tingkap.

Aku rasa berdebar. Masih tertanya-tanya apa yang ingin Fairuz ujikan ke atasku. Nak-nak pula, beliau berkata ianya akan melibatkan nyawa. Bulu romaku berdiri.

"Mari.. Let's take a walk in the forest.."

Aku yang masih dalam keadaan tertanya tidak mampu berfikir. Secara spontan aku mengangguk dan mengikutinya. Aku seolah menuruti apa sahaja arah Fairuz.

Setelah kami keluar dari bilik, kami melintasi ruang makan rumah yang suram itu. Kelihatan Zaitun sedang menjamah makanan yang terdapat di atas meja. Di hujung sudut, Pak Sudin berdiri tegak menemani. Zaitun benar-benar melayani dirinya sendiri. Aku kira terdapat dua buah pinggan di depannya yang berisi nasi serta lauk-pauk yang menyelerakan. Bau makanan itu membuka seleraku. Oleh kerana lapar, perutku berbunyi.

Fairuz memandangku sambil berkata, "Aku tau kau lapar sekarang. Tapi aku suggest, kau jangan makan sekarang. Lepas ujian ini, kau akan berpeluang untuk mengisi perut.. Don't worry".

Aku mengangguk sambil melihat Zaitun meratah ayam bakar. Air liurku berkecuran.

"Zaitun..", panggil Fairuz.

Rakanku itu menoleh dan memandang ke arah Fairuz. Ayam bakar itu diletakkan ke dalam pinggan semula.

"Ye.. Abang Fairuz?", balas Zaitun.

"Kami berdua akan berada di luar sebentar.. Nanti kau stay di sini ye.."

"Baik abang Fairuz.. hurm.. Abang dan Firman nak pergi mana?"

"Ada satu aktiviti kami nak buat.."

**********

Aku dan Fairuz keluar dari rumah besar itu menuju ke hutan di sebelah. Beliau menggalas sebuah beg besar yang beliau sempat ambil dari stor sebelum keluar tadi. Ia kelihatan berat tetapi tiada riak beban di wajah Fairuz.

Suasana dalam hutan itu sungguh tenang. Nyaman terasa di kala menghirup udara segar yang jauh terpencil dari zon pencemaran bandar. Ianya dingin membuatkanku sedikit menggigil.

Kami berjalan naik turun bukit. Ibarat sesi jungle trekking. Aku bersyukur kerana memakai kasut yang sesuai hari ini. Jika aku pakai selipar, pasti melecet. Dan sudah tentu selipar itu akan terputus.

Kami meredah hutan itu sejauh 1km. Aku tidak tahu ke mana arah tuju kami. Fairuz juga tidak beritahu aku apa-apa. Sepanjang meredah hutan itu, kami bersembang.

Perbualan kami lebih ke arah latar belakang diriku sendiri. Di samping itu, beliau juga berkongsi perihal sejarahnya. Dari alam persekolahan hingga ke sejarah alam pekerjaannya. Di mana beliau membesar hingga menjadi seorang pakar jiwa yang berjaya. Perbualan ini merapatkan lagi aku dengannya. Dan mendengar kisahnya, membuatkan aku kagum dengan kecekalannya sehingga berjaya kini. Kisah hidupku lebih lurus berbanding Fairuz.

Setelah agak penat berjalan, akhirnya kami berhenti di satu kawasan yang agak tebal hutannya. Pokok-pokok merimbun dan terdapat banyak batu serta akar besar di atas tanah.

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now