Bab 17

209 12 1
                                    

Langkah kami berhenti di sebuah bilik yang agak kecil. Bilik itu tidak pernah aku jejaki sebelum ini. Trainer ku mengatakan bahawa bilik itu selalu digunakan oleh Fairuz untuk menenangkan fikirannya.

Saiznya kecil sahaja. Lebih kurang bersaiz 12 x 12 kaki. Di dalam bilik itu terdapat meja yang mengelilingi bilik itu. Di atas siling pula, terdapat beberapa speaker yang dipasang. Seolah bilik studio. Tanpa tingkap, ia membuatkan bilik itu kedap.

"Masuk, Man. Latihan kau yang seterusnya akan dijalankan dalam bilik ni.."

"Bilik ni? Bukan ke agak kecil untuk kita berdua?"

Trainerku mula tersenyum kecil. Seakan sinis riaknya. Lengannya disilangkan. Pandangannya dilempar ke arah bilik itu sebelum hinggap ke wajahku semula.

"Yang akan berlatih adalah diri kau, Man. Bukan aku.. Aku tidak akan berada di dalam bilik ini", ujarnya mendatar.

Aku kebingungan. Apa maksudnya? Bukankah latihan-latihan memerlukan beliau untuk membimbingku?

"Eh, kita nak buat latihan apa ni? Kenapa sifu takde bersama?"

"Masuk dulu.. Nanti kau tau.."

Dengan rasa berat hati, aku melangkah masuk ke bilik itu. Trainerku mengekori dari belakang. Beliau membawa beg galas yang disandangnya dari tadi. Dari beg itu, beliau mengeluarkan beberapa helai kertas kosong dan sebatang pen.

"Ok, Man. Duduk di kerusi itu", arahnya sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi yang disandangkan di sebelah meja.

Aku hanya mengekori arahannya. Lagaknya seolah beliau ingin memberiku ujian penulisan.

"Apa kita nak buat ni? Pelik je sifu..?"

"Kita akan buat satu latihan, Man..", jawabnya dalam nada bersahaja. Beliau segera meletakkan kertas dan pen itu di hadapanku. "Latihan ini akan menguji ketahanan mental kau".

Aku kecilkan mataku. Tidak faham. Wajahku seolah menanti jawapan seterusnya.

"Haha.. Rileks. Kau hanya perlu fokus pada latihan ni. Lagi kau dapat beri tumpuan, bertenang, kau akan okay.."

Aku masih tidak faham. Tetapi aku biarkan sahaja apa yang diujarkan trainer ku bermain dalam benak fikiran. Aku rasa, biarlah aku jalani latihan ini dahulu, mungkin aku akan faham sendiri.

"Baik Man.. Kau ingat tak latihan kita semalam?"

"Latihan kombat itu ke?"

"Ya.. Latihan di mana aku sengaja buat kau hilang fokus dan hilang pertimbangan.."

"Sudah tentu saya ingat..."

Masakan aku boleh lupa. Baru semalam latihan itu dijalani. Sudah tentu ianya masih segar dalam kepalaku ini. Bagaimana aku hilang kawalan sehingga tidak mampu mengawal emosi tatkala diprovokasi oleh trainer ku itu.

"Haa.. kalau macam tu, kau mesti faham latihan yang kau akan jalani sekarang ni.."

Aku mendiamkan diriku. Cuba bersedia dengan apa yang bakal aku lalui sebentar nanti. Walaupun aku tidak tahu apa yang akan mendatang.

Trainer ku mula menutup lampu menjadikan bilik kecil itu gelap gelita. Kemudian, beliau buka suis mentol kecil berwarna merah tepat-tepat di atas kepalaku. Mentol itu tidak terang. Kelam sahaja.

Kini bilik itu menjadi seakan bilik pencucian filem gambar. Gelap gelita, cuma disinari cahaya mentol berwarna merah yang menyuluh hanya meja di hadapanku itu.

Trainer ku mendekatkan kertas dan pen ke arahku. Lalu beliau menyilangkan lengannya.

"Ok, Man. Sekarang aku nak kau lukiskan sesuatu untuk aku.."

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now