Dada aku berdegup kencang. Si Tenang mula berjalan ke arahku. Langkahnya perlahan serta bersahaja. Di sebelah tangannya memegang sebilah parang yang panjang aku amat kenali. Parang itulah yang telah digunakannya untuk membunuh abang aku.
"Aku sedang bermimpi ke ni?", getusku dalam hati.
Aku mula mengosok-gosokkan mataku. Namun Si Tenang masih lagi di hadapan aku. Semakin lama, semakin menghampiri. Jika benar aku tidak bermimpi, apakah tujuan Si Tenang muncul sekarang di luar waktu The Purge? Untuk membunuh aku ke? Gila apa? Undang-undang dah ditetapkan dengan amat jelas sekali.
Sesiapa sahaja yang membunuh di luar waktu The Purge, akan terus dihukum mati. Tanpa bicara pula tu!
Namun Si Tenang bukan seperti manusia yang lain. Tidak langsung seperti penjenayah-penjenayah seperti di luar sana. Beliau seorang "psychopath". Seorang saddist yang kejam. Beliau tidak akan tunduk pada undang-undang. Tidak juga akan masuk dalam mana-mana kumpulan sosial. Beliau hanya seorang yang hidup dalam dunianya sendiri.
Cepat-cepat aku buka laci dan mencari pisau. Aku perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Setelah meraba-raba laci itu, akhirnya aku terjumpa pisau pemotong daging. Lalu aku ambil dan bersedia untuk Si Tenang.
Mataku mula fokus dengan gerakan Si Tenang itu. Beliau masih lagi berjalan menuju ke arah aku. Kini kelibatnya makin jelas nampak setelah lampu dari dapur ini, menyuluhkan cahaya hingga ke arahnya.
Si Tenang memakai pakaian sebiji macam pakaiannya sewaktu The Purge yang mengorbankan abangku dahulu. Terdapat tompokan kesan-kesan darah yang masih segar di sweater-nya.
"Man! Man!"
Si Tenang kini betul di sebalik tingkap itu. Tidak berkata apa-apa. Jantungku semakin berdegup kencang. Aku dapat rasa peluh sejuk mula mengalir dari dahi hingga ke muka. Seluruh badanku menggigil.
"Man! Man!"
Tiba-tiba Si Tenang terus menumbuk cermin tingkap aku.
"Pakkk!"
Aku semakin panik. Beliau terus menumbuk cermin itu bertalu-talu. Aku kaget. Tidak mampu bergerak. Pisau di tanganku dipegang erat-erat. Aku tak dapat larikan pandanganku daripadanya.
Si Tenang terus menumbuk cermin itu sehingga akhirnya pecah!
"Prannggg!"
"Man! Man!"
Sedang aku bersedia untuk berentap, tiba-tiba bahuku dipegang dari belakang.
"Man!"
Aku menjerit kerana terkejut.
"Ahhh!!"
"Zass!"
Aku memusingkan badanku dan terlibas pisauku ke arah Zaitun. Pisau itu mengenai pangkal lengannya.
"Arghh!"
Aku betul-betul terkejut. Sememangnya aku tidak sengaja. Ianya adalah tindakan refleks. Zaitun mengerang kesakitan. Aku terlepaskan pisau itu ke lantai dan memaling kembali mataku ke arah tingkap.
Keningku berkerut. Aku benar-benar keliru. Tingkap itu dalam keadaan biasa. Tiada cermin yang pecah. Tiada Si Tenang. Rupanya ianya semua khayalanku.
Aku terus mendapatkan Zaitun semula. Lengannya terdapat darah.
"Ya Allah.. Maafkan aku Zaitun.. Maafkan aku!"
"Kau dah kenapa?", marahnya.
Aku tidak dapat menjawab soalannya ketika itu. Benda yang paling penting dalam kepalaku sekarang adalah merawat kecederaan Zaitun itu. Lantas aku terus ke bilik air dan buka peti kecemasan. Di dalam kotak itu terdapat sebotol kecil ubat cuci luka, minyak gamat dan segulung bandage.
YOU ARE READING
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
Mystery / ThrillerMelihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binata...