Bab 13

244 13 1
                                    

Fairuz membawaku keluar dari bilik itu. Aku mengekorinya berjalan ke suatu tempat yang agak asing di rumah itu. Banyak tempat yang tidak jejaki lagi. Ini baru bagi diriku.

Kaki kami berjalan menyelusuri beberapa hallway sehingga berjumpa satu anak tangga yang menghubungkan ruang tingkat bawah tanah. Suasana disekeliling begitu gelap sekali. Cuma disinari cahaya lilin yang dipacakkan di atas beberapa tiang sepanjang perjalanan itu. Sekali pandang, sudah berupa seakan istana Inggeris yang lama.

Setelah jauh berjalan, akhirnya kami tiba di sebuah pintu yang besar. Ia dikunci kemas dengan beberapa selak yang dikunci dengan mangga yang besar. Kami berhenti di situ sebentar. Fairuz memandangku dengan senyuman di wajahnya.

"Are you ready, Man?"

Jantungku mula berdegup kencang. Apa yang ada di sebalik pintu ini? Sekali lagi aku terpinga. Apakah "hadiah" yang ingin diberikan Fairuz kepada aku ini?

"Don't worry la, Man. Muka kau macam takut je.. Haha.. Chill la..", usik Fairuz. Tangannya menepuk bahuku. Beliau tampak begitu teruja.

"Aku pasti kau akan suka apa aku nak bagi ni.. Haha!", ujarnya sambil memulaskan tombol pintu itu. Aku tidak bersuara. Hanya mampu menelan air liurku beberapa kali.

Shreeekk! Pintu itu dikuak. Lalu kami berdua masuk bersama.

Tempat yang kami masuki itu merupakan satu ruang yang amat besar sekali. Seakan bilik pejabat Fairuz di atas sana, kecuali saiznya sedikit kecil. Ruang itu gelap tanpa cahaya. Boleh kedengaran nafas kami bergema di situ.

"Fairuz? Apa ni? Di mana kita sekarang?", soalku sambil memandang ke sekeliling tempat yang gelap itu.

"Just wait...", jawabnya kembali.

Ketika itu aku sememangnya tidak dapat melihat apa-apa. Sungguh gelap gelita. Tiba-tiba terdapat satu ketukan kuat di atas lantai. Agak aku, Fairuz mencapai sesuatu dan mengetuk lantai itu.

"Panggg!", bunyi ketukan itu amat kuat sekali sehingga bergema-gema. Sejurus selepas itu, Fairuz menjerit.

"Bangun! Bangun! Hahaha.. Aku sudah sampai!"

Dadaku bergelora. Berdebar-debar tak tentu arah. Apa yang sedang berlaku? Siapa yang Fairuz kejutkan itu? Sukar untuk aku mengagak dengan suasana sebegini.

Tidak lama kemudian, kedengaran sesuatu, atau seseorang mendengus.

"Mmmmm"

Dengusan itu amat pelik sekali. Seolah seseorang cuba menjerit tetapi ditutupkan mulutnya.

"Mmmmm!!"

"Ok Man! Are you ready? Here comes the prize!", jerit Fairuz tiba-tiba. Aku tidak memberi sebarang respon. Hanya berdebar menanti.

Fairuz memetik suis kecil di sebelah dinding dan tiba-tiba bilik itu disinari lampu mentol di siling. Ianya usang, seperti mentol yang dikeluarkan pada tahun 60an. Tidak begitu terang tetapi mampu memenuhi segenap ruang di tempat itu.

Mataku melilau melihat sekeliling ruang yang kelam itu. Ianya merupakan sebuah bilik seperti penjara lama. Dan mataku terpaku pada sebuah kurungan yang diperbuat daripada besi, tidak jauh dari tempatku berdiri. Di dalamnya terdapat seorang lelaki yang berkeadaan telanjang bulat. Kedua-dua tangannya diikat pada atap kurungan itu, mendepakan tangan beliau. Kepalanya tertunduk seakan tidak bermaya. Luka-luka dan lebam terdapat di sekitar badan dan wajahnya.

Aku seakan tidak mampu bergerak. Aku semakin keliru dengan semua ini.

"So.. Man. Inilah dia hadiah aku kepada kau.. Haha!", ujar Fairuz sambil mendekati kurungan itu.

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now