Setelah makan tengahari, aku dibenarkan untuk berehat sebentar dalam masa lebih kurang sejam bagi perutku menghadam makanan. Trainer ku beritahu bahawa selepas lunch, beliau akan beri aku satu latihan yang keras tetapi tidak lasak.
Aku sendiri tidak tahu apa maksudnya. Keras tetapi tidak lasak. Pelik bukan? Kombinasi perkataan itu pun tampak janggal dalam satu ayat.
Aku malas fikir jauh-jauh. Buat berat kepala saja. Aku terima saja apa yang bakal mendatang. Buat masa ini, biarlah aku berehat sebentar. Aku tak suka berlatih dalam keadaan perut masih penuh.
Sambil aku berehat, aku duduk di tepi tingkap menghadap ke arah hutan. Sekali lagi, aku terasa bagai haiwan yang terkurung di dalam sangkar. Hatiku benar-benar mendambakan kebebasan. Tapi apa boleh buat? Sudah aku yang memilih jalan ini. Aku yang mengubah hidupku. Jadi, aku turutkan saja ke mana arahnya hala tuju hidupku ini.
Mataku melihat pokok-pokok melambai tatkala ditiup angin. Begitu mendamaikan. Namun hatiku terasa berat. Walaupun aku kini di bawah jagaan Fairuz, aku masih lagi tidak dapat lari daripada perasaan gundah.
Entah kenapa, perasaanku terasa begitu takut sekali. Bukan kerana latihan yang bakal aku jalani, tetapi kerana orang kerajaan yang melawat rumah ini tadi.
Apa mereka mahu? Fairuz pun tidak banyak beri maklumat daripada perjumpaan mereka. Apakah mereka kini sudah mula mencari aku? Apakah mereka kini sudah masukkan aku di dalam senarai "Most Wanted" mereka? Apakah selamat lagi aku berada di sini?
"Rileks.. Kau akan ok. Mereka takkan tangkap kau.. Fairuz jaga kau dengan baik punya..", aku cuba menenangkan diri sendiri. Aku meletakkan 100% kepercayaan aku kini di tangan Fairuz.
Aku percaya beliau akan menjagaku dengan baik. Pasti beliau akan cover aku sedaya mungkin. Nak-nak, beliau juga yang train aku untuk menjadi seorang pembunuh. Andai apa-apa berlaku, aku juga mempunyai point untuk menariknya sekali.
"Boomm!!", guruh berdentum dengan amat kuat sekali di luar sana. Ia membuatkan aku terkejut. Beberapa cermin di tingap bergegar-gegar dek kuatnya bunyi guruh tadi. Untuk 3-4 saat, jantung aku berhenti berdenyut dan mindaku terasa kosong.
"Haishh.. Apa la yang aku menungkan tadi..", getusku sendiri di dalam hati.
Aku merenung kembali ke arah luar tingkap. Pemandangan indah dan tenang aku saksikan pagi tadi kini sudah berubah wajah. Kini keadaan di luar sana tampak lebih kelam dan murung. Langit mula gelap. Awan menutup matahari seolah tidak memberi peluang bumi ini terasa tenang dengan sinaran mentari.
Begitulah juga apa yang aku rasa kini. Aku punyai kehidupan yang serba tenang dahulu. Dan oleh kerana ingin membalas dendam, aku sanggup mengetepikan keindahan yang aku miliki hanya untuk memastikan kematian abangku dibela. Aku ibarat awan itu. Semangatku ibarat guruh dan petir. Kini tinggal untuk aku meletup sahaja.
"Apa kau pandang tu, Man?", Fairuz menyapaku secara tiba-tiba. "Kau nampak runsing sekali..".
Sesungguhnya aku tidak sedar bila beliau masuk ke bilikku. Mungkin semasa guruh kuat tadi, sehingga aku tidak sedar pintu bilikku dikuak. Aku menoleh ke arahnya. Namun, aku tidak menjawab pertanyaan beliau.
"Kau masih teringatkan pasal pagi tadi ke?".
Aku mengangguk mengiyakan soalan itu. Memang aku kini berasa sedikit gentar. Aku tahu aku selamat di sini, tetapi hatiku tetap mempunyai sedikit ruang untuk merasa takut. Fairuz mengambil tempatnya di sebelah aku. Beliau seperti biasa, tetap dengan pakaian kemas lagi tersusun. Aku tidak pernah melihat beliau dalam pakaian santai. Mungkin beliau ingin sentiasa kelihatan professional agaknya.
"Aku tahu apa kau rasa sekarang. Percayalah. Aku punyai pengalaman lama sebagai doktor jiwa. Pelbagai kes yang macam kau ni aku dah hadapi".
Aku menarik nafas dalam-dalam. Pandanganku masih terarah ke luar tingkap. Entah kenapa melihat pokok-pokok yang disirami hujan, menenangkanku. Sengaja aku mendiamkan diri bagi memberi ruang Fairuz bercakap.
YOU ARE READING
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
غموض / إثارةMelihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binata...