Bab 17 (sambungan)

232 14 4
                                    

Tatkala aku mula melukis untuk bulatan ke dua puluh itu, tiba-tiba suara yang berkumandang dari speaker itu berhenti. Seraya itu juga, aku menghentikan lukisanku.

Aku cuba amati keadaan sekeliling.

Sunyi..sepi..

Hanya kedengaran bingit yang datang dari dalam kepalaku sendiri sebagai tindakbalas keadaan sunyi itu. Bunyi seakan tv tamat siarannya, amat sayu dan kecil bunyinya. Aku kaget. Terpinga dengan apa terjadi. Apakah ujian tadi sudah selesai? Apakah suara yang memanggil-manggil namaku tadi tidak akan bergema lagi? Adakah aku berjaya hadapi ujian ini?

Kesepian itu berlangsung selama berberapa minit. Aku masih belum menyambung lukisanku kerana ingin mengamati suasana dalam bilik itu lagi. Aku cuba memanggil trainer ku, namun panggilanku tidak disahut.

Aku semakin bingung. Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa tadi ada suara yang memanggil namaku? Tiba-tiba pula ia hilang? Apakah itu sahaja ujian latihanku?

Apabila berada di dalam bilik yang gelap, otak akan mula memikirkan macam-macam. Minda akan cuba mengadakan apa yang tiada. Itulah yang terjadi kepadaku. Entah kenapa, dalam kesuraman dan kegelapan, aku merasakan yang aku sudah berjaya. Aku berjaya beri tumpuan dan fokus dalam melaksana tugasan yang diberikan.

Tatkala suara itu memanggilku sebentar tadi, aku masih mampu melukis dengan jayanya. Dan kini ujian itu sudah tamat. 

"Hah.. Sunyi dah? kalau macam tu, takde apa-apalah yang akan kacau aku habiskan task ni.. Haha..", aku berdekah dalam hati.

Dengan hati yang girang meraikan "kejayaanku", aku mengangkat semula pensel dan mula meletakkan matanya di atas kertas.

"Selepas setel ni, mesti sifu kagum punyalah dengan aku..", aku gumam sendiri.

Aku mula menyambung lukisanku dengan harapan dapat menyiapkannya dengan cepat. Aku sudah mula merasa bosan duduk di dalam bilik gelap ini. Semakin lama, semakin rimas aku dibuatnya. Terasa diselubungi kegelapan yang melemaskan.

Belum sempat aku menyiapkan bulatan seterusnya, tiba-tiba sahaja speaker itu kembali bergema. Dan kali ini, suara yang garau itu tidak memanggil namaku. Tetapi.. ia berkata sesuatu yang lebih dahsyat.

"Kau rasa kau hebat, Man?", satu soalan keluar dari speaker itu. Bergema-gema. Suara itu melantun-lantun di dinding sebelum masuk ke telingaku. Sudahlah bilik itu kecil. Ianya kedengaran seolah 4 orang bersuara serentak.

Sekali lagi, aku berhenti melukis. Dan secara spontan, pandanganku dilontarkan kepada speaker di atas kepalaku.

"Apa benda pulak ni?", aku tertanya sendiri.

"Kau sangka kau kuat.. tapi kau sebenarnya lembik!", suara itu terus menyergahku. Seolah cuba menaikkan darahku. Suara itu terdapat kelainan sedikit, berbeza daripada yang tadi. Kedengaran seperti suara seseorang lelaki berusia 40an. Garau dan tegas.

Soalan itu diulangi beberapa kali. Selama berberapa kali itu jugalah aku duduk terpaku di situ. Menanti apa yang suara itu akan katakan lagi.

"Kau sangka kau kuat.. tapi kau sebenarnya lembik!"
"Kau sangka kau kuat.. tapi kau sebenarnya lembik!"

Suara itu semakin lama semakin kuat. Ayat yang dikeluarkan itu bukan sahaja membingitkan telingaku, tetapi juga merobek hatiku.

Dalam kebingitan itu juga, aku terdengar suara trainer ku menjerit memberi arahan.

"Fokus, Man! Fokus! Jangan biarkan suara ini menguasai kau!"

Arahan itu aku dengar beberapa kali sebelum kebingitan suara garau itu kembali menenggelamkan suara trainer ku. Kini aku tahu apa yang patut aku lakukan.

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now