Bab 7 (sambungan)

335 22 6
                                    

"Adoi.. Baru je nak balik tidur, dia ajak jumpa pulak..", rungut hatiku sendiri.

Mataku berasa amat mengantuk sekali. Aku menguap beberapa kali. Apalah yang hendak ditunjukkan sangat oleh Zaitun itu? Pentingkah? Rasa lesuku mempengaruhi fikiran. Apa yang aku dapat fikirkan sekarang adalah katilku yang entah bagaimana, aku boleh dengar ia memanggil. Tetapi terdapat sekelumit rasa ingin tahu bertapak di hatiku jua. Aku rasa apa sahaja yang Zaitun cuba tunjukkan, pastinya ianya sesuatu. Kami boleh sahaja berjumpa di gym semasa latihan Muay Thai nanti. Apa halnya hingga ingin berjumpa sekarang?

"Ok... So, nak jumpa kat mana ni?", aku menyoal Zaitun sebelum beliau membalas,

"Jumpa aku kat Restoran Balimaju".

**********

Motorsikalku menyelusuri hiruk pikuk kesesakan lalu lintas di kota Kuala Lumpur. Kereta-kereta yang tersangkut dek kesesakan yang teruk tak habis-habis membunyikan hon mereka tatkala aku mencilok sana-sini. Nasiblah.. Ini Kuala Lumpur. Aku cuma menjadi penunggang motorsikal yang tipikal sahaja. Seorang penunggang bandar. Yang secara lazimnya amat gemar menggunakan segenap ruang untuk meloloskan diri walaupun sempit. Tetapi aku rasa, pemandu-pemandu yang hon ini bukannya benar-benar mahu bising. Mereka juga seperti yang lainnya.. Dalam keadaan tertekan.

Seperti mana juga aku tatkala melihat wajah Kuala Lumpur yang kini kelihatan "rongak". Sana-sini kita boleh lihat ada sahaja pembangunan yang sedang giat dijalankan. Bangunan, landasan keretapi, rumah, jalanraya dan sebagainya. Kon-kon bersepah menghalang jalan menjadikan jalan-jalan sesak. Daripada 3 lane, kini menjadi 2. Yang mana 2 lane, menjadi satu. Bukan setakat itu, ada sahaja jalan yang terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pembangunan dan laluan alternatif sementara yang sempit diberi kepada pengguna jalanraya. Bagaimana mereka semua tidak tertekan?

Belum selesai pun satu pembangunan atau pembinaan, ada sahaja projek lain yang akan bermula. Menjadikan setiap hari rakyat berada dalam keadaan tertekan. Tak payahlah hendak mengatakan pembangunan ini adalah untuk keselesaan masa hadapan. Bilakah masa hadapan itu? 10 tahun? 20 tahun? 100 tahun? Jika ianya terus menerus, rakyat yang mengimpikan "keselesaan masa hadapan" yang dijanjikan itu, barangkali sudah mati sebelum sempat menikmatinya. Ya.. ekonomi negara berada di tahap yang sangat baik. Tidak dinafikan itu kerana ianya terbukti. Sistem The Purge berjaya kurangkan golongan miskin dan gelandangan. Jarak jurang antara golongan miskin, sederhana dan kaya sudah bertukar. Yang papa kedana hampir sifar. Yang sederhana menjadi besar dan yang kaya pula masih kekal. Setin sardine boleh cecah sehingga RM20. Manakala gula pula boleh capai sehingga RM10 sekilo.

Ya.. duit Ringgit Malaysia semakin mahal tetapi oleh kerana ianya terlalu pesat, tidak lama lagi, golongan sederhana pula akan tergolongan sebagai orang miskin yang baru. Dan akhirnya The Purge akan menyelesaikan mereka. Permainannya sangat mudah.Yang "kuli akan mati. Yang kaya akan terus hidup. Memang ia membangunkan ekonomi tetapi secara tidak langsung mengorbankan rakyat. Bayangkan.. apabila pihak NFFM cuma mengeluarkan kenyatan bahawa mereka "menghargai" mereka yang terkorban daripada sistem The Purge ini atas nama "melahirkan semula" negara. Bullshit! Mereka bukan setakat mahu ekonomi bangun, tetapi ingin pastikan poket mereka terus tebal. Mereka tidak pedulikan rakyat yang terkorban. Mereka hanya meraikan golongan atasan sahaja. Dasar bajingan.

**********

Aku baru sahaja tiba di Restoran Balimaju tepat jam 3 petang. Kelihatan di hujung sudut sana, Zaitun sedang menungguku sambil meminum segelas teh O ais limau.

"Kau dah lama sampai ke?", soalku sesudah berada di depannya. Aku menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungku di atasnya.

"Takde lah.. Baru 10 minit. Jalan jem..", jawabnya sebelum kembali menyedut straw.

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now