Bab 14 (sambungan)

245 12 2
                                    

Tanganku memegang erat parang itu. Tapi, sekuat mana aku menggenggam pemegang parang yang diperbuat daripada kayu itu, ia tidak dapat menyembunyikan getaran yang sedang aku alami. Menggigil-gigil. Peluhku berjurai-jurai jatuh.

"Sifu pasti ke ni?", soalku lagi. Walaupun arahannya begitu jelas sekali, tetapi aku masih merasa sukar untuk mempercayainya.

"Dah aku cakap buat tu buat je la. Apa kau tunggu lagi?", jawabnya dalam nada separa tinggi. Wajahnya kelihatan semakin bosan denganku.

Pelbagai perkara bermain dalam kepalaku ketika itu. Selalunya kami akan berlatih dengan menggunakan pad dan helmet. Kali ini tidak. Malah menggunakan senjata sebenar pula. Sudah pula tu, trainer aku itu kata ingin beri peluang aku cederakannya? Apa semua ini?

Trainer itu masih berdiri di hadapanku sambil mendabik dadanya. Kepalanya didongakkan sedikit. Raut wajahnya itu seakan berlagak.

"Cepat, Man. Aku tunggu kau.. Sini.. Tetak aku kat sini..", ujarnya dalam nada sinis sambil menunjukkan lehernya. Dengan senyuman di bibir, beliau menyambung, "Fairuz cakap kau ni mampu untuk membunuh.. Tapi tidak bagi aku. Aku telah bersama kau selama sebulan.. Apa yang aku nampak adalah seorang pengecut..."

Aku tersentak dengan apa dikatakannya itu. Tanpa sedar aku mengetap gigiku. Perasaan geram mula bertandang di sanubari. Celaka betul. Beliau mengatakan aku pengecut? Hei, aku sudah bunuh oranglah! Ni.. Tangan aku ni sudah pun mencabut nyawa! Berani beliau memperlekehkan aku. Dia ingat aku siapa?

Mukaku berubah menjadi merah. Aku mula marah. Semakin aku menunjukkan kemarahan, semakin senyumannya melebar. Kini seluruh badanku menggigil menahan marah.

"Tak payah nak fikir la, Man. Kau dan aku sendiri tahu apa kau sebenarnya. Pengecut. Takde telur. Apa? Kau nak menangis? Aku pasti kalau mak kau ada di sini, kau dah lari peluk dia menangis kan? Haha! Oops.. Aku lupa.. Kau mana ada mak dah. Dia dah mati kan?"

Trainer aku itu sudah melampaui batas. Aku masih boleh bertahan andai beliau perlekehkan aku. Tapi jangan sesekali menyebut pasal mak aku. Mak aku adalah seorang wanita paling aku sanjungi! Kakinya adalah syurgaku!!

Tatkala aku merenung wajahnya dengan penuh amarah, otakku seakan tidak dapat berfikir dengan betul. Nafsu marahku menjerit-jerit ke telingaku supaya menamatkan riwayatnya di situ juga. Mulut gampang macam ni sepatutnya dirodok dengan parang panjang ini! Ketika itu jantungku berdegup kencang. Membuak-buak dengan kegelapan. Aku seolah tidak dapat mengawal diriku lagi.

"Tapi kan Man.. Elok juga mak kau dah mati.. Andai dia masih hidup, maybe dia akan bunuh diri sendiri tengok anaknya yang tidak berguna ni!"

Baik.. Beliau ingin aku marah kan? Sekarang beliau sudah dapat. Diriku sudah hilang pertimbangan. Beliau mahu merasa parang ini kan? Sekarang beliau akan dapat!

"Kurang ajar!!", jeritku sambil meluru ke arah trainer itu. Tanganku yang memegang parang, aku angkat tinggi-tinggi. Bersedia untuk melibas. Aku sudah tidak dapat berfikir lagi. Dalam diriku, aku cuma mahukan beliau mati. Itu saja.

Tatkala aku sampai di hadapannya, aku melibas parang itu sekuat hatiku. Mataku terpejam seraya menghayun satu pukulan yang sepadu mungkin. Sebolehnya aku mahu parang ini memisahkan kepalanya dari badan. Aku sudah tak kira.

"Zass!!", libasanku terasa ringan. Seolah hanya membelah angin.

Tatkala aku buka semula mataku, aku dapati trainer itu sudah tiada di depanku. Aku tercengang sebentar. Sebelum sempat aku berfikir tiba-tiba belakangku ditendang dengan kuat sehingga aku jatuh tersungkur ke lantai.

"Bukk!"

Kepalaku terhantuk. Darah mulai keluar dari hidungku. Aku mengerang kesakitan. Parang yang aku pegang sudah terpelanting ke hujung bilik.

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now