Bab 22

186 8 3
                                    

Tubuhku dirangkul erat. Aku membalas dakapan itu kembali. Kami biarkan diri melepaskan kerinduan seketika. Tanpa bersuara. Tanpa berfikir apa-apa. Untuk seketika kami berada di dunia tersendiri. Melepaskan tagihan rindu yang menyeruak dalam sanubari, setelah sekian lamanya.

Hujan semakin lebat. Keadaan menjadi kelam. Gelapnya seakan sudah senja. Guruh mulai berdentum sayup-sayup dari celah awan hitam yang menebal.

Zaitun meleraikan pelukannya dan memandang tepat ke arah wajahku. Matanya yang cantik mencairkan jiwaku.

"Sayang.. Kau buat apa di sini?", soalku tanpa mengerdipkan mata. Sungguh.. wajah yang berada di hadapanku itu adalah apa yang hatiku dambakan saban hari. Walaupun berimej sedikit kelakian, dengan rambutnya dipotong pendek, namun wajah itulah yang hati aku butuhkan.

"Aku.. rindu kau, Man", jawabnya dengan senyuman kecil di bibir.

Aku mengucup dahinya dengan perlahan dan memeluknya kembali. Jiwaku tenang tatkala kepalanya berada di dakapanku.

"Aku pun sama, sayang. Rindu sangat kat kau".

"Kau.. Apa khabar?", soalnya seraya melepaskan nafas. Tangannya kembali merangkul tubuhku.

"Aku baik saja. Kau pula bagaimana?"

"Baik juga. Urm.. Kau..kau.."

Aku lepaskan pelukan itu perlahan-lahan. "Kenapa, sayang?"

"Kau.. dah lain.." jawabnya sambil melihatku dari atas ke bawah. Wajahnya beriak pelik.

Aku tersenyum. Mata itu terbuka luas mengamati diriku ini. Zaitun mula menyentuh dada dan perutku. Merasai tubuhku yang berotot keras ini.

"Latihan di sini yang buat badan aku shape macam ni. Tak mudah tau nak dapat hasil sebegini.." Aku cuba berseloroh.

"Hm.." Zaitun senyum kembali. Namun, senyuman itu hambar. "Baguslah kalau begitu, Man. Aku gembira untuk kau." Matanya masih tidak lekang daripada wajahku.

Sejurus selepas itu, Zaitun menundukkan kepalanya. Keningku mula berkerut. Nadanya kedengaran mendatar saja. Riak wajahnya seolah sedang risau akan sesuatu.

"Are you ok, dear?", aku cuba dapatkan kepastian.

Zaitun tidak menjawab soalan itu. Matanya menjadi redup. Dengan senyuman hambar yang masih di bibir, beliau mula berjalan. Beransur ke kerusi di tepi tingkap. Aku mengikutinya dari belakang.

Setelah beliau melabuhkan punggung, pandangannya terus dilemparkan ke arah di luar sana. Dada langit yang kelam, seakan mencerminkan perasaan Zaitun di dalam kalbu ketika itu.

"Aku tak dapat tidur setelah perbualan kita di telefon hari tu." Ujar Zaitun sambil menggigit kecil bibirnya. "Setiap hari aku terfikirkan kau, Man."

Aku menempatkan diriku di sebelahnya. Berdiri memandang ke arah hujan yang semakin galak membasahi bumi. Sekali-sekala petir sabung-menyabung di balik awan. Aku mula menggosok belakang badan Zaitun. Aku harap ia dapat melegakan kegalauan di dalam hati.

"Kenapa sayang? Apa yang bermain dalam fikiran kau?"

Bunyi guruh mencelah perbualan kami. Apabila ia beransur, Zaitun menyambung kembali.

"Aku teringatkan pertemuan kita dahulu. Dari pertama kali kita berjumpa, berkenalan sehingga ke hari ini. Aku rindukan semua itu. Ia memori yang sangat indah.."

Aku mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Zaitun untuk berbicara.

"Kini.. aku rasa takut. Risau dengan keadaan kau."

Keningku kembali berkerut. "Keadaan aku? Lah.. kenapa risau sayang? Kau sendiri dapat lihat sekarang kan? Aku ok je. Sihat walafiat lagi. Kuat macam Batman dah.. Haha."

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now