Bab 3 (sambungan)

397 23 5
                                    

Aku terlantar di atas katil di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kesakitan aku sudah berkurangan. Luka aku telah dicuci dan dijahit. Walau bagaimana pun, badan aku masih lagi terasa lemah. Tiada tenaga. Perutku masih lagi belum diisi barangkali. Aku cuba berdiri namun terganggu dengan adanya saluran drip yang dipasang di lenganku.

"Woaa.. not so fast encik Firman. Badan awak masih belum boleh bergerak lagi..", seorang nurse datang menghampiri aku. Dari wajahnya kelihatan seperti seorang yang berusia dalam linkungan 30an. Beliau sedang memegang dulang yang berisi botol ubat dan beberapa kapas. Aku kembali baring di katil itu. Lukaku kembali berdenyut. Aku mengerang menahan sambil membaring.

"Encik bernasib baik tikaman encik tidak mengenai organ-organ penting", ujarnya seraya membuka botol ubat itu. Bau antibiotik memenuhi ruang udara. Menyesakkan hidung aku. Dalam banyak-banyak tempat, paling aku benci adalah hospital. Banyak memori buruk aku lalui di sini. Bukan mengenai aku. Tetapi di sinilah, ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Di sinilah tempatnya ibu aku diberi berita sedih mengenai kesihatannya. Di sinilah aku dan abang memangku ibu apabila beliau sakit dan sebagainya. Senang cerita, tiada benda baik datangnya dari hospital ini. Dan kini, aku akan membawa jasad abangku pulang untuk dikebumikan.

Nurse itu mengambil bacaan suhu badan dan kadar denyutan jantung serta tekanan darah aku. Beliau menulisnya pada sehelai kertas yang dikepilkan kepada papan di hadapan katil aku.

"Kak.. Abang saya ada di mana?"

Nurse itu membasahkan kapas dengan ubat sambil menjawab,

"Abang awak sedang disiapkan. Kami telah jahit luka-luka dan mandikannya. Selepas encik diberi perlepasan, encik boleh claim dan bawanya pulang..".

Kemudian, nurse itu menyelak pakaian pesakit yang aku pakai dan mula mencuci luka yang sudah berjahit itu. Aku tidak tipu, pedihnya ibarat kulit ini disiat-siat. Sungguh menyilukan. Aku tak dapat menahan daripada mengerang. Pesakit dan nurse yang lalu lalang melihat aku. Walaupun nurse itu membersihkan lukaku dengan penuh lembut, namun kesakitan yang aku lalui terasa seakan beliau menekan-nekannya.

"There.. dah siap pun. Lepas ni, doktor akan check encik.. So, just sit back dan rileks ya..", tangannya mengusap kepalaku. Mukaku pula masih merah menahan sakit tadi. Setelah nurse itu membuang kapas tadi ke dalam tong sampah kuning di hujung bilik wad, beliau mengambil dulang dan beredar.

Sambil berbaring, aku melihat tingkap. Di situ aku boleh melihat burung-burung berterbangan. Kelihatan sungguh harmoni. Bagaimanakah rasanya menjadi seekor burung? Mesti mereka tidak hidup dalam keadaan tertekan seperti manusia-manusia di zaman sekarang, kan? Mereka cuma bangun pagi, mencari rezeki untuk anak serta diri sendiri dan hidup sebegitu sepanjang hayat. Terbang ke mana sahaja tanpa memikirkan kos sara hidup. Tanpa memikirkan hutang sana sini. Tanpa memikirkan apa-apa komitmen dan sebagainya. Burung juga tidak perlu lalui Purge Day... Setiap hari adalah sama bagi mereka. Walau dunia dipenuhi darah dan mayat sekali pun, rutin mereka tetap sama. Ah! Aku mengelamun sendiri.

Tiba-tiba aku didatangi pelbagai soalan. Dalam aku kelam-kabut. Dalam keadaan kesedihan. Aku terlupa sesuatu. Aku masih hidup! Ya.. masih hidup. Tetapi.. kenapa aku masih hidup? Aku lupa yang aku masih lagi bernafas hari ini. Masih diberi peluang untuk melihat bumi Allah ini. Aku lupa untuk bersyukur. Apa sebenarnya yang terjadi?

Kenapa Si Tenang itu tidak menamatkan riwayat aku terus malam tadi? Kenapa beliau tidak membunuh aku? Adakah beliau sedang mempermainkan aku? Adakah beliau ingat yang aku sudah mati tatkala aku tidak sedarkan diri? Apakah beliau sengaja? Kepala aku pening. Malas aku memikirkan jawapannya. Tetapi satu perkara yang pasti. Si Tenang itu telah melakukan silap yang besar. Beliau membenarkan aku hidup. Dan aku akan pastikan beliau menerima padahnya!

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now