"BAM! BAM! BAM!", pintu bilikku diketuk dengan kuat sekali. Ketukan itu mengejutku daripada tidur. Aku tersentak sehingga terduduk di katilku itu. Sejurus sahaja ketukan itu berakhir, kedengaran suara trainer menjerit dengan kuat.
"Bangun! Bangun!"
"Ye! Ye!", aku menyahut dengan suara yang serak. Aku masih merasa mamai. Aku lihat jam di dinding, sudah pukul 7 pagi.
Semalam aku sukar melelapkan mata. Aku agak dalam jam 3 pagi aku tertidur. Kiranya aku tidur lebih kurang 4 jam sahaja. Itu pun tidak lena. Beberapa kali juga aku terjaga. Kejap jam 5, selepas itu jam 6. Ah, aku masih terasa lesu. Rasa begitu malas sekali untuk bergerak.
Tapi, aku kena paksa diri juga untuk bangun. Kalau tak, sifu aku tu yang akan "paksa" aku bangun. Aku tak mahu katilku nanti dibasahi dengan air. Trainer aku tu kadang-kala bukan betul sangat. Kalau dibuatnya beliau buat perangai gila, madak aku. Bukan tak pernah beliau mengugut untuk menyimbah aku dengan air jika aku liat untuk bangun tidur.
Lalu dengan rasa berat, aku bangkit jua dari katil itu.
Sambil aku menuju ke bilik air, aku menguap beberapa kali. Mataku sukar dibuka. Masih lagi berat. Aku meraba-raba sambil berjalan. Aku mencapai tuala dan terus mandi.
Selepas setengah jam bersiap, aku terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik latihan. Seperti biasa, trainer aku sudah menunggu. Pagi itu kelihatan semakin cerah. Matahari sudah mulai terbit di ufuk timur. Aku yang berpakaian sukan sudah bersedia untuk menjalani latihan.
"Baik, Man. Kalau kau dah ready, mari kita panaskan badan dahulu.."
Aku mengangguk. Walaupun sudah mandi, mataku masih lagi terasa berat. Lingkaran hitam jelas kelihatan di bawah mataku.
"Mari kita hirup udara segar, nak? Baru dapat "hidupkan" badan kau tu.."
"Baik, sifu..", jawabku perlahan. Elok juga untuk berada di luar seketika. Sudah lama aku terperap di dalam rumah ini. Sudahlah tidak berpeluang untuk menonton televisyen atau membaca surat khabar. Aku langsung tidak tahu apa yang berlaku di negara ini sejak tinggal di sini.
Kami berdua mula berjalan dan menuju ke pintu masuk rumah agam ini. Jejak saja kakiku di luar pintu, aku seakan dapat rasakan satu perasaan bebas. Ibarat seekor burung yang batu dilepaskan dari sangkar.
Udara aku hirup dalam-dalam. Sungguh segar rasanya. Untuk seketika aku lupakan segalanya dan menikmati suasana ketika itu. Aku mengukir senyuman tatkala menjemput mood yang tenang.
"Ok.. Are you ready, Man? Lets go!", ujar trainer aku apabila melihat aku seakan sudah bersedia. Aku mengangguk. Masih lagi dengan senyuman.
Kami berdua mula berjogging dari rumah itu ke dalam hutan. Dari langkah yang perlahan hingga laju. Semua denai-denai dan bukit kami lalui. Menikmati pemandangan damai dan dingin di dalam hutan belantara itu.
Sekali-sekala kami terserempak dengan pelanduk yang sedang mencari rezeki di waktu pagi. Walaupun kaki semakin penat, namun larian tetap diteruskan juga.
Hinggalah apabila aku tidak dapat tahan lagi. Apabila dadaku terasa bagaikan ingin pecah. Dalam istilah bahasa pasar, aku sudah "pancit".
"Sifu... jap..jap.. Saya tak dapat nak teruskan!", jeritku sambil tertunduk memegang dada.
Trainer ku yang beberapa meter di hadapan berpatah balik ke arahku. Beliau tampak masih bertenaga. Tidak banyak peluh yang dapat aku lihat dari kepalanya. Jelas, beliau sememangnya sudah biasa dengan latihan kardio.
"Lah.. Man.. Baru 2.5 kilometer kau dah pancit?"
Aku tidak menjawab soalannya. Masih lagi cuba stabilkan kembali nafasku. Serius, agak lama aku tercungap-cungap. Nak buat macam mana? Kali terakhir aku berlari sebegini pun setahun yang lepas. Itu pun sebab masuk acara larian anjuran kolej aku.
YOU ARE READING
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
Mystery / ThrillerMelihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binata...