Bab 15

235 13 1
                                    

"Urghh", aku mengerang tatkala memusingkan badanku di atas katil. Sengal betul aku rasa di seluruh badanku. Penerajangan trainer ku di kelas tadi benar-benar memberi kesan. Di dada dan belakangku terdapat lebam-lebam yang berdenyut.

Lain macam betul latihan aku jalani tadi. Bukan sekadar menguji fizikalku, tetapi ia menguji juga emosi dan mental.

Ketika itu jam sudah menunjukkan waktu pukul 9 malam. Mataku masih terkebil-kebil melihat siling. Dengan badan sebegini, agak sukar untuk aku melelapkan mata. Dalam fikiranku terbayang-bayang latihan tadi. Bagaimana aku mengamuk sakan tetapi sekejap saja ditumpaskan sifu. Memang betul, ianya tidak ubah seperti pertarungan matador.

Sambil berbaring itu, aku melihat dinding yang ditampal dengan segala informasi misi dendamku. Di situ adanya nama Si Tenang. Aku mengetap gigiku. Tanpa sedar, tanganku digenggam.

"Kau tunggu bangsat.. Kau tunggu.. Nanti Fairuz dah dapat kau, dia akan hidangkan kau kepadaku.. Kau akan mati.. Aku bersumpah kau akan mati!!", bentakku dalam hati.

Suasana malam itu amat dingin. Hujan yang turun petang tadi menyejukkan rumah agam ini. Tetapi kepalaku berpeluh. Mungkin kerana hatiku terasa panas melihat nama Si Tenang di dinding itu. Aku tidak sudah berazam untuk persiapkan diriku untuk berdepan dengan si bangsat yang menghancurkan hidupku. Setiap hati aku mengingatkan diriku agar menamatkan riwayatnya apabila Purge Day nanti. Selagi tidak dapat melunaskan dendamku, aku tidak akan tenang!

Kepalaku terasa berat. Namun tidak mampu terlelap. Badanku sedang sengal-sengal berbisa. Aku mula bangkit dan menuruni katil. Lalu, aku menuju ke tingkap untuk melihat permandangan suasana malam. Aku perlukan ketenangan. Mana tahu, ia dapat membantuku untuk tidur.

Lagipun, sememangnya aku perlu berehat dengan cukup. Esok ada latihan lagi. Andaikata aku hadiri kelas itu dalam keadaan lesu, sudah pasti trainer aku akan kecewa. Aku perlukan kecergasan optimum.

Sedang mataku mentelaah ragam hutan di kala malam, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

"Ring!! Ring!!"

Mulutku terukir satu senyuman apabila melihat nama Zaitun di paparan skrin. Lantas aku bergegas menjawabnya.

"Hello..", aku menyambut.
"Hai sayang.. How are you?", suara lembut Zaitun membalas kembali.

Dadaku terasa berbunga-bunga tatkala mendengar suaranya. Mungkin aku sudah terlalu merindui dirinya itu. Terasa lama betul tidak berjumpa. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah sehari sebelum datang ke sini untuk menjalani ujian kedua Fairuz.

"Kau ok ke kat sana?", soal Zaitun dalam nada yang halus. Ibarat beliau sendiri sedang berbaring di atas katil.

"Aku ok.. Kau?", soalku kembali.

"Aku pun sama.. Wah.. Macam mana ujian kau? Kau tak bagitahu aku pun.."

"Well.. Kan Fairuz cakap, andai aku tak lepas, aku akan mati.. Kita sedang bercakap ni pun adalah bukti aku masih hidup kan? Jadi, kau boleh agak.. Aku lulus ujian tu..", jawabku dengan nada membuat lawak.

"Hehe.. Betul la tu.. Urm.. Apa ujian yang Fairuz suruh buat tu, Man?"

Aku terdiam sejenak. Apabila Zaitun mengajukan soalan itu kepadaku, serta-merta kepalaku bermain semula kejadian aku membunuh pegawai tertinggi kerajaan itu. Dadaku terasa sedikit berat. Ia menyesakkan nafasku. Namun, ianya tidak seteruk dahulu. Kini, aku mampu untuk menceritakan mengenai pembunuhan itu.

"Fairuz suruh aku bunuh orang... Dan aku berjaya..", jawabku. Kali ini, nada suaraku menurun.

"Kau berjaya? Kau bunuh orang, Man?", soalnya beria. Mungkin Zaitun tidak percaya aku kini sudah bergelar pembunuh.

The Purge: Tanahairku - PembelaanWhere stories live. Discover now