"Korang ni siapa?", aku sergah dalam nada yang tinggi.
Mereka berdua kaget. Saling memandang antara satu sama lain. Wajahnya mereka kelihatan gelisah. Masing-masing saling berpandangan dan memberi isyarat mata. Mereka sedang berkira siapa yang patut bercakap dengan aku.
"Hoi! Aku tanya ni. Korang ni siapa?", aku ulangi soalan aku dengan lebih tegas.
Akhirnya salah seorang daripada mereka bersuara,
"Maafkan kami encik. Kami ingatkan rumah ni sudah tiada orang. Ingatkan rumah ni kosong. Ni rumah encik ke?", suaranya bernada ketar.
Aku memberi riak wajah yang bengis. Aku baru sahaja lalui detik paling hitam dalam hidup aku dan kini ada orang yang tiba-tiba masuk rumah aku?
Sebenarnya, aku tidak tahu bagaimana NFFA jalankan Purge Day di Amerika, tetapi di Malaysia, di bawah akta Purge Day, sesiapa sahaja dibenarkan mengambil rumah-rumah yang terbengkalai dengan syarat, rumah itu sudah tiada penghuni. Kiranya, andai seisi rumah sudah terkorban, dan rumah itu kosong, sesiapa sahaja boleh ambil rumah itu dan jadikannya harta sendiri. First come, first serve basis. Ianya adalah satu langkah dalam menjimatkan kos serta sumber. Ye lah kan.. Daripada membina yang baru, lagi baik masuk sahaja ke rumah yang sedia ada. Jadi, tidak perlu kerajaan keluarkan duit atau dana untuk pembangunan yang seterusnya. Cuma hanya perlu fokus terhadap pembaikpulihan sahaja. Dan kini, ada dua orang di depan aku yang ingin take over rumah aku. Aku terasa ingin mengamuk.
"Ye! Ini rumah aku! Aku belum mati lagi... Berambus!", aku teriak dengan kuat, menghalau kedua-dua penceroboh itu. Mereka berdua masih lagi berdiri di situ. Ada riak wajah seakan tidak pasti. Mata mereka melilau melihat sekeliling ruang tamu aku itu.
"Woii! Korang tunggu apa lagi?! Cepat berambus!", aku mengherdik. Kedua-dua penceroboh itu ternampak salah satu gambar aku yang terdapat di dinding. Tidak lama kemudian, mereka bersepah melarikan diri keluar dari rumah aku.
Aku melihat mereka berlari sampai terjatuh-jatuh. Aku berpaling kembali ke arah ruang tamu aku yang bersepah dengan kaca dan kerusi meja yang tunggang langgang. Aku memejamkan mata dan menarik nafas panjang. Sungguh tidak sangka, rumah aku yang harmoni berubah sekelip mata. Aku tidak mahu berada di situ dengan lama. Aku rasa sangat lemah dan letih. Aku perlu berehat. Lalu, aku menolak wheelchair aku dan menuju ke arah bilik tidur. Perjalanan aku melintasi bilik abang. Aku berhenti sebentar.
Aku lihat keadaan bilik itu. Penuh dengan darah di atas cadar katil, dinding dan lantai. Bilik itu berselerak. Tiba-tiba, kejadian yang menimpa kami semalam berputar kembali di dalam benak fikiranku. Seolah-olah sebuah projector yang memainkan siaran ulangan di depan mataku. Sungguh aku berdendam. Sungguh aku marah. Tanpa sedar aku menggenggam tanganku erat-erat. Lalu aku menjerit sekuat hati. Air mataku menyusul sejurus selepas itu.
Aku berazam. Aku berjanji. Aku tidak akan sesekali mengalihkan perhatianku daripada agenda membalas dendam. Si Tenang harus mati!
Aku dalam keadaan tidak baik lagi. Sukar untuk aku bergerak. Dan aku akan menumpukan fokusku untuk kembali seperti sediakala. Aku akan jejak Si Tenang sampai dapat!
**********
3 minggu sudah berlalu. Agak payah untuk aku mengembalikan rumah aku menjadi kemas semula. Aku masih lagi tidak boleh mengangkat benda-benda berat. Tetapi syukur, aku sudah boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda lagi.
Walau dengan kekuatan yang sederhana, aku berjaya menyediakan satu dinding untuk aku buat kerja aku. Dinding yang luas itu akan aku gunakan untuk mengumpul segala maklumat mengenai Si Tenang. Aku catat setiap detik yang aku ada kini untuk mencari si bangsat itu sehingga ke Annual Purge Day akan datang. Aku ingin pastikan segalanya berjalan dengan lancar. Tersusun mengikut timeline yang aku sediakan. Bukan sekadar catatan masa dan hari, malah aku juga akan menyediakan diet serta workout yang akan aku lakukan semata demi membalas dendam ini. Aku akan pastikan Si Tenang takkan sangka aku datang nanti.
YOU ARE READING
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
Misterio / SuspensoMelihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binata...