Duit oh Duit

761 45 6
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE


$10,$20,$30,$40. Bomi mengeluh lemah. Bahunya yang tadinya berjungkit tinggi bersemangat, kini terus jatuh tidak bermaya. Dia menguis kepingan wang di dalam dompet kecil sambil berfikir kenapa dompet itu tidak boleh menghasilkan wang sendiri. Kan senang kalau begitu. Tidak perlulah dia bersusah payah mencari wang sendirian. Pagi-pagi sudah kena bangun dan terus mencari rezeki di kilang roti yang upahnya yang tidak seberapa.

Kepalanya terteleng ke sisi sambil mulutnya mula memuncung. Di dalam peti kaca di hadapannya, terdapat banyak kek berwarna-warni dalam pelbagai saiz. Semuanya nampak sangat menyelerakan memandangkan perutnya yang masih kosong kerana dia terpaksa mengikat perut, mengelak daripada makan tengah hari dengan berkerja lebih masa. Lagipun, bukankah dia sedang berdiet? Alasan itu sangat berkesan untuk mempengaruhi dirinya agar tidak boros membelanjakan wang untuk membeli makanan yang harganya mewah-mewah. Tambahan lagi, kerja part-time sementara dia cuti semester itu memang tidak cukup untuk menampung yuran semester akhir nanti.

"Cik mahu kek yang mana?" Pertanyaan seorang lelaki bertopi ungu di sebalik peti kaca itu mematikan lamunan Bomi. Bomi terus mengangkat kepala, memandang pekerja kedai yang tersenyum ke arahnya.

"Ah, erm.. Ada tak kek yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah?" Bomi melangkah ke depan agar dia dapat melihat lelaki itu dengan lebih jelas. Kerana bagi Bomi, raut wajah lelaki itu sangat menarik walaupun kepalanya bertutup dengan topi. Bomi memerhatikan bagaimana bibir nipis lelaki itu menguntum senyum dengan matanya yang tiba-tiba hilang membentuk eye-smile.

"Cik? Cik nak kek perisa apa? Cik?"

Bomi tersentak apabila lelaki itu menghayunkan tangan melambai di depan wajahnya. Mata Bomi terkebil-kebil sebelum dia mula mengingat semula perisa kek kegemaran Hayoung.

Sebenarnya Bomi sangat gemar memerhatikan mata dan bibir setiap orang yang dia temui. Dia suka melihatkan bagaimana bibir yang mempunyai pelbagai bentuk iaitu nipis, tebal, berbentuk hati, dan pelbagai lagi bentuk berubah sebaik saja mereka melemparkan senyum dan Bomi suka apabila bibir yang tersenyum itu nampak lebih cantik apabila ianya melentik.

Bagi Bomi, lelaki bernama Jongdae seperti mana yang dilihat pada tag nama di dadanya, mempunyai senyuman yang sangat cantik dan senyuman itu bertambah cantik lagi apabila di sertai dengan matanya yang berubah kepada bentuk bulan sabit.

"Strawberi." Jawab Bomi ringkas sebelum dia sendiri merasai pipinya tiba-tiba hangat apabila dia mendengar ketawa kecil lelaki itu. Tapi rasanya dia ada terdengar lelaki itu mengatakan sesuatu seperti comel? Cantik? Ke Bomi yang perasan? Entahlah.

"Kek yang ini boleh?" Tanya lelaki itu lagi sambil menunjukkan sebuah kek putih yang penuh dengan dekorasi berwarna pink dan ungu berserta dengan beberapa biji strawberi tersusun membentuk bulatan di bahagian tepinya.

Bomi terus mengangguk tanpa bertanyakan harganya terlebih dahulu. Dia terlalu terkesima dengan senyuman Jongdae sebelum sekali lagi Jongdae menegurnya.

"Nak tulis ucapan apa? Dan nak berapa batang lilin?" Soal Jongdae. Di tangannya sudah tersedia beg piping untuk melakarkan ucapan di atas kek itu.

"Happy birthday, Hayoung!" Bomi tersengih hingga nampak gigi. Pasti kawan baiknya itu akan gembira dan terharu apabila menerima hadiah hari lahir daripada dirinya. Dia yakin Hayoung akan berjoget gembira apabila kek itu terhidang di depan matanya nanti.

"Hari lahir yang ke berapa ya?" Tanya Jongdae lagi dengan tangannya teliti mengukir tulisan 'Happy Birthday, Hayoung!' di atas permukaan kek itu.

"Yang ke 22." Beritahu Bomi.

Serentak, perut Bomi mula berbunyi. Bomi menggigit bibir apabila dia melihat Jongdae sekali lagi ketawa kecil. Kuat sangatkah perutnya berbunyi? Ish.. perut buncit aku ni mengada-ngada betullah, fikir hati kecil Bomi.

Setelah Jongdae siap membungkus kek itu ke dalam kotak kek berwarna ungu pudar yang bertulisan Lavenda di atasnya,Bomi memerhatikan Jongdae memasukkan dua batang lilin bersaiz sederhana besar dan dua batang lilin bersaiz kecil ke dalam sekeping plastik kecil jernih sebelum dia memasukkannya ke dalam kotak kek itu. Lalu, dia menekan butang angka di atas mesin kira dan Bomi mengalihkan pandangan matanya kepada paparan kecil LCD yang menunjukkan angka 40. Bomi mengeluarkan dompet daripada poketnya untuk mengambil wang sebelum matanya terbeliak dan terus merenung paparan LCD tadi.

$40?! $40 untuk kek bersaiz kecil begitu?! Mahalnya! Bagaimana dia hendak makan nanti? Hanya wang ini sahaja yang tinggal untuk dia menampung seleranya untuk minggu ini. Nampaknya terpaksalah dia melupakan hasratnya untuk menjamu diri dengan burger baru di McDonalds. Terpaksa jugalah dia mengikat perut minggu ini.

Perlahan-lahan Bomi menarik not merah itu satu-persatu. Selamat tinggal Lee Min Ho. Selamat tinggal Kim Hyun Joong. Selamat tinggal Kim Beom. Selamat tinggal Kim Jun. Saat dia menyerahkan wang empat keping itu kepada Jongdae, dia dapat merasakan Jongdae menarik wang itu tapi terus kaku apabila dia terasa tangannya menarik semula wang tersebut. Jongdae menarik kembali wang itu tapi bagai tangan itu berfikir sendiri, ia menarik semula. Setelah beberapa kali adegan tarik menarik itu, (dan wajah Jongdae sudah mula berkerut) akhirnya Bomi melepaskan jua wang yang dinamakan sempena nama pelakon Boys Over Flowers yang baru berligar di dalam otaknya tadi.

"Terima kasih. Sila datang lagi." Jongdae tersenyum mesra lalu menghulurkan kotak itu kepada Bomi. Namun Bomi tahu senyuman itu cumalah senyuman palsu kerana bibir itu tidak lagi melengkung cantik. Sebaliknya hanya membujur sedikit sahaja.
Bomi memalingkan tubuhnya ke belakang sebelum matanya tertangkap imej sekeping kek di dalam peti kaca di hadapan kedai kek itu. Tanpa dia sedari, dia sudah pun berdiri di hadapan peti itu sambil menggosok perutnya yang sangat lapar.

"Cheesecake." Gumam Bomi sendirian sambil menggigit bibir. Tapi dia terus menggeleng kepalanya. Tak boleh! Diet! Walaupun cara itu semakin tidak berkesan bagi dirinya, namun dia cuba melawan nafsu yang menghasutnya agar membeli kek keju itu. Nanti dulu. Bukankah wangnya sudah habis? Nampaknya lain kali sahajalah ya.

Dia tidak sedar bahawa ada seorang lelaki daripada tadi berdiri di sebelahnya, memerhatikan bagaimana Bomi menggigit bibirnya, dengan dahi berkerut dan tangan yang setia mengusap perut. Lelaki itu terus mengambil kek keju itu lalu meletakkannya ke dalam sebuah piring besar bersama sekeping kek lain lalu berlalu ke kaunter.

Mata Bomi terbeliak, mulutnya ternganga. Dia mahu menjerit kepada lelaki itu untuk mengatakan bahawa kek keju itu adalah miliknya tapi dia tersedar yang dia memang langsung tidak mempunyai wang untuk membelinya dan mengambil keputusan untuk meninggalkan premis yang berada di dalam pusat membeli belah itu.

"Cik! Tunggu sekejap!"

Baru sahaja beberapa langkah Bomi meninggalkan kedai kek itu, dia terdengar seseorang memanggilnya daripada belakangnya. Apabila dia memutarkan badannya, dia terkejut untuk melihat seorang lelaki berkemeja T putih, berseluar jeans menghulurkan sebuah plastik kepada Bomi. Pada mulanya Bomi melihatnya pelik tapi lelaki itu mencapai tangannya untuk meletakkan plastik itu di atas tapak tangan Bomi yang terbuka luas. Dia tersenyum dan Bomi dapati senyuman itu sangat cantik dan entah kenapa senyuman itu bagai sangat familiar baginya. Lelaki itu melangkah masuk semula ke dalam kedai itu sebelum melambaikan tangan,"Bye bye Bomi!"

Bomi mengintai ke dalam plastik kecil dan melompat gembira apabila mengetahui kandungan beg plastik itu adalah cheesecake kegemarannya. Bomi terkebil-kebil memikirkan bagaimana lelaki itu boleh mengetahui namanya sedangkan itu pertemuan pertama mereka dan dia langsung tidak mengenalinya.

"Lantaklah. Janji ada orang bagi aku cheesecake free!"

A/n: entah apa2lah summary tu. 😂😂😂

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now