Arianna masuk ke dalam rumah sewa yang dia duduki bersama dua orang sahabat baiknya iaitu Mirna dan Raisa. Rasa penat tanpa segan silu menyelubunginya. Tanpa berlengah dia mengapai tuala dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Setelah selesai, dia mengenakan sehelai ripped jeans pendek paras paha dan baju t-shirt longgar menyerlahkan separuh bahu kanannya kemudian melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka. Beberapa ketul paha ayam dia keluarkan. Perutnya berkeroncong minta diisi. Kuali dipanaskan.
Minyak masak dituang perlahan. Dia menjenguk periuk nasi yang masih panas dan menekan butang off pada soket setelah yakin nasi tersebut sudah masak. Dia yakin salah seorang dari sahabatnya itu sudah memulakan langkah bijak memasak nasi lebih awal. Sekarang tugasnya adalah menyediakan lauk-pauk untuk hidangan mereka bertiga malam ini.
"Ari, masak apa tu?" Raisa muncul bersama beg sandangnya dan beberapa buah buku. Tudungnya yang senget dibetulkan.
"Goreng ayam je. Kau baru balik ke? Aku ingat kau yang masak nasi tadi.." Kata Arianna sambil memasukkan satu-persatu paha ayam yang sudah dia celup ke tepung, telur dan juga sedikit serbuk lada hitam.
"Aku baru sampai babe. Mirna lah tu yang masak tapi tak nampak pun kelibat dia. Kereta pun takda.." Balas Raisa kebingungan.
"Aku pun tak tau. Dia keluar kot.." Teka Arianna.
"Maybe. So macam mana kerja kau hari ni?" Soal Raisa sambil mengeliat kepenatan. Arianna menarik nafas panjang.
"Okay je babe. Biasalah boss garang. Everyday is kena maki day.." Ujar Arianna sambil ketawa kecil.
"Boleh pulak kau ketawa. Kau cari kerja lain lah Ari. Kesian aku tengok kau kena marah hari-hari dengan Datuk Kamal tu.." Saran Raisa. Dia tidak tahu kenapa Arianna betah menghadap orang tua itu. Dia tahu Arianna perlukan duit. Arianna bukanlah berasal dari keluarga yang berkemampuan kerana itu Arianna lebih suka berdikari daripada mengharapkan duit dari kedua penjaganya yang berada jauh dikampung.
"Rai, kau tau kan aku perlukan duit untuk bayar pengajian aku. Lagipun gaji si buncit tu tawarkan lumayan juga untuk pekerja part time macam aku ni. Kena rajin tadah telinga je dengar amarah dia. It's not that bad.." Jawab Arianna masih dengan senyuman menampakkan lesung pipi di bawah dagunya. Sudah sebulan dia bekerja sampingan di Kamal Holdings sebagai setiausaha mengantikan setiausaha Datuk Kamal yang sudah diberhentikan oleh isteri lelaki tersebut iaitu Datin Seripah.
"Suka kau kutuk perut orang tua tu. Perut dia buncit sebab banyak duit tahu tak?" Kata Raisa. Arianna ketawa.
"Siapa suruh hari-hari marah aku!" Arianna mengalihkan ayam gorengnya dengan ketawa kecil. Sementara menunggu masakkannya dia kembali ke peti sejuk. Botol sunquick berperisa oranges dikeluarkan dan dituang ke dalam sebuah jug kaca kemudian dia mengambil sebotol mineral water yang masih sejuk lalu dituang sekali.
"Kelas kau hari ni macam mana Rai?" Soal Arianna pula.
"Babe, cakap pasal kelas kan ada lecture baru mengajar kelas aku. Ganti Madam Jasmine yang sedang cuti bersalin. Ya Allah babe, aku rasa lecture tu gila. Asyik cari gaduh je dengan aku. Tuhan je tahu perasaan aku macam mana.." Raisa menepuk meja makan dan mempamerkan riak tidak puas hati. Arianna ketawa sebelum mengapai sebuah mangkuk dan memadamkan api kemudian mengangkat ayam yang digorengnya satu persatu.
"Dia suka kau lah tu!" Pendek sahaja jawapan Arianna. Saja mahu mengenakan Raisa.
"Minta simpang malaikat aku Ari. Tak nak aku dengan mamat Arab tu. Perangai macam firaun. Firaun pun tak macam dia lah.." Kutuk Raisa. Boleh pula dia sama kan dengan Firaun? Firaun tu lebih kejam tahu tak?
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...