Mereka berjalan seiringan keluar dari Cafe sebelum berpecah menuju ke bilik kuliah masing-masing. Arianna menuju ke block bangunan di sebelah kiri dan Raisa pula ke sebelah kanan.
"Jumpa kat rumah.." Kata Raisa melambai ke arahnya. Arianna senyum kemudian menghilangkan diri ke tandas. Rambut hitamnya disanggul rapi. Baju dikemaskan. Dia memandang wajahnya seketika. Anak mata hijaunya tersembunyi disebalik kanta lekap bewarna hitam pekat. Sudah menjadi kebiasaan menyembunyikan warna matanya. Tiada sesiapa yang tahu kecuali Mirna, Raisa, Mak Riah dan juga Pak Yakoob.
Arianna tidak mahu menjadi bahan ketawa satu University apabila mengetahui warna matanya berbeza dari orang lain. Dia tidak mahu peristiwa lama sewaktu sekolah rendah dan sekolah menengahnya berulang kembali. Cukuplah sampai disitu kenangan pahit itu terhenti. Arianna mahu menjadi normal seperti orang lain. Dia mahu membuktikan bahawa dia bukanlah makhluk asing bagai tomahan yang dilemparkan kepadanya dulu.
Arianna melangkah ke kelasnya dan mengambil tempat duduk. Hari ini dia ada kelas Business management. Selepas ini bolehlah dia ke pejabat untuk menguruskan minit mesyuarat seperti yang diminta oleh Datuk Kamal. Jadual belajar dan jadual kerjanya sudah diseimbangkan.
"Boleh saya duduk?" Seorang lelaki berjaket hitam duduk disebelahnya sebelum sempat Arianna menjawab. Arianna mengangguk perlahan. Dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini.
"Arianna kan?" Soalan lelaki itu membuat Arianna berhenti sejenak dari meneliti bukunya. Dia hairan apabila lelaki itu tahu namanya.
"Macam mana awak tahu nama saya?"
"Err, saya.. Tag nama awak tercicir.." Lelaki itu menyerahkan ID pelajarnya. Baru Arianna perasan dia tidak memakai ID. Seingatnya tadi ID dia masih tergantung di leher ketika masih di Cafe.
"Terima kasih.." Ucap Arianna pendek. Lelaki berkulit sawo matang itu menganguk namun matanya masih memerhatikan Arianna. Gadis itu tidak selesa. "Apa kena dengan mamat ni?" Bisiknya.
"Tak apalah, saya keluar dulu. Jangan tercicir ID tu lagi. Bahaya tau!" Kata lelaki itu kemudian bangkit dan melangkah ke pintu. Arianna mengerut dahinya. Memang bahaya, sebab dia terpaksa membayar pada admin untuk mengantikan ID yang hilang dengan ID baru. Bahaya tak?
Tidak lama kemudian Professor Aidil melangkah ke dalam kelas lalu memulakan sesi pembelajaran. Arianna mendengar dengan teliti sambil mencatat notanya.
"Assignment dua hari lepas sila letakkan di atas meja saya" Kata Professor Aidil sebelum menamatkan topik untuk hari ini.
"Okay!" Beberapa pelajar menyahut serentak. Arianna mengeluarkan dua helai kertas dari failnya lalu melangkah ke meja professor diikuti oleh beberapa pelajar lain. Setelah itu dia kembali ke mejanya. Telefon bimbit Arianna bergetar menandakan ada mesej masuk. Pantas dia menekan slide. Ada mesej dari Raisa di Whatsapp nya.
[𝙱𝚊𝚋𝚎, 𝚊𝚔𝚞 𝚛𝚊𝚜𝚊 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖 𝚗𝚊𝚔 𝚜𝚒𝚔𝚞 𝚓𝚎 𝚕𝚎𝚌𝚝𝚞𝚛𝚎 𝙰𝚛𝚊𝚋 𝚗𝚒. 𝚃𝚎𝚗𝚜𝚒𝚘𝚗 𝚊𝚔𝚞.]
Arianna senyum lalu menekan keypad telefonnya.
[𝚂𝚊𝚋𝚊𝚛 𝚁𝚊𝚒. 𝙰𝚗𝚐𝚐𝚊𝚙 𝚓𝚎 𝚍𝚒𝚊 𝚙𝚞𝚝𝚎𝚛𝚊 𝙰𝚛𝚊𝚋 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚗𝚐𝚊𝚑 𝚋𝚎𝚛𝚖𝚞𝚔𝚊𝚍𝚒𝚖𝚊𝚑.]
Butang hantar dia tekan. Tidak sampai seminit satu mesej masuk.
[𝙱𝚊𝚗𝚢𝚊𝚔 𝚔𝚊𝚞 𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊 𝚖𝚞𝚔𝚊𝚍𝚒𝚖𝚊𝚑. 𝚃𝚊𝚔 𝚙𝚎𝚗𝚊𝚝𝚗𝚢𝚊 𝚍𝚒𝚊 𝚗𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚔𝚒𝚝𝚔𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚊𝚔𝚞.]
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
AcciónKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...