BAB 9

33.3K 1.3K 8
                                        

Keith Dixon melepaskan penumbuknya ke meja. Arianna terkejut namun masih memerhatikan tingkah lelaki itu. Black, Kaido dan beberapa orang pengikutnya hanya tunduk menekur lantai. Arianna melangkah masuk ke bilik dan duduk di sofa. Fikirannya terganggu beberapa hari ini. Selepas Keith Dixon menceritakan segalanya semalam dia lebih banyak termenung memikirkan kedua orang tuanya. Lelaki bernama Qayshaun Qadir Ramorez itu juga tidak lari dari fikiran. Ya, dia abang kandung Arianna. Dalam hati terdetik rasa tidak sabar untuk bersemuka dengan lelaki itu.

"We need to leave. Here's your necklace!" Keith muncul lalu memakaikan rantai itu ke leher Arianna. Gadis itu terkejut.

"Where are we going?" Arianna bangun mendapatkan Keith.

"Far away. It's not safe for you here. Pack your clothes. I will get the map, your passport and visa ready. Faster!" Gesa Keith lalu memberikan beg sandang bewarna hitam. Tanpa berlengah Arianna menyimpan baju-baju, beg tangan dan beg make upnya kedalam backpack yang diberikan oleh Keith sebentar tadi. Dia mengambil kasut boot bertumit dua inci di tepi katil lalu mengenakannya. Rambutnya disanggul ala 'messy bun' dan jaket kulit bewarna hitam dibirai katil dia capai.

"Are you ready?" Soal Keith yang muncul dengan T-shirt hitam, berseluar denim dan jacketnya. Baru kali pertama Arianna melihat Keith berpakaian seperti ini. Selalunya dia hanya berpakaian formal seperti usahawan.

"Tengok saya nanti, sekarang kita tak ada masa.." Keith menarik tangan gadis itu. Muka Arianna merah menahan malu. Dia mengikuti langkah lelaki itu. Kaido dan Black berlari anak dibelakang mereka.

"Boss, kereta ready. Flight ready." Lapor Kaido.

"Good. We need to go now!" Dia menyuruh Arianna masuk ke dalam sebuah Hummer bewarna putih. Arianna dan Keith duduk di bahagian belakang manakala Black dan Kaido dihadapan. Pistol tidak lekang dari tangan mereka. Arianna takut seandainya ada mafia lain yang mengejar. Hatinya belum sedia lagi dengan adegan tembak-menembak.

"Why are we going? Where are we going?" Soalnya.

"Somewhere safe sweetheart. They already knew you are with me.." Keith memerhatikan bahagian belakang takut ada yang mengekori.

"Why don't you fight back?"

"We have to stick to the plan." Kata Keith. Arianna mengangguk. Mereka tiba di sebuah kawasan lapang. Ada sebuah jet peribadi dan seorang lelaki menunggu disitu. Kaido memberhentikan kereta. Mereka berempat bergegas keluar. Kaido menyerahkan kunci kereta kepada lelaki berbaju hitam yang berdiri disamping jet tersebut.

"Jangan lupa report setiap benda secara detail pada aku nanti.." Kata Keith kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.

"Baik boss!" Katanya sebelum menyusup masuk ke dalam perut kereta. Arianna melabuhkan punggungnya di kerusi jet tersebut. Dia memilih untuk duduk di tepi tingkap. Kaido dan Black juga mengambil tempat setelah memeriksa bahagian depan kapal terbang. Ada seorang lelaki berbaju putih dihadapan dan melalui pakaian seragamnya Arianna tahu dia juruterbang.

"Go, go Ronald.." Arah Keith sambil memasang tali pinggang dari kerusi ke badan gadis itu lalu mengambil tempat disebelah Arianna. Tidak lama kemudian kapal terbang mula berjalan perlahan dan semakin laju. Arianna menutup matanya bila merasakan kapal itu mula naik ke udara. Rasa takut menguasai. Dia merasakan ada tangan mengosok kepalanya. Perlahan Arianna membuka mata. Keith senyum memandang karenahnya.

"Cuba tengok luar.." Kata Keith. Gadis itu menurut. Mereka sudah diudara rupanya. Arianna terpesona dengan pemandangan yang terhidang di depan matanya. Awan-awan yang putih menghiasi dada langit biru.

"Cantiknya awan tu.." Tunjuk Arianna ke arah awan yang berbentuk bulat.

"Yup.."

"Macam gula-gula kapas.." Katanya sambil mengigit bibir. Keith ketawa. Makanan juga yang dia fikirkan.

"Sampai dekat Bali nanti kita cari cotton candy.." Katanya sambil mengosok rambut gadis itu. Arianna melopong.

"Ke Bali?"

"Yeah.."

"Buat apa kat sana?"

"To hide you.." Keith menarik turun tangan Arianna apabila gadis itu mula mengigit jari telunjuk. Arianna tersengih. Dia tidak boleh lari dengan tabiatnya yang satu ini. Dari kecil bila dia cemas dan takut automatik jari telunjuk dia gigit.

"Why? What going on?"

"Black Dragon hantar orang untuk cari awak. Sekarang tugas saya adalah lindungi awak. Qayshaun akan balik beberapa hari lagi so selagi dia belum sampai ke Malaysia i will take you away. He will bring the Italian mafia with him to handle this.." Katanya.

"Why don't you help him? You strong don't you? You can defeat all of them alone right?" Soal Arianna.

"He just ask me to protect you princess. Take you, the map and your key away is my task. And make sure you are safe. He and all your uncle will kill me if anything happen to you.. "

"Oh God.."

"He will be fine.." Kata Keith menenangkan hati gadis itu.

Arianna tidak senang duduk. Dia tidak tahu dibawah bintang mana dia lahir sehingga nasib baik tidak pernah menyebelahinya. Diculik oleh mafia, dapat tahu yang dia ada abang yang merupakan jutawan ternama di Malaysia, kisah keluarganya mati dibunuh, dan dia merupakan ahli keluarga Ramorez ketua mafia Itali, rantainya selama ini pula merupakan kunci senjata paling berbahaya, semua mafia mengejarnya, ke bali.. Semuanya belum bisa dia terima. Terlalu cepat terjadi. Semuanya berlaku dalam masa seminggu. Gila!

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang