Mereka melangkah ke arah sebuah banglo mewah di tepi pantai. Arianna terpesona dengan pemandangan disekelilingnya. Bunyi deruan ombak menghempas pantai sedikit sebanyak menenangkan hati. Dia sangat mengagumi keindahan tempat ini. Menjadi impiannya untuk menjejakkan kaki ke tempat seindah ini suatu hari nanti dan tidak disangka impiannya secepat itu tercapai. Dalam hati dia berterima kasih kepada Keith.
Kasut bootnya dibuka kemudian dia melangkah ke tepian pantai. Arianna ketawa kecil bila ombak seperti berlumba-lumba menyentuh kakinya.
"Welcome to Bali.." Keith berdiri disampingnya. Arianna mendongak.
"This place is heaven. Is that your house?" Dia menunjuk ke arah banglo di belakang mereka. Kelihatan Kaido dan Black melangkah masuk dan membuka pintu garaj.
"One of them.." Kata Keith.
"You must be pretty rich. Kenapa tak jadi jutawan macam abang.." Tanya Arianna. Keith ketawa kecil sambil memandang ke arahnya.
"Your brother is too good to be defeated. That's why he's in top 5 millionaire!" Balasnya.
"Really? You can be in top 10 list i guess.."
"It's impossible Ari. I'm not in a good world.."
"It's doesn't matter. You still a good guy for me and a good friend for my brother. You guys are hot you know, i mean rich and famous. Did he have a girlfriend? Did you have girlfriend too?" Soal Arianna ingin tahu.
"No and no. We don't have a time for that and we too scared to be around women." Kata Keith sambil ketawa. Mungkin ada sesuatu yang lucu bermain difikirannya.
"What about you? Did you have one? " Tiba-tiba lelaki itu bertanya. Arianna mengeluh.
"I don't even have money. I have to work for it. And lepas semua ni selesai saya terpaksa cari kerja lain. Mungkin kat tempat saya kerja sekarang ni saya dah dibagi notis berhenti kerja tanpa gaji. Thanks to you. It's your fault by the way. Tak tahu macam mana saya nak bayar pengajian saya nanti" Arianna menolak bahu lelaki itu geram.
"Awak tak perlu kerja lepas ni.." Keith kembali memandangnya.
"Why? Macam mana saya nak makan?" Soal Arianna sedikit marah.
"Come on Ari. You have a rich brother for God sake!"
"That is his money Keith. I am an independent women and i'll have to find my own money." Dia tidak mahu disangka menumpang kesenangan Qaushaun sedangkan Arianna baru sahaja muncul di hidup lelaki yang bergelar abangnya itu.
"Trust me princess, he will not allowed that to happen."
"Stop calling me that. I'm not a princess and i don't need other people money. I'm a queen. I've got this shit handle.." Keith ketawa mendengar gadis itu. Kali ini dia melihat riak wajah Arianna sedikit berlainan dari sebelumnya. Tidak lagi tegang dan sinis. Riaknya lebih santai dan tenang.
"Dah puas tengok saya?" Soal Arianna tiba-tiba. Keith memalingkan wajah.
"Saya tengok bunga tu lah" Dalihnya. Cepat-cepat dia melangkah ke pagar banglo tersebut diikuti oleh Arianna. Gadis itu kembali terpesona dengan kecantikkan taman hiasan dan juga kawasan rumah yang terjaga rapi. Ada kolam renang ditepinya. Sangat cantik.
"Bersihnya rumah ni. Selalu ke datang sini?" Soal Arianna.
"Ada orang jaga. Saya datang dua bulan sekali kalau ada masa.." Kata Keith. Arianna melangkah masuk ke dalam. Ada beberapa hiasan menarik minatnya. Beberapa buah topeng yang diwarnakan melekat di dinding. Dia mengambil satu topeng bewarna merah. Topeng itu dilukis muka dan ada hidung panjang serta bergigi taring.
"Can i put this on?"
"Sure.." Balas Keith yang masih tidak jemu mengekori gadis itu. Tanpa berlengah Arianna mengenakan topeng itu dan mengikat tali topeng itu di kepalanya.
"Boss.." Panggil Kaido.
"Bahhhhh.." Usik Arianna. Kaido menjerit terkejut memandang topeng di wajah Arianna. Gadis itu ketawa kuat melihat reaksinya. Begitu juga Keith. Topeng itu dia buka dan di gantung semula. Kaido mengurut dadanya. Arianna ketawa lagi bila mengingatkan jeritan Kaido yang high pitch seperti perempuan. Sedangkan dia sendiri tidak menjerit sebegitu.
"Takut sangat ke?" Soal Arianna masih belum berhenti ketawa. Dia menepuk bahu Kaido berkali-kali sambil cuba untuk menghentikan ketawanya. Perutnya sudah mulai senak kerana terlalu banyak ketawa.
"Suka sangat dapat kenakan orang macam tu!" Kata Kaido berpura-pura merajuk. Arianna memandang ke arah Keith serta merta ketawanya mati apabila melihat lelaki itu leka memerhatikannya.
"Boss.." Panggil Kaido.
"Ya?" Soal Keith namun matanya belum lari dari memandang Arianna.
"Boss yang bercakap sini. Bukan Arianna." Kata Kaido. Keith cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah Kaido."Ada apa?"
"Saya dapat call dari Malaysia. Budak-budak kita kata Black Dragon tengah cari kita. Dark Scorpion juga sudah sampai ke Jakarta."
"Shit. Inform budak-budak kita dari Jakarta dan Bali suruh berjaga-jaga!"
"Baik boss.. Saya dan Black keluar sekejap cari makanan dan apa yang patut.." Kata Kaido.
"Hati-hati. Jangan lama sangat."
"Okay boss."
"Kaido, saya nak junk food boleh?" Sempat Arianna memesan sambil mengangkat tangannya.
"Dan gula-gula kapas.." Tambah Keith lagi. Kaido mengangguk sambil menggaru kepalanya sebelum memandang Keith kemudian berlalu.
"Jom saya tunjukkan bilik awak. Nanti saya lepas diorang sampai saya suruh Black masak lepas tu kita makan.." Arianna mengikuti langkah lelaki itu. Keith menunjukkan sebuah bilik kepadanya. Dekorasi klasik sejak dari ruang tamu hingga ke bilik masih menjadi santapan mata Arianna. Katil berukir kayu dan juga sofa dan meja dengan ukiran yang sana.
"Cantiknya.." Arianna terpesona.
"Ya, sangat cantik.." Balas Keith namun matanya leka memandang Arianna.
"Keith?"
"Ya?" Dia seolah terkejut. "Awak rehatlah dulu.." Sambungnya kemudian melangkah keluar. Arianna mengangkat bahu tanda tidak faham dengan tingkah lelaki itu. Beberapa hari ini Keith melayannya dengan baik. Tiada tanda-tanda mahu memarahinya. Atau penyakit kecelaruan identiti lelaki itu semakin parah?
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...