Keith masuk kedalam bilik Arianna dan menutup pintu perlahan tidak mahu gadis itu terjaga. Dia mengendong tubuh kecil itu ke katil kemudian membuka almari. Sehelai selimut tebal dia ambil lalu menyelimuti badan Arianna. Selimut yang dihamparkan oleh gadis itu dilantai dia ambil dan masukkan ke dalam bakul. Lampu tidur dia nyalakan.
"Jangan sentuh saya.. Lepaskan ibu.." Arianna meracau. Keith yang baru sahaja mahu melangkah keluar tidak jadi berganjak.
"Ibu.. Jangan pergi.. Jangan tinggalkan saya. Tempat ni gelap. Ibu jangan pergi.. " Kedengaran esak tangis dari bibir gadis itu. Keith menghampirinya. Dia mahu membangunkan Arianna namun tidak sampai hati. Esak tangis Arianna semakin kuat seolah-olah dia benar-benar ketakutan.
"Lepaskan saya.." Kata Arianna lagi. Arianna sudah berpeluh. Keith serba salah. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Lima minit kemudian Arianna kembali tenang. Dia melihat tangan Arianna tergenggam rapat. Keith mengeluh. Tahu hati dan perasaan gadis itu tersiksa sekian lama. Tangannya membelai ubun-ubun Arianna lembut. Kemudian dia melangkah keluar dan menutup pintu. Suis lampu ditekan dari luar untuk menerangi ruang bilik Arianna.
"Boss, tak tidur lagi?" Soal Kaido. Keith melangkah ke sofa.
"Belum. Korang tidurlah dulu."
"Boss okay ke?" Tanya Black.
"Okay. Kaido, kau tau kenapa aku marah kau tadi?" Soalnya.
"Tidak boss.."
"Dia misi kita. Aku tak sempat bagitau siang tadi. Task kita adalah jejak dia, sembunyikan dia dan lindung dia.."
"Betul ke boss? Saya minta maaf boss sebab saya tak tau. Saya ingat kita culik dia sebab nak jual ke apa ke.." Kata Kaido.
"Kau gila ke nak jual perempuan? Kau pernah nampak aku buat kerja terkutuk tu? Aku jahat tapi tak berniat nak aniaya perempuan. Dayus namanya.." Marah Keith. Ya, dia tidak sekejam itu untuk memperdagangkan manusia lebih-lebih lagi insan bergelar perempuan dan kanak-kanak. Sejahat dia, tidak pernah terfikir untuk kesitu.
"Maaflah boss, saya tak sengaja. Saya ingat boss nak tukar job tadi.." Sengih Kaido.
"Kau dan Black kena awasi dia setiap masa. Jangan sampai dia sakit, lebam atau luka macam siang tadi.."
"Boss walaupun dia dah tendang celah kangkang saya, sikit pun saya tak ada niat nak cederakan dia boss!" Sampuk Black. Kaido menyembunyikan senyum teringat peristiwa siang tadi. Mahu tidak mahu dia terpaksa menemankan Black membuat pemeriksaan di klinik.
"Budak-budak kita yang lain mana?"
"Empat orang dekat pagar lepas tu lapan orang berjaga keliling rumah" Terang Kaido. Keith mengangguk.
"Bagus.. Jangan leka. Lapor pada aku setiap masa.."
"Baik boss nanti saya maklumkan pada diorang semua.."
"Aku nak masuk tidur dulu. Ingat setiap kali keluar masuk dari bilik Arianna, kunci pintu takut dia merayap keluar. Jangan bagi orang lain masuk selain dari korang berdua. Faham?"
"Faham boss!" Keith melangkah ke biliknya. Pintu dia kunci. Katil dituju. Wajah Arianna singgah difikiran. Rambut panjangnya, anak matanya dan hidung mancung Arianna terbayang di mata. Lesung pipi di bawah dagu gadis itu segar diingatan. Tanpa sedar dia tersenyum.
"Kau masih cantik macam dulu Anna" Bisiknya. Keith menutup matanya membiarkan wajah gadis itu menemani tidurnya.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...