BAB 26

28.4K 1.1K 5
                                    

Qayshaun membawa Arianna ke bilik mesyuarat. Sudah tiba masanya untuk memperkenalkan Arianna pada semua staff Ramorez Group of company. Arianna sudah sebulan menamatkan pengajiannya jadi sebaiknya dia menjinakkan Arianna dengan bidang perniagaan.
"Selamat pagi Tuan Qayshaun!" Kata beberapa lembaga pengarah. Qayshaun mengangguk.
"Hari ni saya nak kenalkan orang baru dalam syarikat. Saya berharap sangat anda semua beri kerjasama. Ini adik saya, Qarianna Qeillia. Seperti yang anda semua sedia maklum, dia dan saya terpisah dari kecil. Dia pewaris sah Ramorez. Ini surat pengesahan DNA untuk membuktikan bahawa dia darah daging saya jadi saya tidak mahu mendengar apa-apa bantahan pun suatu hari nanti sebab dia akan mewarisi Ramorez Group of company." Sebaik sahaja Qayshaun berhenti berkata-kata semua pekerjanya berbisik sesama sendiri. Ada yang mengangguk-angguk. Tidak kurang juga yang mengeleng. Kemudian seorang lelaki lingkungan 50an berdiri.
"Tuan, saya harap tuan dapat pertimbangkan cadangan tuan untuk serahkan syarikat ni pada Cik Qarianna suatu hari nanti. Maksud saya, demi masa depan syarikat ni. Tuan pun tahu Cik Qarianna seorang perempuan. Saya tidak yakin dia mampu menerajui syarikat gergasi ini." Kata lelaki itu. Arianna menganguk. Dia setuju dengan lelaki itu. Sudah sebulan dia dan Qayshaun 'berperang mulut' kerana isu 'take over' syarikat ini. Arianna sendiri tidak yakin. Dia bukanlah seorang pemimpin.
"Betul tuan. Saya setuju dengan Encik Faiz." Kata seorang lagi. Arianna mengurut dada. Dalam hati berdoa semoga satu penghuni bangunan 10 tingkat ini menolak cadangan gila Qayshaun. "Hihihi" Dia ketawa dalam hati. Padan muka.
"Encik Faiz dan Encik Kong, saya percaya pada Qarianna. Saya yakin dia mampu seandainya semua orang dalam syarikat ni beri kerjasama padanya dan juga kepercayaan.." Qayshaun tidak mahu mengalah.
"Tuan, kami sudah lama berbakti pada syarikat ni. Tolong pertimbangkan cadangan kami. Kalau Cik Qarianna memegang jawatan setaraf dengan kami, mungkin kami tiada halangan. " Kata Encik Faiz. Qayshaun menarik nafas. Dia menjeling ke arah Arianna yang tersengih. Menyedari silapnya Arianna serta merta menarik muka sedih seolah-olah kalah dalam pertarungan. Qayshaun tahu Arianna gembira. Dasar penjahat!
"Baiklah. Kalau ada apa-apa cadangan lain atau bantahan sila jumpa saya lepas lunch hour" Qayshaun melangkah keluar diikuti oleh Arianna.
"Abang.. Kan Anna dah cakap. Anna tak mau syarikat ni. Mana mampu Anna nak tanggung pekerja-pekerja abang yang cerewet tu" Kata Arianna mengejek. Qayshaun mencubit lengan Arianna sehingga adiknya mengaduh kesakitan.
"Suka lah tu? Abang takkan mengalah okay. Anna adik abang.."
"Abang, Anna kerja biasa-biasa dah la. Tak semestinya kena jadi lady boss. Anna bukan dilahirkan sebagai seorang pemimpin tau? Abang kena ingat tu" Kali ini Arianna serius.
"Okay, kalau Anna tak mau ambil alih Ramorez Group of Company Anna tak ada pilihan lain selain kena uruskan unit kondominium dan Ramorez Hotel Anna tu.."
"What?" Arianna melopong.
"Don't 'what-what' me. They are yours after all. Jangan lupa dekat wasiat tu. Anna, abang sebenarnya nak Anna duduk sama rata dengan abang. Tinggi sama tinggi, rendah sama rendah. Anna faham kan? Tak adil tau kalau abang je yang berpangkat-pangkat ni. Anna adik abang.."
"Abang, kalau abang nak tinggi sama tinggi rendah sama rendah memang tak boleh.. Abang nun tinggi lampai. Anna paras ketiak abang je kot"
"Main-main lagiii" Qayshaun menyambung cubitannya. Terkekeh-kekeh Arianna ketawa. Qayshaun berhenti sebaik sahaja telefon bimbitnya berdering.
"Ye sayang? Abang kat office ni" Jawabnya.
"Balik makan tengah hari?" Kedengaran suara Mirna.
"Yup. Nanti abang balik. Jumpa nanti. Love you!"
"Love you too!" Balas Mirna. Telefon dimatikan. Qayshaun menjeling Arianna. Adiknya ketawa.
"Apa?" Soal Qayshaun.
"Love you bagai. Nak muntahlah.. Werkkk!" Arianna membuat gaya.
"Eleh macamlah dia dengan Keith tak macam tu"
"Tak okay. Sorry, kami cool and rock. Tak mainlah i lap you lap me"
"Belum lagi. Abang nak tengok nanti macam mana.."
"Takde, kami rock ganas. Mafia loves. " Katanya. Qayshaun mengeleng.
"Banyaklah mafia loves. Anna tu pun dah macam mafia abang tengok. Pakailah skirt ke dress ke. Ni tetap dengan jeans koyak-koyak kasut boot dengan jaket ni macam mana orang nak harapkan Anna pimpin diorang. Nampak Anna punya pemakaian pun diorang fikir sepuluh kali tau tak." Bebel Qayshaun. Arianna ketawa.
"Abang ni.. Bebel-bebel macam nenek tercekik gigi palsu je" Arianna menyandar disofa. Kakinya disilang.
"Duduk tu kepit sikit.. Anna kan perempuan. Hah, tengok Mirna dengan Raisa. Ayu je. Adik abang ni tak tahulah macam mana"
"Chill la abang, memang pakaian Anna macam ni kot.."
"Tau tapi kenalah terapkan ciri kewanitaan dalam diri. Anna ni dahlah cantik, well of course sebab abang handsome. Kalau Anna feminine sikit, memang thumbs up tau?"
"Ahh.. Blah la, sempat puji diri.." Kata Arianna. Qayshaun ketawa.
"Anna, kondominium Anna tu abang dah uruskan apa yang patut. Detail-detail semua dalam ni.. Ramorez Hotel pun sama juga. So, they yours 100%" Kata Qayshaun sambil memberi dua buah fail pada Arianna.
"Hmm, fine. I have no choice after all. Tapi janji, tolong Anna apa-apa yang patut.." perlahan dia menjawab.
"Promise" Kata Qayshaun. Arianna cepat-cepat membuka beg tangannya sebaik sahaja terdengar bunyi panggilan masuk.
"Yes Encik Keith Dixon?"
"Tu dia bila bakal pengarah bersuara" Usiknya. Arianna mencebik.
"Hah ni lagi sekoq. Tak ada kerja lain dah ke Encik Keith?"
"Ada Cik Arianna. Kerjakan orang. Tengah kerja la ni"
"Erk? Gaduh lagi ke? Kes apa pulak kali ni?" Arianna membelek fail yang diberi oleh Qayshaun tadi.
"Tak adalah. Hal kecik je."
"Hal kecik tak kecik kalau awak cedera ke apa saya tambahkan lebamnya ya? Kalau lebam mata kanan saya tambahkan kat mata kiri" Kata Arianna. Qayshaun didepannya sudah mengeleng kepala.
"Baik boss.. Jumpa malam nanti. Saya jemput."
"Okay, i'll see you later." Arianna senyum lalu menutup handphonenya. Dia bangkit dan mengeliat malas.
"Mode recharged!" Teriak Arianna. Mendengar suara Keith sudah cukup untuk memberi tenaga.
"Nak kemana pulak tu?" Soal Qayshaun.
"Nak tengok kondominium ni la.. Lepas tu pergi lawat Ramorez Hotel nak buat kacau.. Hihi" Arianna tersengih.
"Yelah, kalau ada apa-apa call abang tau.."
"Yes Tuan Qayshaun" Arianna keluar dari ruangan abangnya. Sebai, sahaja menapak keluar menuju lif semua mata memandangnya. Arianna hairan.
"Hai cik Qarianna" Dua orang pekerja lelaki menegurnya. Arianna mengerut. Cepat pula dia famous hari ni.
"Hai" Balas Arianna dengan senyuman.
"Kalau dia jadi boss, sampai mati aku kerja kat sini" Bisik salah seorang lelaki tadi pada rakannya.
"Gila cantik.. Tengok badan dia" Kata seorang lagi. Arianna memandang keduanya.
"Ni kerja sini sebab nak tengok badan perempuan je lah?" Soal Arianna sambil melangkah perlahan-lahan ke arah mereka. Keduanya serba salah. Wajah Arianna yang tadinya penuh senyuman kini bertukar seperti singa. Pantang betul dia lelaki sebegini. Semua mata pekerja disitu menjamah mereka. Beberapa pekerja perempuan senyum bila melihat kedua lelaki itu seperti ketakutan.
"T-tak.. Maaf cik.." Salah seorang di antara mereka memohon maaf. Arianna memaut handbagnya sebelum memukul keduanya.
"Orang datang pejabat buat kerja bukan tengok badan perempuan. Mata tu nak kena cungkil? Pantang nampak perempuan ye? Berapa ramai perempuan kat pejabat ni jadi mangsa awak berdua?" Soal Arianna.
"Maaf cik"
"Anna!" Qayshaun muncul dari ruangannya sebaik sahaja setiausahanya memaklumkan keadaan itu padanya. Dia segera menghampiri adiknya.
"Kenapa ni?" Soal Qayshaun.
"Tanya beruk dua ekor ni kenapa" Arianna mahu menghayunkan penumbuknya namun Qayshaun cepat-cepat menarik Arianna.
"Rashid! Amran! Masuk pejabat saya" Arah Qayshaun.
"Ba-baik tuan" Keduanya melangkah masuk ke ruangan Qayshaun.
"Anna balik dulu"
"Okay hati-hati" Rambut Arianna digosok. Mengeleng dia melihat sikap adiknya yang memang susah dijangka itu. Mungkin betul kata Encik Faiz. Arianna belum bersedia. Seandainya Arianna boss syarikat, entah-entah tiap kali balik kerja semua staff lebam seluruh badan. Qayshaun ketawa sendiri membayangkan seandainya benar-benar terjadi.

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Where stories live. Discover now