BAB 13

32.2K 1.2K 6
                                        

Arianna pantas bangun apabila melihat keadaan sekeliling yang begitu asing baginya. Dia berada dalam sebuah bilik kecil berdindingkan kayu dan hanya mempunyai sebuah tingkap kecil sahaja. Haba panas matahari di atap seperti membahang pada kulitnya. Badannya lenguh dan tidak selesa. Dia pantas bangkit dari katil kayu itu. Seingatnya semalam dia berada di dalam kapal terbang bersama Keith, Kaido dan Black.

Kini kelibat ketiga lelaki itu tidak kelihatan. Arianna melangkah perlahan menuju pintu. Pintu bilik itu dia buka. Dia mendengar beberapa suara di dalam bilik sebelah berbahasa Thailand namun tidak mendengar langsung suara Keith, Kaido mahu pun Black. Arianna panik. Dia mengapai kayu besbol bersebelahan dengan meja yang kebetulan berada disitu untuk tujuan perlindungan. Arianna menyembunyikan dirinya di sebalik pintu apabila mendengar bunyi derapan kaki semakin hampir dengannya. Tangan gadis itu terus menghayunkan kayu besbol tersebut bila bayang targetnya sudah hampir.

"Woah! Easy princess.. Easy.." Kata lelaki itu. Kayu besbol bertukar tangan sebelum sempat Arianna bertindak. Kini Arianna mengangkat kakinya mahu melepaskan tendangan namun kelibat Keith, Kaido dan Black yang tiba-tiba muncul tidak jauh dari lelaki tadi membantutkan niatnya.

"Arianna, it's okay girl.. We are safe!" Keith memeluknya. Arianna menarik nafas lega. Hampir keluar juga skill Muay Thai sesatnya untuk membelasah lelaki tadi.

"She's beautiful. No wonder she melt your stone heart.." Kata lelaki tadi. Keith ketawa. Arianna kebingungan. Wajah Keith dipandang.

"Arianna, this is Pued. Pued this is Arianna.."
"Sawadikap. Welcome to Thailand.." Pued menyusun sepuluh jarinya. Arianna mengikut rentak lelaki itu.

"Hi Pued, i'm sorry about ealier.."

"That okay.."

"Kita kat mana?" Soal Arianna beralih pada Keith.

"Krabi.." Singkat jawapan lelaki itu.

"Wow!" Kata gadis itu teruja.

"Semalam plan nak singgah Bangkok tapi ada orang yang tak sepatutnya tunggu kita kat sana so we have no choice but to stop and hide here. Pued is one of my man. I got 20 fighters around here. So i think we safe for a few days.."

"Okay. Can we go to the beach?" Soal Arianna apabila mendengar bunyi deruan ombak.

"Oh, and wait how did i get on the bed?" Sambungnya. Keith kelihatan serba salah.

"Erm, i don't want to wake you up. You look very tired so saya angkat.."

"Oh, okay. Come Black. Kita mandi laut.." Arianna menarik lengan lelaki bertubuh besar itu. Black menurut. Jacket kulitnya dilepaskan.

"Gila ke nak mandi laut tengah hari buta?" Sampuk Kaido.

"Boss dan Kaido tak nak ikut ke?" Soal Black.

"Kalau nak ikut jom lah tu pun kalau nak jadi ikan masin. Tu luka kat badan korang tu bagaikan di bubuh garam nanti jadinya. So, have fun kat sini!" Ejek Arianna. Black ketawa lalu mengikuti langkah gadis itu. Kaido menjelirkan lidah manakala Keith hanya mencebik. Tanpa membuang masa Arianna berlari ke pantai dan menyentuh laut. Beberapa buah bot nelayan terapung di pinggiran. Pemandangan yang sangat mengujakan. Arianna menolak Black ke dalam air kemudian ketawa melihat lelaki itu melompat-lompat kesejukkan. Sekumpulan kanak-kanak menghampiri mereka dan memandang Arianna dengan hairan. Salah seorang kanak-kanak lelaki menarik tangan Arianna. Gadis itu menurut dan mencangkung dihadapan mereka. Budak lelaki itu bercakap dalam bahasa Thailand dan Arianna langsung tidak memahaminya.

"Dia cakap mata Arianna cantik.." Kata Black menghampiri kelompok kanak-kanak itu. Arianna senyum.

"Ohh, thank you.. What is your name?" Soal Arianna sambil mengosok rambut budak lelaki tadi.

"Mang.." Balasnya. Mang melarikan anak rambut yang hampir menutupi mata Arianna kemudian bercakap sesuatu sambil tersenyum menampakkan gigi depannya yang sudah patah. Arianna memandang Black yang sudah menjadi jurubahasa tidak rasminya.

"Dia cakap Arianna macam malaikat.." Terang Black. Gadis itu ketawa kecil.

"Macamlah diorang pernah nampak malaikat!" Katanya setelah Mang dan kawan-kawannya meninggalkan dia dan Black. Arianna melangkah kembali ke rumah Pued dimana Keith dan Kaido leka berbual dengan beberapa orang lelaki dalam bahasa Thailand.

"Korang memang pandai cakap Thailand ke?" Soal Arianna pada Black. Hairan juga dia bila Black memahami kata-kata Mang kemudian dia sendiri mendengar Kaido dan Keith pula bertutur dalam bahasa Thailand.

"Ya. Kami belajar cakap Thailand, Jawa, Sunda , Philippine untuk memudahkan apa-apa urusan.." Terang Balack.

"You guys are amazing!" Puji Arianna kagum. Memang mafia bertaraf antarabangsa.

Keith melemparkan senyuman saat terpandang gadis itu. Arianna melabuhkan punggung disebelah Kaido bertujuan untuk menumpang angin kipas yang berada ditangan lelaki itu. Keith menghulurkan sebotol mineral water, dia mencapai sebelum meneguk.

"Tak jadi mandi? Tadi bukan main ketepikan orang yang luka-luka ni.." Kaido menolak bahu Arianna dengan bahunya. Gadis itu ketawa.

"Awak tak lapar?" Soal Keith. Arianna hairan dengan sikap prihatin lelaki itu sejak kebelakangan ini. Tiada lagi kata-kata sinis dari mulut Keith untuknya.

"Lapar.." Balas Arianna.

"Jom cari makan. Pergi bersiap.." Arah Keith. Arianna bangkit dan melangkah menuju bilik. Kaido dan Black membiarkannyabersiap dulu memandangkan hanya satu bilik sahaja dirumah ini. Arianna membersihkan diri dan memakai sehelai T-shirt dan seluar pendek. Jacket hitamnya dicapai. Dia keluar mendapatkan Keith yang menunggu dengan sebuah kereta merah yang sudah luntur warnanya.

"Siapa punya kereta?"

"Pued.." Katanya. Arianna menganguk lalu mengambil tempat duduk disebelah lelaki itu.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Soal Arianna.

"Takda!" Keith senyum.

"Keith.."

"Ya?"

"Takda!" Jawab Arianna bertujuan untuk membalas. Keith mencebik. Arianna ketawa.

"Okay love birds. Let's go!" Kaido dan Black mengambil tempat duduk pemandu. Kaido segera menekan pedal minyak dan meluncur perlahan meniti perkampungan nelayan itu.

"Jangan nak love birds sangat. Korang mandi ke tak ni? Tak sampai sepuluh minit korang muncul.." Tegur Arianna. Keith ketawa.

"Mandilah. Lelaki mandi bukan lama pun.." Kedengaran suara Kaido.

"Alasan" Balas Arianna pendek.

"Ari, i want you to take this!" Keith mengeluarkan pistol dari celah bajunya. Arianna melopong.

"Why?"

"Just in case.." Keith menyelitkan pistol tersebut di dalam jacket Arianna.

"Stay close to me. Got it?"

"Aye aye sir!"

"That's my big brave girl.." Keith mencuit hidung gadis itu.

"We not going to kill anybody aren't we?" Soal Arianna tiba-tiba cemas. Dia tidak berpengalaman memegang senjata.

"Nope. Just for protection.."

"Okay." Balas Arianna perlahan. Dalam hati berdoa semoga tidak terjadi apa-apa hari ini. Dia sudah penat lari. Lepas ini entah ke mana pula. Manila? Menurut Keith, Qayshaun akan terbang dari Itali esok. Bermakna jika tiada aral melintang mereka berempat juga akan kembali ke Malaysia keesokkan harinya.

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang