BAB 21

30.4K 1.2K 4
                                    

Arianna melangkah keluar dari Volkswagen milik Qayshaun. Kereta Mirna ada disitu. Motorsikal Raisa juga. Itu bermaksud kedua sahabatnya ada di rumah. Nasib baiklah. Arianna melangkah ke pagar dan mengeluarkan kunci dari tas tangannya. Pintu pagar dibuka. Kemudian dia mengetuk pintu rumah. Setelah beberapa ketukan dia mendengar suara Mirna dari kejauhan menyuruh Raisa membuka pintu.

"Kejap.." Suara Raisa kedengaran tergesa-gesa. Pintu dibuka. Matanya terbeliak. Arianna senyum sambil mendepakan tangannya.

"Ari..!! M-mirnaaa cepatt!" Raisa menarik Arianna ke dalam pelukan nya. Tuhan sahaja yang tahu betapa leganya dia saat ini.

"Arianna!" Teriak Mirna yang juga datang memeluknya.

"Are you okay?" Soal keduanya. Bagaikan tidak percaya dengan kehadiran Arianna.

"I'm fine.."Balas Arianna dengan senyuman. Semingu selepas peristiwa dia kena tembak dibahu itu barulah Arianna berani menjejak kaki ke rumah ini. Dia tidak mahu menjenguk dengan keadaan begitu, bimbang seandainya dia masuk ICU mendengar bebelan keduanya.

"Masuk.." Tarik keduanya.

"Siapa hantar kau tu?" Soal Raisa.

"Nanti aku cerita.." Kata Arianna lalu melabuhkan punggungnya.

"Ceritalah dari awal.." Kata Mirna. Pandangan matanya tajam. Banyak sungguh rasa yang berbuku di hati. Terlalu banyak soalan yang dia ingin ajukan. Tidak tidur lena dia semenjak kehilangan Arianna.

"Well, okay.. " Arianna mula menceritakan semua yang terjadi kepada kedua sahabatnya. Kecuali bab dia membunuh Ayahanda Hamzah dan Joze Al Hamid. Dia tidak mahu ceritanya terkena tembakan, bocor.

"Qayshaun Ramorez?" Bulat mata mereka memandang Arianna.

"Ya, dia abang kandung aku.."

"Kan betul tekaan aku!" Mirna menepuk tangannya. Raisa melopong.

"A'ah! Ari, kau yang tak percaya kan?" Sokong Raisa.

"Aku bukan tak percaya babe. It's just confusing.."

"Aku happy sangat untuk kau Ari. So kau masih tinggal sini kan? Don't tell me you are moving out." Mirna mencerlung ke arahnya seperti tahu erti dari riak bersalah Arianna.

"I loved to stay here but my brother tak bagi. He's quite a bit over protective. So guys, i'm gonna stay at villa dalam beberapa hari. Lepas tu aku ambil barang. Don't you guys worry i'm going to visit both of you every weekend okay?" Janjinya. Memang Qayshaun membantah sekerasnya ketika Arianna ingin tetap tinggal di rumah sewa. Daripada mendengar bebelan Qayshaun yang disokong oleh Keith, dia mengalah sahaja.

"You promise?" Riak wajah Raisa kini mendung. Sunyilah dia dan Mirna selepas ini. Dan Raisa pula terpaksa ke university sendirian.

"Pinky promise. Do i ever breaking a promise?"

"No." Kini Raisa kembali ceria. Dia tahu Arianna bukanlah seseorang yang mudah mungkir janji.

"By the way, my brother have party this weekend and both of you are invited!" Arianna menyerahkan dua kad kepada mereka. Keduanya membaca isi kad tersebut.

"I loved it!" Mirna memeluk kad tersebut. Arianna mengerut dahi. Bunyi ketukan di pintu membuat mereka berpaling.

"Woahh!" Keduanya bagaikan fan girl artis kpop pula. Mata bercahaya memandang Qayshaun seolah tidak percaya jutawan muda itu muncul dihadapan mereka. Kalau ada love dimata confirm love keluar melantun.

"Hello ladies. Can i come in?" Soal Qayshaun. Mirna dan Raisa menganguk. Laju pula tu. Arianna senyum.

"Abang, ni Raisa and Mirna." Arianna memperkenalkan.

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Where stories live. Discover now