BAB 11

33.1K 1.3K 1
                                    

Ayam panggang yang masih panas itu Arianna nikmati dengan berselera. Keith dan Kaido sedang membincangkan sesuatu manakala Black pula masih asyik memangang ayam dan ikan untuk santapan mereka berempat petang ini. Arianna melihat Black dari sisi femininenya kerana sejak dia bersama mereka, Black lebih banyak mengemas dan memasak malah Black juga yang ditugaskan untuk membeli pakaian Arianna. Dia sedikit kagum. Yalah, itu menandakan mereka masih normal walaupun gangster. Bak kata pepatah, dalam hati ada taman. Itulah yang sesuai untuk mengambarkan Black. Nama ganas tapi hati lembut.

"Kenapa senyum-senyum ni?" Soal Keith yang entah bila berada dihadapannya. Keith mengambil sehelai tisu dan mengelap dagu gadis itu yang sedikit comot.

"Takda apa. Black tu feminine sangat. Semua benda dia buat.."

"Dia multi-talented biasalah."

"Comel. Badan besar bukan main sado lepas tu memasak, kemas rumah, beli barang dapur semua.." Kata Arianna sambil ketawa kecil. Ya, badan Black tidak ubah seperti ahli bina badan. Tegap dan tinggi. Berbeza dengan kaido. Kaido tinggi namun badannya tidaklah seperti Black. Keith? Perfect. "Eh, apa aku fikir ni?" Kata Arianna dalam hati.

"Baru awak tahu gangster ni bukannya ganas sangat pun.."

"Ye saya tau. Saya banyak belajar sekarang ni.."

"Baguslah.. Nak isi borang jadi anak buah saya?" Usik Keith. Arianna cepat-cepat mengangkat tangannya dan menggeleng.

"Never and ever!" Balas gadis itu sambil ketawa.

"Kenapa?"

"Sebab saya tak nak awak jadi boss saya. Kalau saya nak jadi mafia pun, bukan awak boss saya.."

"Sebab?"

"Sebab awak gila!" Balas Arianna pendek lalu mengangkat piringnya ke sinki kemudian mencuci tangan. Dia mengambil empat botol coca-cola dari peti sejuk dan duduk semula. Kini Keith dan Kaido pula menjamah ayam panggang yang baru sahaja Black letak diatas meja. Arianna pula terkial-kial membuka tudung botol coca-cola tersebut. Keith mengambil pembuka tudung dari tangannya dan membuka keempat-empat botol itu tanpa masalah. Keith mengambil penyedut minuman dan memasukkan satu ke dalam botol sebelum menyua ke arah Arianna.

"Thanks.." Kata gadis itu.

"No problem!"

"This is yours.. Kaido and Black.." Arianna menyuakan botol-botol itu kepada mereka.

"Saya dan Kaido ke bandar sekejap nanti. Ada hal penting. Black, kau tolong jaga Arianna okay? Kalau aku dan Kaido tidak balik dalam masa dua jam, Black kau call Ronald. Bawa Arianna macam yang kita rancang. Faham?" Black mengangguk.

"Kenapa tak pergi sama-sama?" Soal gadis itu.

"Saya takut diorang sampai sini sebelum saya dan Kaido. Awak jangan risau. Black will protect you."

"How about both of you kalau saya dan Black pergi?" Soal Arianna lagi. Keith teragak-agak.

"Kami ikut kemudian dengan kapal lain.." Sampuk Kaido. Arianna memandang mereka silih berganti, wajah Kaido kelihatan tidak yakin dengan jawapannya sendiri.

"Listen, i said if me and Kaido not return in two hours both of you need to get out of here. Kalau kami sampai awal we get out together. Okay? You trust me right? I will protect you.." Kedua tangannya memegang pipi Arianna.

"Tak boleh ke kalau tak payah pergi?" Soal gadis itu sedikit berat hati. Perasaannya tidak berapa sedap.

"Tak. Saya kena pastikan tempat ni selamat. Kalau tak ada apa-apa kita tetap bersembunyi di sini tak payah kemana-mana okay?" Kata Keith. Akhirnya Arianna mengangguk setuju.

"Good girl.." Keith mengosok kepalanya. Arianna menghirup perlahan air di botol. Selesai mengisi perut, Kaido dan Keith meminta diri.

"Black, keep her safe. I trust you. Remember, no matter what happen just keep going.." Pesan Keith sebelum dia pergi. Arianna dan Black masuk semula ke dalam banglo.

"Take a rest. Saya pastikan keadaan sekeliling selamat.." Kata Black.

"Tak nak. Saya nak ikut.." Saat ini dia tidak mahu bersendirian.

"Okay then!" Black melangkah ke pagar dan menguncinya. Kemudian dia berjalan melihat ke sekeliling rumah. Arianna seperti budak kecil mengikuti lelaki itu dari belakang. Bila Black berhenti melangkah, dia juga berhenti. Black berpusing dia juga berpusing. Black duduk dia pun duduk. Black berdiri dia juga berdiri. Arianna mendengar Black ketawa kuat. Dia memandang lelaki itu hairan.

"Saya penjaga ke cik Arianna jaga saya ni?" Soalnya. Arianna mencebik.

"Dah, jom masuk." Kata Black. Arianna menurut.

"Cik Arianna ni lain, unik dan menarik. Patutlah boss suka cik Arianna!" Kata Black sambil menyuap sayap ayam ke dalam mulutnya. Arianna mengerutkan dahi.

"Kenapa cakap macam tu? Dan berapa kali dah saya pesan, jangan panggil saya cik. Panggil nama cukuplah.." Kata Arianna.

"Tak adalah. Boss tu lain macam tingkahnya kalau dengan Arianna. Dia happy semacam dengan Arianna. Boss tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Dari kecil dia fobia bila perempuan dekat dengan dia selepas ibunya lari meninggalkan dia dan bapanya. Boss selalu didera oleh ibunya sendiri sejak kecil. Boss trauma. Bapa dia pula mengalami kemurungan yang melampau, sebulan lepas tu Encik Dixon meninggal. Sehingga ke besar dia mengelak untuk berurusan dengan mana-mana perempuan. Dia benci perempuan. Dia takut. Sejak Arianna datang dalam hidup kami masa kami culik dulu, boss berubah. Dia sangat bertangungjawab. Dia jaga Arianna macam nyawanya sendiri. He care for you more than anything. Dia boleh ketawa dan menangis untuk Arianna.." Kata Black. Arianna mengeluh perlahan. Tidak sangka Keith dilakukan seperti itu oleh ibunya sendiri. Kini dia faham dengan sikap dingin dan makna pandangan menakutkan yang lelaki itu miliki sebelum ini.

"Arianna tahu tak masa Arianna terjatuh dan pengsan kat bilik mandi haritu? Dia cemas sangat hampir menangis. Dia panik. Sampai tak tahu nak buat apa.." Kata Black sambil ketawa kecil teringat peristiwa itu.

"Lepas tu dia tunggu Arianna bangun. Dia siap berdoa lagi. Yang lucunya bila Arianna bangun, korang sambung bergaduh. Dia cakap dekat saya yang Arianna gila. Lepas tu saya pun bagitahu dia cik Arianna cakap dia ada masalah mental.." Arianna ikut ketawa mendengar cerita Black.

"Awak dengan Kaido dah lama ke kenal Keith?" Soal gadis itu.

"Dari kecil. Kami bersekolah disekolah yang sama. Dia dan Qayshaun macam ketua pada budak-budak dulu. Kami suka timbulkan masalah dekat sekolah sehinggalah sekolah menengah. Kami berempat sangat rapat memandangkan kami berkongsi nasib yang sama iaitu kehilangan orang tua. Saya dan Kaido dibuang sekolah sebab merokok. Kami terpisah. Lepas habis sekolah saya terjumpa balik dengan boss secara tak sengaja. Masa tu saya dibelasah oleh budak-budak BD. Boss selamatkan saya. Lepas dari haritu kami adalah mimpi ngeri budak-budak BD. Saya jumpa Kaido masa dia nak interview kerja. Keith ajak dia dan saya tinggal sekali memandangkan saya dan Kaido tiada keluarga dan saudara mara. Saya bangga dia dan Qayshaun berjaya dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka belajar di university yang sama. Qayshaun semakin berjaya dengan perniagaannya diusia yang sangat muda dan Keith pula menempa nama sebagai raja di dunia gelap. Qayshaun tidak pernah telibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak elok memandangkan Lampard selalu memantau pergerakkannya. " Galak Black bercerita. Arianna mengukir senyuman kecil bila nama abangnya dibangkitkan. Tidak hairanlah kenapa Keith begitu mempercayai Kaido dan Black. Begitu juga Qayshaun mempercayai ketiga mereka untuk menjaganya. Persahabatan diantara mereka sangat kuat.

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Where stories live. Discover now