Tombol pintu dipulas. Bagai mahu melonjak dia bila pintu terbuka. Selama ini sudah berpuluh kali dia mencuba nasib membuka pintu tersebut namun hampa. Adakah mereka terlupa menguncinya? Arianna merasakan itu peluang baik baginya.
Dia melangkah keluar perlahan-lahan dan menyusuri koridor rumah itu dengan berhati-hati. Langkahnya terhenti bila terdengar suara Keith Dixon. Arianna segera merapatkan dirinya ke dinding. Dia harus memikirkan cara untuk lalu secepat mungkin di hadapan bilik Keith yang terbuka tanpa lelaki itu sedari. Dia mengigit jari telunjuknya cemas sambil otaknya ligat mencari jalan.
"Yes bro, i will keep her safe. Don't you worry. Just settles everything and hurry back home. If you need my help you know what to do.." Kata-katanya lelaki itu mati begitu sahaja. Arianna dapat merasakan Keith sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon. Serta merta Arianna teringatkan telefon bimbitnya. Dia perlukan telefonnya untuk menghubungi Raisa dan Mirna. Atau polis? Adakah dia perlu merampas kembali telefonnya? Dimanakah Keith menyimpan telefonnya?
"Who let you out? How long have you been here?" Hampir terjerit Arianna mendengar suara yang begitu dekat dengan telinganya.
"The door is unlocked. Please let me out.." Arianna mengigit jari telunjuk. Risau juga dia kalau Keith heret dan kurung dia semula.
"Where did you think you're going with that kemeja?" Tunjuknya. Arianna turut memandang pakaiannya. Ya dia hanya berkemeja putih paras paha sahaja. Tambahan pula dia baru sahaja bangun.
"And kaki ayam? Seriously Ari?" Soal Keith sambil menyilang tangannya ke dada. Nampak jelas lengan lelaki itu berketul. Kali ini dia hanya memakai kemeja berlengan panjang namun tidak mengenakan blazer seperti selalunya. Jadi bentuk badannya jelas kelihatan di mata Arianna. Jauh sekali dengan hinaan yang dilemparkan oleh gadis itu sebelumnya.
"Dah puas tengok saya?" Keith senyum meleret memandangnya. Arianna dapat merasakan wajahnya panas. Kenapa dia boleh terleka?
"Jom saya hantar ke bilik.." Keith menawarkan. Tangannya diletakkan di atas bahu Arianna.
"Saya nak balik.." Kata gadis itu. Keith berhenti melangkah.
"Look. You will be safe here. I will protect you.."
"Protect me from what?"
"Well, i guess i have to tell you something then. Come.." Dia membawa Arianna turun ke ruang tamu. Gadis itu menurut. Keith menyuruhnya duduk kemudian lelaki itu mengambil sebuah buku dan sehelai kertas yang bergulung dan membukanya dihadapan Arianna. Yang gadis itu lihat hanyalah sebuah pelan. Kemudian Keith membuka buku tersebut, terpampang wajah beberapa orang yang dia tidak kenali kecuali dua wajah yang dia begitu rindui.
"What is this?" Soalnya.
"You have the key to this underground lab" Keith menunjukkan pelan itu kepada Arianna namun gadis itu mengerutkan dahinya binggung.
"What do you mean? I dont even know where or what this place is." Balas Arianna.
"This is your family tree. You are Qarianna Qeillia Ramorez the daugther of Qarrisa Ramorez and Syed Al-Rahfiz Aqhbar. Your dad is son of Syed Ahmad Bulqri the businessman from Arabian who married to your grandmother Syarifah Zahara. Your dad was the greatest scientist and married your mom an Italian mafia daugther, Leonardo Ramorez.." Keith menunjukkan satu persatu gambar dihadapan gadis itu. Arianna kaku saat terpandang gambar ayah dan ibunya tersenyum mesra. Tangannya menyentuh perlahan gambar itu. Wajah tenang ibu yang cantik dengan mata hijaunya begitu mengusik kalbu. Wajah yang persis di dalam loketnya kemudian mata Arianna beralih pada seorang budak lelaki disamping ibunya. Dia yakin selalu melihat wajah itu dalam mimpinya. Ya, budak lelaki bermata hijau.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...