Arianna mengenakan dress bewarna blue navy dan juga kasut dengan rona yang sama. Rambutnya dianyam ala braids crown dihiasi oleh bunga kecil bewarna biru. Sudah dua bulan dia menunggu hari bahagia ini. Dia melangkah ke arah bilik Qayshaun. Abangnya kelihatan kacak dengan bowtie bewarna biru.
"Pengantin tak siap lagi ke?" Soal Arianna. Dia membetulkan bowtie Qayshaun kemudian membutang kot abangnya.
"Dah siap dah.." Kata Qayshaun. Arianna menyandarkan kepalanya ke dada Qayshaun.
"Adik abang kenapa ni?" Soal Qayshaun.
"Takda.. Abang dah jadi suami orang. Anna happy.." Qayshaun mengosok belakang Arianna.
"Sebab tu abang suruh kawin cepat.."
"Ish, ke situ pulak!" Arianna mencubit perut abangnya.
"Dah jom. Lambat nanti.." Ajak Qayshaun.
"Okay. Anna panggil Kak Mirna dulu.." Arianna melangkah ke bilik Mirna. Beberapa orang jurusolek sedang mendandannya. Arianna melopong. Mirna kelihatan anggun dengan Wedding dressnya.
"Woahhh! Cantiknyaaa!" Kata Arianna. Mirna senyum melihat tingkah sahabatnya itu.
"Ari.. Aku nervous.."
"Apa nak nervousnya.. Tunang dah, nikah sudah. Tinggal nak bersanding je pun.." Kata Arianna.
"Kau rasa banyak tak tetamu?"
"Gila tak banyak. Nama pun wedding of the year. Suami pulak jutawan. Yang buat liputan, majalah RICH lagi. Live kat TV pulak tu! Hang ingat yang datang tengok hampa dua ekoq sekupang dua kupang ka?" Usik Arianna. Mirna menampar lengannya lembut.
"Mana Rai dengan Ahmet?" Soal Arianna.
"Dah tunggu kat bawah kot.."
"Pengapit yang semangat. Ada ura-ura dua ekor tu.." Kata Arianna ketawa. Mirna juga.
"Dah siap cik.." Kata jurusoleknya. Arianna membimbing tangan Mirna dan melangkah ke pintu wedding hall. Qayshaun sudah menunggu bersama Raisa dan Ahmet. Raisa anggun bertudung biru sedondon dengan baju Ahmet.
"Hai sayang.. Are you ready?" Soal Qayshaun. Mirna mengangguk. Pintu dewan dibuka. Mirna melingkar tangannya di lengan Qayshaun. Sorakan para tetamu jemputan bergema di Ramorez Hotel. Raisa dan Ahmet melangkah perlahan dibelakang keduanya. Arianna segera ke barisan meja VIP dimana Keith sedang menanti.
"You look beautiful!" Bisik Keith ke telinganya. Arianna mencubit lengan lelaki itu. Para wartawan dan jurukamera tidak melepaskan sedikit peluang pun untuk mengabdikan setiap moment terindah pasangan pengantin baru itu. Arianna tumpang bahagia. Mana taknya, sahabat baik sudah pun sah menjadi isteri kepada abangnya. Dia yakin Mirna pilihan tepat untuk Qayshaun.
"They are so sweet!" Kata Arianna bila Qayshaun menari dengan Mirna. Keith ketawa.
Majlis bersanding berjalan dengan lancar dengan kehadiran tetamu jemputan seramai 3000 orang termasuk pihak media, wartawan, keluarga, sanak saudara kedua belah pihak, sahabat handai, penduduk kampung pengantin perempuan, keluarga dari Itali, ahli-ahli politik dan juga ahli-ahli koporat yang bekerjasama dengan Ramorez Group Company.
Team sekuriti juga berduyun-duyun menjaga luar dan dalam dewan. Beberapa anggota dari Italy turut menjaga sekitar kawasan dewan. Majlis berlangsung dengan sangat meriah.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...