Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berlarian di pantai dengan gelak ketawa. Arianna berlari dan menangkapnya. Ketawa si kecil itu semakin kuat apabila perutnya digeletek.
"Mami stop.. Daddy help.." Katanya tersekat-sekat.
"Incoming.." Keith yang dari tadi ketawa memandang keduanya kini menangkap Arianna lalu mengeletek isterinya. Arianna ketawa kuat. Si kecil itu melonjak gembira bila sang ayah membalas dendam untuknya.
"Dah.. nak pengsan.." Arianna menolak suaminya.
"Good job daddy" Si kecil menunjukkan high five nya. Keith membalas.
"Amboi team mate.." Arianna mencubit suaminya dan mengucup pipi si kecil. Keith ketawa. Pipi Arianna turut dicium. Si kecil itu melonjak. Mata hijau emeraldnya menatapi wajah Arianna.
"Kenapa tengok mami macam tu?" Soal Arianna. Puteranya memeluk Arianna.
"I love you mami.." Bisiknya ditelinga Arianna.
"I love you too my green gems.." Arianna senyum memandang anaknya.
"Tak love daddy la?" Keith pura-pura merajuk.
"I love you so much daddy"
"Ceh, nak juga" Arianna menolak bahu suaminya. Keith ketawa.
"Come Qeith, mandi dengan daddy.." Ajak Keith. Si kecil itu menurut.
"Jaga-jaga mata masuk air.." Pesan Arianna. Dia bangkit lalu menepis pasir yang melekat di bajunya.
"Jomlah mami.." Qeith memanggilnya. Arianna hanya melambai. Dia lebih selesa memerhatikan tingkah kedua insan yang dia sayangi itu. Sudah lebih tiga tahun dia dan Keith membina mahligai, perasaan bahagia itu semakin bertambah. Diserikan lagi dengan kehadiran putera sulungnya Qeithian Dixon Ramorez, hidupnya dan Keith kini lengkap. Ingatannya singgah pada Qayshaun dan Mirna yang sedang menanti kelahiran cahaya mata yang keempat. Mereka dikurniakan dengan puteri sulung kembar yang kini berusia empat tahun. Qarabella Qaysha Ramorez dan juga Qistianna Qaysha Ramorez. Kemudian si putera kecil Qadrashian Ramorez yang seusia dengan anaknya Qeith. Raisa dan Ahmet pula baru berkahwin beberapa bulan yang lalu. Black dan Kaido setia menjadi orang kuat Keith. Namun kini Dixon Empire tidaklah seaktif dulu kerana sang naganya mengambil keputusan untuk 'mencuci tangan'. Keith sudah membubarkan ahli-ahli kumpulannya di luar negara. Arianna pula sangat bersetuju dengan cadangan suaminya namun tidak bermakna mereka boleh leka. Bak kata Keith, bahaya ada dimana-mana. Ketih masih seorang mafia tetapi mafia yang penyayang. Lelaki itu kini menguruskan sebuah restoran, D'Empire Restaurant di pusat bandar selain dipejabatnya D'Empire Holdings. Arianna masih menguruskan Ramorez Hotel yang kini bertaraf lima bintang dia juga menguruskan unit kondominiumnya iaitu Ramorez Pearl condominium. Kadang-kadang dia berulang alik ke Itali bagi menguruskan Ramorez Restaurantnya disana. Tiga daripada dua buah rumahnya di Itali sudah pun dijual begitu juga hotel di Itali manakala tiga bidang tanahnya diguna untuk mengusahakan ladang Anggur dan juga strawberry.
"Sayang, fikir apa tu?" Soal Keith sambil mendukung Qeith menghampirinya. Keduanya basah kuyup.
"Takda apa.."
"Betul ni?"
"Yes abang.."
"Okay.. jom balik dah petang" Keith mengosok rambut isterinya sebelum menghadiahkan sebuah kucupan di dahi. Arianna tersentuh setiap kali diperlakukan seperti itu. Terasa dirinya begitu disayangi. Keith tidak pernah berubah, sentiasa memanjakannya seperti dulu. Setiap kali memandang wajah itu, hati Arianna tenang. Keith adalah rajanya. Keith tetap sang mafianya. Mafia yang sentiasa di hati.DENGAN INI TAMATLAH NOVEL PERTAMA SAYA (MAFIA DI HATI)
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
AksiyonKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...