Keith membuka balutan di bahunya. Lukanya sudah beransur kering. Begitu juga dengan Kaido. Rasa risau Arianna surut perlahan. Tiada perasaan yang lebih lega selain melihat kedua lelaki itu kembali seperti biasa.
"Lepas ni dilarang luka lagi!" Gadis itu memberi arahan.
"Ye, kang ada pulak yang menangis.." Perli Kaido. Arianna menjelir lidahnya ke arah lelaki itu.
"Orang paniklah!" Dia membela diri. Keith hanya memandang karenah keduanya sambil ketawa.
"Orang kalau panik teriak bukan menangis.." Kaido masih mengusik. Arianna melemparkan botol air ke arahnya namun Kaido cepat-cepat mengelak.
"Sorry ya. Saya bukan jenis yang teriak high pitch. Bukan macam orang tu. Terkejut sikit teriak dah macam papa zola.." Sindir Arianna. Kali ini Kaido pula mencebik apabila Keith dan Black mengetawakannya dengan kuat.
"Cuba tunjuk sikit Ari.." Cadang Keith.
"Arghhhhh.." Arianna membuat gaya. Ketawa Black dan Keith semakin menjadi-jadi sehingga akhirnya Arianna juga ikut ketawa.
"Amboi.. Bukan main boss sekarang tak tolong saya dah.." Kaido menarik muka.
"Eh sebelum ni saya tak tolong sesiapa pun.." Kata Keith.
"Black tolong cover aku!" Pinta Kaido.
"Eh, no way. Black dah jadi best friend saya okay. Keith adalah setiausaha saya. Awak ajak Pued cover awak!" Arianna tidak mahu mengalah.
"Tak berani. Kang dia Ong bak, tak balik Malaysia kita nantinya.." Kata Kaido. Arianna ketawa. Telefon bimbit ditangan Keith berbunyi. Lelaki itu bangun dan menjawab panggilan tersebut. Setelah beberapa minit dia datang dan menyuakan telefon itu kepada Arianna. Gadis itu memandangnya.
"Qayshaun.." Kata Keith. Jantung Arianna tiba-tiba berdetak laju mendengar nama itu. Perlahan-lahan telefon itu dia ambil dan letak ke telinga.
"Hello?"
"Hai Anna. Are you okay?" Kedengaran suara dihujung talian. Suara itu seperti arus eletrik menyuntik satu perasaan berbeza dalam diri Arianna. Entah kenapa dia tiba-tiba berasa sebak."I-im f-fine.."
"Don't you worry i will be back tomorrow. Can't wait to see you.."
"Yeah, me too.." Air mata yang mahu menitis dia tahan.
"Don't cry Anna. I'm sorry sebab lambat jumpa and take care of you. I'm sorry for not being with you all this time.. " Qayshaun kedengaran sangat bersalah.
"Hey, it's okay. It's not your fault. Just hurry back home.." Kata Arianna menenangkan abangnya. Air matanya menitis sayu.
"I will Anna. Be brave okay? You are big girl now right? Big girl don't cry. Stay safe okay? I'll see you tomorrow." Pesan Qayshaun.
"Okay.." Balas Arianna. Talian dimatikan. Keith mengosok belakang gadis itu perlahan. Arianna menyuakan telefon itu kembali.
"Esok, sampai je Qayshaun dekat airport dia akan call kita baru kita bertolak dari sini. Lepas tu baru buat perancangan lain.." Kata Keith. Ketiganya mengangguk setuju.
"Ari, i take you to your room.. Take a rest. If you need anything we here.." Keith menyalakan empat biji pelita di penjuru bilik bagi menerangkan bilik kecil itu. Arianna menurut. Dia membaringkan badannya di katil kayu yang keras selepas Keith berlalu. Dia mengambil buku nipis di meja lalu mengipas badannya yang panas. Arianna tidak tahu macam mana penduduk disitu bertahan tidur ditemani nyamuk dan tiada bekalan eletrik.
Jam dinding sudah menunjuk ke angka dua belas. Arianna belum juga lelap. Dia duduk kembali kemudian mengambil sebotol mineral water sebelum meneguk perlahan. Suasana sekeliling begitu sunyi. Hanya kedengaran deruan ombak dan angin laut. Dia bangkit ke luar bilik. Pintu dibuka perlahan. Matanya menjamah tiga sosok tubuh yang lena dihadapan biliknya. Black bergulung seperti kesejukkan manakala Kaido pula terlena dalam posisi duduk menyandar di dinding. Keith tidur berbantalkan jacketnya. Arianna mengeleng sebelum melangkah semula ke dalam bilik dan keluar bersama tiga helai tuala. Dia menyelimuti Black yang sedang lena kemudian melangkah ke arah Kaido. Badan lelaki itu ditolak lembut supaya berbaring dengan selesa kemudian Arianna menyelimutinya. Dia beralih pada Keith yang tidur berpeluk tubuh. Perlahan-lahan Arianna menyelimuti badan lelaki itu. Keith pantas bangun dan memegang lengan Arianna seolah-olah terkejut. Nafasnya kedengaran laju.
"Keith, it's me.." Arianna menenangkan lelaki itu. Keith kelihatan lega. Nafasnya ditarik dalam.
"Are you okay?" Soal Arianna. Tidak pernah dia lihat Keith seperti ketakutan.
"I'm fine.. I just.. Nothing." Balas Keith pendek.
"Okay then. Saya nak selimutkan awak tadi. Tidurlah.." Kata Arianna lalu menghulurkan towel tersebut kemudian bangkit dari situ. Belum sempat dia melangkah tangannya ditarik lembut oleh lelaki itu. Arianna berpaling.
"Don't go.." Nada suaranya juga berubah. Arianna duduk disebelah lelaki itu. Wajah Keith dipandang lama.
"Okay. Awak kenapa?" Soal Arianna.
"Takda. It's just a nightmare." Keith meraup wajahnya.
"I have my nightmare too. It's happen every night since i was a kid. I saw my mom kena heret selepas dia sembunyikan saya dalam almari yang gelap. And then someone took me, i see a boy with green eyes running towards me. Mimpi tu berulang setiap malam.." Terang Arianna. Keith diam, mendengar.
"Sebab tu saya takut tidur gelap-gelap. It's feel like i was in closet and can't breath. One day you told me about my parents murder. Saya terfikir. Mungkin mimpi saya selama ni adalah separuh dari ingatan saya masa kecil. Dan budak lelaki yang saya nampak tu adalah abang saya. Saya jadi lebih tenang. Saya rasa jawapan yang saya cari selama ni dah terjawab.."
"You are so strong Ari. You can face yor nightmare. But i can't.." Tiba-tiba Keith bersuara. Satu keluhan berat dia lepaskan. Arianna senyum.
"Keith, tak semua perempuan macam yang awak fikirkan.."
"Maksud awak?"
"Black ada ceritakan sesuatu pasal awak hari tu. Dia kata awak trauma sebab mak kandung awak sendiri dera awak dari awak kecil lagi.."
"Saya dah cuba lupakan dia tapi tak boleh Arianna. Saya benci kerana dia punca bapa saya mengalami kemurungan dan meninggal lepas dia tiggalkan kami dan kahwin dengan lelaki lain. Beberapa bulan lepas tu dia pula meninggal sebab kemalangan." Luah Keith akhirnya.
"Keith, dalam hidup ada beberapa hal penting kita kena tahu. Selain dari melupakan apa kata awak ikhlaskan dan maafkan. Saya tahu awak belum maafkan dia. Maafkan dia Keith, sejahat mana pun dia tetap mak awak. Lupakan apa yang dia pernah buat. Insya Allah awak akan lebih tenang. Dia pun tenteram. Manusia tidak lari dari kesilapan sebab tu kena tanamkan sifat pemaaf dalam diri. Supaya kita tidak berdendam dan menyakiti orang lain." Panjang Arianna menasihat. Keith mengangguk. Wajah Arianna dipandang.
"Now go to sleep. You will be fine." Kata gadis itu dengan senyuman. Keith senyum tawar. Entah kenapa dia begitu selesa dengan Arianna. Gadis itu sangat berbeza. Aura Arianna seperti mampu membuat setiap orang disekelilingnya berubah. Macam malaikat kecil.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...