Keith masuk menantang dulang ditangan lalu meletakkan di atas meja. Tangannya lincah menyediakan empat biji piring dan gelas serta jug berisi jus oren. Arianna masih baring menghadap ke kiri sambil memerhatikan lelaki itu dengan ekor mata.
"Black, tolong ambil dulang lagi satu. Kaido, bawa nasi ke sini.." Arah Keith. Kedua lelaki itu melangkah keluar selang beberapa minit mereka masuk semula dengan dulang berisi lauk-pauk dan juga nasi. Keith menghampiri Arianna.
"Jom makan. Nanti gastric awak datang balik. Lepas ni makan ubat and take a proper rest.." Dia menyelak selimut gadis itu. Arianna bangkit perlahan dari katil.
"That's my good girl.." Katanya apabila tanpa banyak soal gadis itu menurut. Dia tahu Arianna kelaparan. Arianna hanya menjeling marah sebelum mengambil tempat ditengah Black dan Kaido. Tidak mahu rasanya bersebelahan dengan si gila itu. Kaido memotong stik daging dan meletakkan ke pinggan Arianna yang sudah berisi nasi.
"Makanlah.." Katanya sebelum mencendok nasi untuk dirinya sendiri. Black pula meletakkan sepinggan sup dihadapan Arianna. Dia merasakan dirinya dilayan seperti puteri seketika.
"Puteri yang diculik.." Dalam hati Arianna ketawa kecil. Dia mula makan perlahan.
"Awak memang tak makan seafood ke?" Soal Keith yang sedikit jauh dihadapannya apabila terpandang gadis itu lebih selesa menjamah stik daging tanpa menyentuh sedikit pun udang dan ketam yang dia masak. Arianna menggeleng.
"Sayur pun cik tak makan kan? Selalunya cik asingkan sayur dari pinggan.." Kata Black. Arianna mengangguk. Malas mahu bersuara.
"Patutlah terbantut.." Kini Keith bersuara. Arianna pantas menjeling ke arah si lancang itu. Sudunya dihempas kuat. Keith ketawa kecil.
"Grr.." Gadis itu merengus marah.
"Dah jangan nak mula. Kang tak pasal-pasal ada food fight pula.." Kaido cepat-cepat meredakan keadaan. Arianna menyambung kembali suapannya.
"Dah berapa hari saya kat sini?" Soalnya.
"Tiga.." Jawab Keith. Arianna diam. Tangannya perlahan menyuap stik daging ke dalam mulut. Bermakna tiga hari dia hilang dari dunia luar. Adakah Mirna dan Raisa mencarinya? Dia mengeluh. Sudu dan garfu dia letak ke tepi. Jus oren diteguk separuh. Mulutnya dilap dengan tisu. Tiga pasang mata memandang tingkahnya namun dia biarkan. Arianna tiba-tiba hilang selera. Dia bangkit dan mengapai tuala lalu melangkah ke bilik mandi. Mahu berendam untuk menghilangkan sesak di dada. Air matanya menitis perlahan.
Dia membalut tubuhnya dengan tuala lalu keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan diri. Kelibat ketiga-tiga lelaki itu hilang begitu sahaja. Ruang tamu bilik itu juga kelihatan kemas. Dulang-dulang makanan tidak kelihatan. Arianna menghampiri meja solek apabila terpandang sebuah kertas.
[Take your medicine. I'll see you tomorrow. Good night!]
Dia memandang ke arah dua biji panadol dan memasukkannya kedalam mulut. Kemudian botol mineral water dia capai dan air dia teguk. Setelah itu Arianna melangkah ke almari dan mengambil sehelai kemeja dan kembali ke bilik mandi untuk memakainya. Kemudian dia mengambil sebuah novel sebelum duduk membaca. Dia ingin membiarkan fikirannya mengembara sebelum dia tambah stress.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
AcciónKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...