Keith melajukan langkahnya apabila ternampak sebuah tombol besi di atas rumput. Peta ditangannya diteliti. Ada tanda X disitu dan dia yakin dia sudah menemukan tempat yang mereka cari. Tanda itu sudah ditutupi rumput sepenuhnya.
"Qay! I got it!" Teriak Keith sambil menunjuk-nunjuk ke bawah kakinya. Qayshaun menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju mendapatkan sahabatnya.
"This is it.."
"Guys, pull this out.." Arah Keith. Tanpa memnuanh masa Kaido dan Black mengerahkan segala tenaga yang mereka ada untuk membuka pintu tersebut. Akhirnya pintu besi di bawah tanah itu terbuka sedikit demi sedikit. Qayshaun menyuluh ke bawah. Ada lorong yang gelap dan kotor dibawahnya.
"Jom turun.." Ajak Qayshaun lalu menuruni anak tangga menuju bawah tanah. Keith mengikutinya kemudian Black dan Kaido.
"Korang tengok sekeliling. Kalau ada yang mencurigakan inform aku!" Kata Kaido. Beberapa orang pengikut lain mengangguk.
"Baik bang!"
Mereka melangkah masuk ke dalam lorong itu. Keith mengikut selok belok peta ditangannya. Setelah yakin dia masuk ke lorong sebelah kiri dan akhirnya menemukan sebuah pintu. Qayshaun menolongnya menolak pintu tersebut.
"Turn right.." Kata Keith setelah mereka berjaya masuk. Qayshaun menurut. Terdapat banyak bilik di bawah ini. Keith melihat kembali peta di tangannya.
"Third room to the left.." Mereka berlari secepatnya kebilik yang dimaksudkan. Pintu dibuka. Kelihatan sebuah senapang bulat besar seperti meriam di dalam kotak kaca. Keith menyentuh kotak kaca tersebut.
"It's bulletproof. Give me the keys!" Pintanya. Qayshaun menyuakan kedua rantai dia dan Arianna.
"We got company. We got company!" Kedengaran suara di walkie-talkie di tangan Black.
"Shit!" Kata Qayshaun dan Keith serentak. Kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu di walkie-talkie tersebut. Kaido mencampakkan walkie-talkie nya kemudian mengeluarkan senjata masing-masing.
"We need to get out of here alive.." Bisik Keith.
"Qay, kita angkat kaca ni. Black, Kaido cover kitorang!" Arah Keith. Kedua lelaki itu mengangguk lalu berlari ke arah pintu. Qayshaun dan keith mengangkat kotak kaca tersebut dan mengikuti langkah Kaido. Black dibelakang mereka.
Bang! Bang! Kaido melepaskan tembakan. Dua orang lelaki terbaring di lantai.
"Clear!" Kata Kaido. Mereka berjalan lagi. Kali ini seorang lelaki menggunakan Bravo squad assult rifle menanti mereka di hujung terowong.
"Take cover!" Arah Kaido sebaik sahaja lelaki itu mulakan tembakan tanpa henti. Keith menyumpah.
"He's running out of ammo. Ready!" Kata Keith pada Black. Lelaki itu mengangguk. Setelah tembakan berhenti, Black bangkit dan melepaskan tembakan.
"There's no end of them!" Kata Qayshaun apabila dia mendengar beberapa derapan kaki berjalan dalam terowong itu. Tidak lama kemudian terdengar bunyi tembakan.
"Back up team kita dah sampai boss.." Kata Kaido.
"Great. Jom!" Mereka melangkah lagi. Keith berjaya keluar, dia menarik kotak kaca tersebut kemudian menarik tangan Qayshaun."We need to go now!" Keith menepuk bahu pemandu kereta Hummer miliknya. Kereta meluncur laju diikuti oleh dua buah kereta pengikutnya. Belum jauh mereka pergi ada beberapa buah kereta musuh mengejar dari belakang. Kini kedua kereta dibelakang mereka berbalas tembakan.
"Boss ada kereta dekat depan.." Kata Black.
"Amir, switch. Kau ambil ni, terjun cepat. Sembunyi dekat dalam hutan until everything is clear then go back to villa. Give this to Dantes or Lampard. They know what to do!" Kata Keith sebelum menolak pemandunya itu ke luar."I hope everything berjalan macam dirancang.." Bisik Qayshaun.
"Don't worry buddy.." Keith menenangkannya. Keith memberhentikan kereta bila tahu tiada jalan keluar untuk mereka memandangkan sekumpulan kereta sudah pun menutup jalan dihadapan.
"Such a clever move!" Puji Keith. Seorang lelaki keluar bersama tongkatnya diikuti oleh beberapa pengikut berjalan ke arah kereta mereka.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
AcciónKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...