Arianna mengenakan gaun yang ketiga dan melihat dirinya di cermin fitting room. Baju yang dicadangkan oleh Zacky Willy, pereka fashion tersohor itu begitu menarik perhatiannya. Tidak sangka Zacky Willy adalah kawan baik Keith. Hebat betul Keith ni. Gaun putih dihiasi mutiara itu lebih menarik berbanding yang pertama dan kedua kerana gaun pertama nampak seksi dengan belahan di paha hingga kaki dan juga backless. Gaun kedua pula kembang dari bahagian betis hingga ke pangkal kaki, dah macam ikan duyung tercekik. Tidak mungkin dia menikah dengan baju itu. Berbeza dengan gaun ketiga yang elegan dan menarik. Macam gaun pengantin Bella swan pula. Hebat. Arianna keluar dari fitting room dimana Zacky Willy dan Keith sedang menunggu.
"I loved this one" Kata Arianna. Zacky Willy menepuk tangan girang. Keith pula terpesona dengan Arianna.
"Untung kau Keith. Bakal wife kau punya badan memang lawa. Sesuai sangat dengan dia.. What do you think?" Soal Zacky Willy. Arianna tidak tahu pujian itu ikhlas atau sekadar mengambil hati pelanggan. Keith menganguk.
"She perfect" Kata Keith. Dia juga bersetuju dengan pilihan Arianna.
"I'll pack this one. Time to make up and dressing Ari. Our photographer is waitting" Kata Zacky Willy lalu memetik jarinya memanggil dua jurusolek nya. Arianna meninggalkan Keith lalu menuju ke bilik make up. Dua orang wanita itu mula mendandan rambut Arianna sebelum menyolek wajahnya. Rambutnya didandan cantik. Setelah selesai barulah keduanya menyolek wajah Arianna.
"Flawless betul kulit cik ni. Jarang pakai make up ke?" Soal wanita bernama Lizzy itu. Arianna mengangguk.
"Tak ada masalah langsung kulit cik ni disolek. Tak pakai conclear pun tak apa. Pandai cik jaga muka. Jerawat pun takda.." Puji Zanna. Arianna hanya membiarkan. Setelah selesai dia mengenakan gaun putih dan panjang. Veil pengantin diletak di kepalanya.
"Cantiknya.." Puji keduanya. Pintu bilik diketuk.
"Dah siap?" Kedengaran suara Zacky Willy.
"Dah boss"
"Cepat-cepat. Kita nak pergi lokasi pengambaran" Katanya.
"Okay boss.." Mereka mengajak Arianna keluar. Hujung gaun Arianna diangkat. Keith sudah menunggu dengan baju kotnya. Arianna senyum. Bakal suaminya nampak lebih kacak. Dia suka setiap kali Keith mengenakan kot atau tuxedo, macam bad boy in suit.
"Kenapalah Ari ni cantik sangat?" Bisik Keith ketika mereka sudah berada didalam kereta.
"Mata tu tengok jalan raya. Saya tak nak mati awal. Belum kahwin lagi ni" Kata Arianna apabila Keith asyik memandangnya. Lelaki itu ketawa. Dia memberhenti kan kereta dia sebuah rumah diikuti oleh kereta Zacky Willy dan crew photography nya.
"Rumah siapa ni?" Soal Arianna. Rumah banglo empat tingkat berdekatan dengan pantai itu sungguh cantik.
"Rumah kitalah.. Lepas kahwin kita duduk sini" Kata Keith sambil menarik tangan Arianna ke pintu. Dia menyeluk sakunya. Kunci rumah dibuka.
"Banyaknya rumah. Membazir tau" Kata Arianna.
"Ni lain. This is my wedding gift for you.. This will be a castle for us and our childrens nanti.." Kata Keith. Arianna senyum.
"Rumah awak yang lain nak buat apa?" Soal Arianna.
"Jual. Kecuali villa. Nanti sekali sekala kita datang melawat villa lepas tu pergi Ramorez villa okay? "
"Cantiknya.." Kata Arianna saat menjejak kaki ke situ. Hiasan rumahnya juga mewah bertemakan merah, hitam dan putih. Ada sebuah lif di hujung sudut rumah itu.
"This is too beautiful Keith" Kata Arianna. Keith mengucup dahi Arianna.
"Baru ground floor.. Tak tengok lagi ke atas. Lepas kahwin i will be your personal guide okay? Kita tour satu rumah" Arianna ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. Arianna melangkah ke ruang tamu sekali lagi dia terpesona melihat pemandangan di pantai betul-betul menghadap ke situ. Dia menekup mulutnya. Crew-crew Zacky Willy juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keindahan banglo ini.
"Guys don't touch anything" Zacky Willy berkali-kali memberi amaran kepaa. Risau sungguh dia.
"Can we start now?" Tanyanya pada Keith. Keith menganguk. Dia menarik Arianna. Photographer sudah bersedia.
Setelah memakan masa dua jam lebih akhirnya sesi pengambaran selesai. Tiada orang yang lebih gembira selain Arianna kerana dia boleh menyalin semula pakaiannya. Dia sudah rimas kesana kemari dengan baju pengantin.
"I will call you if semua selesai." Kata Zacky Willy pada Keith.
"Okay. No problem. " Mereka berjalan ke kereta.
"So puan Arianna, kita cari ring dulu or wedding cake?" Soal Ketih.
"Mana-mana pun boleh.." Balasnya. Keith memandu kereta dan berhenti di hadapan sebuah bakery. Dia dan Arianna memilih cake yang berkenaan. Tidak sampai sejam mereka ke kedai barang kemas untuk membeli cincin.Arianna memilih cincin vintage dihiasi permata hijau begitu juga Keith.
Keith menyukai cincin itu kerana ia mengambarkan mata Arianna dan gadis itu ketawa saat lelaki itu berkata demikian. Setelah membayar semuanya mereka berdua pergi mengisi perut yang sedang lapar.
Usai makan tengah hari, Keith menghubungi Kaido dan Black untuk misi mencari barang hantaran. Mereka berpecah. Black menemani Arianna manakala Kaido menemani Keith.
"Apa aku nak beli ni?" Soal Keith.
"Pistol boss" Cadang Kaido.
"Gila ke apa? Nak majlis nikah aku jadi pernikahan berdarah?" Kaido ketawa mendengar kata-kata Keith. Dia hanya bergurau sebenarnya.
"Berapa dulang hantaran boss tu?" Soal Kaido.
"Lima"
"Kacang je tu boss.. Boss ambik set barang kemas Habib Jewels, Kasut Jimmy Choo, beg tangan Gucci, Perfume Eau D'hadrien dan apa lagi barang yang perempuan pakai erk?" Kaido memerah otak.
"Kereta.."
"Kereta?"
"Ya kereta.."
"Tak mahal ke boss? Boss dah berapa dah kereta. Ari pun ada kereta besar kan? Carilah yang boleh di buat kenangan.."
"Habis, kereta tak boleh dibuat kenangan?"
"Boleh tapi kereta boss dah berlambak tahu tak? Boss tinggal pass kunci je kot kat bakal puan kita tu"
"Yelah, habis tu apa? Yang lain aku setuju. Tinggal satu je ni" Kata Keith lalu melangkah ke kedai Kasut.
"Set make up?" Soal Kaido
"Ari mana suka pakai make up.."
"Wallet kot.. Idea saya pun dah kering" Kata Kaido sambil ketawa.
"Wallet pun wallet lah Kaido.." Mereka memulakan misi.Arianna dan Black
Arianna memikirkan senarai yang dia mahu beli untuk dijadikan hantaran. Black setia mengikutinya.
"Black, apa kita nak beli ni?" Soal Arianna.
"Sembilan dulang kan? Maknanya sembilan jenis barang. Sekarang ni Ari fikir nak beli apa? Nanti saya bagi cadangan.
"Perfume, jam tangan, kasut, tie.. tu je" Kata Arianna sambil mengigit jari.
"Belt? Ermm, iPhone? Boss pun dah lama tak tukar phone" Cadang Black. Arianna setuju.
"Lepas tu?"
"Boss suka ambik gambar. Kamera dia rosak minggu lepas sebab jatuh. Kalau Ari nak boleh juga beli camera."
"Ada dua lagi.. Cepatlah.."
"Kejap ya Ari, saya fikir sambi kita cari barang..
"Okay" Arianna mengambil perfume Hermes 24 Faubourg dan menyuakan kredit cardnya pada jurujual. Kemudian mereka melangkah ke kedai jam.
Jam tangan Rolex bewarna silver dia ambil. Dia ke kedai kasut kemudian membeli satu set tali leher dan juga belt. Setelah itu dia dan Black melangkah ke kedai photography dia memilih sebuah Cannon Digital Camera.
"Bankrup lah macam ni" Kata Arianna. Black ketawa.
"Kenapa tak bagi je hantaran belacan, ikan masin, ikan bilis.. Kan murah" Sambung Arianna.
"Takpa, sekali seumur hidup.." Sampuk Black.
"Awak dengan Kaido tak terfikir nak ada keluarga sendiri ke?" Soal Arianna.
"Nak. Belum jumpa lagi. Boss kata nanti kalau dah jumpa bakal isteri, dia nak saya dan Kaido hidup macam orang lain. Lagipun tak selamanya nak buat kerja macam ni Ari."
"Tau pun.. Nanti kalau dah ada anak isteri, tu la tanggungjawab kita. Sekarang carilah" Kata Arianna.
"Baik puan"
"Jangan nak puan sangat. Lama lagi"
"Hujung minggu ni kot" Kata Black. Arianna ketawa. Mereka singgah sebentar di kedai telefon. Dia mengambil iPhone 6 untuk hantaran pada Keith.
"Dua lagi.. Satu set mandian kot" Cadang Black.
"Tak pelik ke? I mean dia lelaki.."
"For men wahai cik Ari. Jangan pula belikan set mandian bunga-bungaan memang taklah boss nak pakai." Kata Black. Arianna ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya.
"Satu lagi saya tahu apa dia.. Leather jacket. Dia ada banyak tapi saya nak
la bagi satu untuk dia, special from me" Kata Arianna. Black menganguk setuju.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...