Arianna terasa ada seseorang masuk ke dalam bilik. Dia cuba membuka mata namun cahaya dari silau lampu memaksanya memejamkan kembali mata. Perut terasa pedih. Arianna menekan perutnya perlahan. Namun kesakitannya tidak juga reda. Dia cuba bangun entah kenapa kepalanya terasa berat. Kemudian dia melihat Keith menghampirinya. Keith membawa dulang yang berisi nasi goreng dan juga kopi panas mendekati Arianna. Baru gadis itu perasan dia sudah pun berada di katil.
"Awak memang degil kan?" Keith memandangnya dengan pandangan yang garang. Arianna sudah memikirkan yang bukan-bukan takut seandainya Keith bertidak kasar dan memukulnya seperti adegan dalam TV yang biasa dia lihat. Arianna mengetap bibir, menyesal.
"Kenapa awak tidur kat lantai tu semalam? Dah keras sangat badan awak tu?" Tengking lelaki itu lagi. Arianna membatukan diri, matanya dia pejam rapat. Tidak sanggup dia melihat wajah bengis mafia dihadapannya itu.
"Kali ni awak mesti makan, saya akan pastikan awak makan." Suaranya juga kedengaran tegas. Arianna kecut perut. Keith lebih menakutkan berbanding Datuk Kamal yang sering memarahinya. Keith menyentuh dahi gadis itu serta merta wajah garangnya berubah pucat.
"Damn!" Keith menghayunkan penumbuknya ke dinding. Kemudian bergegas keluar. Arianna memandang tingkah lelaki itu sebelum menyentuh dahinya sendiri. Terasa panas dan peluh dingin memercik di dahi. Perutnya masih tidak mahu bekerjasama. Seperti yang diminta, gastric datang menziarah. "Terima kasih gastric kerana datang dan membawa demam sekali besertamu" Arianna ketawa dalam hati.
Cerah harapan untuk ke hospital. Keith masuk semula kedalam sambil membawa sebuah kotak dan sebotol mineral water. Dia mengambil suhu badan Arianna.
"Shit!" Lelaki itu kembali panik apabila melihat suhu badan Arianna tinggi. Dia tergesa-gesa mengeluarkan dua biji panadol namun dia hairan bila memandang wajah Arianna yang berkerut seperti menahan kesakitan yang amat di bahagian lain tetapi bukan kepala kerana setahunya kepala Arianna yang sakit. Seperti mengetahui apa yang gadis itu alami dia menyelak selimut Arianna.
"Awak ada gastric?" Soalnya cemas. Arianna tidak menjawab. Keith meraup wajahnya sendiri. Gadis bermata hijau itu sedikit hairan melihat tingkah lelaki itu. "Aku yang sakit dia yang tertekan. Tadi bukan main tengking aku. Gila." Omel Arianna dalam hati.
Keith mengeluarkan sebotol ubat cecair bewarna putih dan Arianna yakin itu ubat gastric kerana dia juga mempunyai stock ubat yang sama. Arianna mengeluh apabila rancangannya gagal.
"Kenapalah tak hantar aku ke hospital?" Bisiknya hatinya. Dia mengeluh. Mafia ni memang kedekut lah! Takkan nak bayar bil hospital pun berkira!
"Eat your breakfast now!" Arah lelaki itu kembali tegas. Arianna menjeling sakit hati sikitpun dia tidak berkutik. Melihat reaksi Arianna seperti tidak mengendahkannya Keith mengapai piring tadi dan menyuakan sudu ke mulut gadis itu. Arianna serba salah.
"Saya makan sendiri.." Akhirnya dia bersuara. Tidak mungkin dia mahu disuap seperti budak kecil. Kalau Mak Riah atau Pak Yakoob tak apalah kerana Arianna selalu disuap oleh kedua orang tua itu bila mode mengada-ngadanya aktif. Kalau Keith, minta simpang!
"No way, saya dah bagi awak makanan dari semalam awak tak makan. Sekarang saya yang bagi awak makan!" Keith mencerlung matanya. Arianna menyesal semahunya. Harapan dia berkecai. Bayang-bayang hospital jauh kelihatan. Mahu tidak mahu Arianna membuka mulut dan menghabiskan nasi goreng yang disuap ke mulutnya dengan perasaan malu yang menggunung.
"Habiskan.." Kata Keith apabila nasi goreng itu tinggal sedikit. Arianna menurut kerana perutnya memang kosong dan cacing bergendang kelaparan di ususnya.
"Makan ubat!" Keith menyuakan dua biji panadol di telapak tangan Arianna setelah gadis itu siap menjamah nasi dan tanpa banyak soal dia menelan keduanya. Kemudian Keith menyuapkan sesudu ubat gastric ke mulutnya. Arianna meneguk air kopi demi menghilangkan bau ubat dan rasanya yang dia tidak gemari. Keith senyum memandangnya.
"That's my sweet girl. Now rest. I'll see you later. Saya nak keluar sekejap. Black dan Kaido akan jaga awak. Nanti saya suruh diorang bagi ubat tepat pada masa. Saya jumpa awak petang nanti.." Kata Keith sambil menyinsing lengan kamejanya dengan nada lembut. Arianna melemparkan jelingan tajam. Macamlah dia peduli kemana atau dimana atau kenapa. Dia lagi aman kalau mampu keluar dari tempat ini. Sikit pun dia tak hingin jumpa muka lelaki itu lagi. Kalau berambus terus pun tidak apa. Arianna rela bersendirian mereput disini.
"Jangan nak mengumpat saya dalam hati. Take care!" Keith mengosok rambut gadis itu sebelum dia melangkah keluar. Arianna merengus kemudian menyambung kembali baringnya. Perut sedikit lega. Dia mengiringkan badannya ke kanan mencari posisi yang selesa, seperti mahu menyambung tidurnya namun niatnya terbantut apabila pintu dibuka kembali. Kaido melangkah menuju katilnya dengan beberapa buah beg kertas. Lelaki berjaket kulit itu meletakkan barang-barang yang dibawanya di birai katil.
"Just in case you get bored.." Kata lelaki itu lalu menghulurkan sebuah beg kertas bewarna hitam kepadanya. Arianna menyambut beg kertas tersebut sebelum membukanya, ada beberapa buah novel dan majalah yang masih berbungkus rapi didalamnya. Dia tersenyum.
"Thanks.." Kata Arianna sambil mengeluarkan isi beg kertas itu. Lupa sebentar yang dia sebenarnya diculik. Gadis itu bagai hilang ingatan separuh apabila melihat buku-buku dan majalah dihadapannya. Tiba-tiba senyumannya mati. Segera dia bawa diri kembali ke realiti.
"Saya tak mahu buku ni. " Arianna menolak buku-buku itu lalu membaringkan diri kembali. Badannya mengiring ke kiri membelakangi Kaido. Kedengaran lelaki itu ketawa kecil.
"Kalau tak mahu saya simpan atas meja ya?" Katanya sambil mengemas buku-buku yang berada di bawah kaki Arianna. Gadis itu mengigit bibir.
"Ni baju-baju cik. Black tak tahu saiz berapa dia main teka je. Saya harap cik suka. Saya minta maaf kalau kami salah beli. Dia beli banyak jenis ni.." Arianna kembali duduk. Dia mengeluarkan isi-isi beg kertas itu. Ada beberapa baju T-shirt longgar, jacket kulit bewarna coklat dan hitam dan beberapa helai skinny jeans dan juga ripped jeans sesuai dengan selera Arianna. Kemudian tangannya beralih kepada beg kertas yang satu lagi. Tersentak Arianna melihat isinya kemudian perlahan membelek pakaian dalam yang dibeli.
"Black yang beli?" Soal Arianna.
"Ya, boss suruh pilih saiz dan warna macam tu." Kata Kaido teragak-agak. Muka Arianna merah menahan malu. Apalah nasib.
"Okay, terima kasih.." Gadis itu menyumbat kembali semua pakaian-pakaian tersebut ke dalam beg kertas.
"Saya minta maaf pasal tangan cik hari tu dan kaki cik. Lukanya sudah kering kan?" Kaido bersuara lagi.
"Awak tak patut minta maaf pasal tangan dan kaki je. Awak kena minta maaf sebab culik saya dan bawa saya ke tempat ni jumpa boss gila sakit mental awak tu. Saya tak tahu apa yang korang nak.." Arianna mula beremosional. Hampir saja dia menangis meluahkan semua rasa yang berbuku.
"Kalau kami tak jumpa cik dulu, mungkin nasib cik tak macam ni. Kami tak ada niat nak apa-apa kan cik. Boss Keith dapat misi ni untuk lindungi cik Qarianna." Kaido menjelaskan padanya. Semalam Keith telah menerangkan semuanya secara terperinci.
"I'm not Qarianna!" Bentak Arianna. Sudah berkali-kali dia menjelaskan dia bukan Qarianna yang dimaksudkan. Kenapa susah sangat mereka nak faham?
"Yes you are.. You may not know something about your past.." Kata-kata Kaido memancing perhatiannya. Gadis itu menoleh ke arah Kaido inginkan penjelasan. Keith juga pernah berkata begitu pada hari pertama dia diculik.
"Maksud awak?"
"Saya tak boleh bagitahu cik apa-apa. Dan lagi satu cik kena jaga sikit kata-kata bila dengan boss. Dia tak seperti yang cik fikir. Dia bukan jenis orang yang berperikemanusiaan. Jangan buat dia marah. Dia boleh berubah jadi mimpi ngeri bila-bila masa. Cik tak boleh agak emosi dia." Pesan Kaido lalu meninggalkan gadis itu terkulat-kulat.
Dia juga tahu prestasi Keith Dixon. Siapa yang tidak kenal namanya? Empayarnya meluas diseluruh negeri. Arianna bukanlah jenis yang mengambil tahu tentang semua itu namun dia selalu mendengar cerita dari teman sekampusnya yang lain. Menurut mereka Keith Dixon adalah seorang ketua Mafia yang paling muda jika dibandingkan dengan yang lain dan juga merupakan yang terbijak dan terbesar empayarnya. Jadi Arianna yakin, selain menggunakan tangan untuk menyelesaikan masalah Keith Dixon juga menggunakan otak. Gadis itu mula membuat kesimpulan sendiri. Dia semakin tertekan. Tidak tahu kenapa hidupnya berakhir dengan tragedi dukacita sebegini.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...