Sakit hatinya bila tombol pintu yang dia ketuk menggunakan kasut tumit tinggi tidak juga terbuka. Yang ada malah tumit kasutnya patah. Dia melemparkan kasutnya ke dinding. Arianna mengambil sebelah lagi kasutnya dan mula mengetuk lagi. Tidak lama kemudian tumit kasut itu juga tercabut. Keith ini benar-benar membangkitkan inner killer nya. Jiwanya yang mahu berontak membara-bara.
"Arrgghh!!" Dia teriak. Panas hatinya. Dia tidak mahu tinggal di bilik ini seumur hidupnya. Dia harus mencari jalan lain. Kerusi di meja solek dia angkat dan baling ke pintu untuk melepaskan geram kemudian dia duduk di lantai menyandar di katil sambil berpeluk lutut. Pintu dibuka dari luar. Keith dan Black menghampirinya. Black meletakkan dulang makanan di meja solek. Kerusi yang terbaring dilantai dia angkat dan letakkan di tempat asal. Sedikit pun Arianna tidak memandang ke arah mereka.
"You know you can't escape dear.." Keith melarikan anak rambut yang menutupi separuh wajah gadis itu.
"Don't you dare call me that!" Arianna menepis tangannya.
"Whatever. Go eat your lunch while you can. There's no dinner and breakfast for you if you keep destroyed semua harta benda saya. You have no idea how expensive it is" Kata Keith. Arianna merengus.
"Berlagak! Dia ingat aku peduli ke pasal harta benda dia?" Bentak hatinya.
"Just kill me now!" Kata Arianna pendek. Keith memandangnya. Pandangan mengejek tadi bertukar bengis. Arianna kecut perut. Teringat kata-kata Kaido pagi tadi. Dia jadi menyesal memikirkan Keith boleh menamatkan riwayatnya bila-bila masa sahaja sekarang.
"Where's the fun in that if i kill you now?" Keith senyum sinis kepada Arianna. Gadis itu mengambil bantal yang berdekatan dengannya lalu dia lempar kepada Keith. Sakit hati Arianna semakin bertambah. Mahu sahaja dia mencekik lelaki itu. Keith sedikit terkejut dengan tindakkan Arianna. Tidak menyangka gadis itu berani bertindak sebegitu.
"Stay away from me! I hate all of you!" Teriak Arianna lantang. Keith senyum dan melangkah keluar diikuti oleh Black. Pintu dikunci lagi. Arianna berdiri dan mengambil piring serta gelas yang berada di dulang dan dia lemparkan ke pintu. Bunyi pecahan kaca memenuhi ruang bilik. Arianna melangkah ke bilik mandi dan mengunci pintu dari dalam. Dia menangis semahunya. Sungguh dia benci dengan hidupnya. Entah syaitan apa yang merasuk dia kerana jiwanya benar-benar tertekan saat ini. Dia lebih rela mati dari hidup terkurung disini tanpa tahu sebab yang pasti. Arianna memandang ke arah cermin besar di sinki berhadapan dengannya. Wajah murungnya dia perhatikan kemudian dia mengambil botol-botol shampoo dan sabun-sabun disitu lalu membaling cermin itu berkali-kali sambil menjerit melepaskan segala yang terbuku dihati.
"Kenapa kau lemah sangat Arianna?! Lepas ni kau kena jadi sekuat baja! Kau tak boleh biarkan orang lain buat sesuka hati kat kau!" Teriaknya. Dia benci dengan figura tubuh yang lemah dihadapan cermin itu. Dia benci dengan diri sendiri dan nasib malang yang sering mengejarnya. Sebaik sahaja memusingkan badannya, dia terpijak satu cecair yang licin dan berbuih. Dia yakin itu adalah tumpahan shampoo dari botol yang bertaburan di lantai. Posisi badannya yang tidak seimbang membuatkannya terjatuh. Kepalanya terhentak kuat di tab mandi.
Dia dapat merasakan ada cecair merah mengalir didahinya kemudian pandangan matanya semakin kabur. Dia hanya mendengar namanya dipanggil berkali-kali namun dia terlalu lemah untuk menjawab sehinggalah dia nampak tiga kelibat masuk ke dalam bilik mandi dan menghampirinya. Pandangannya gelap.
"Arianna.. Open your eyes please.." Keith menepuk pipi gadis itu lembut. Arianna masih tidak bergerak. Keith panik.
"Kaido, ambil first aid cepat!" Arahnya. Tanpa berlengah Kaido keluar.
"Arianna i'm begging you please open your eyes.. Don't do this to me. I'm sorry Arianna.." Suaranya bergetar memanggil Arianna. Masih tiada respon dari Arianna. Badan yang kaku itu dia angkat dan baringkan ke katil.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
AcciónKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...