Kelopak matanya dibuka perlahan apabila terasa ada sesuatu bergerak ditangannya. Arianna lihat Keith sedang tekun menyapu ubat dipergelangan tangan dan mengurut lembut tangannya yang lebam. Kenapa dia tidak sedar lelaki itu masuk? Berapa lama dia tertidur?
"What are you doing here?" Soal Arianna sambil menarik tangannya laju. Keith mengelap tangannya sendiri dengan sehelai tuala kemudian memandang ke arah gadis itu.
"Did i wake you up?" Soalnya lembut. Arianna mencebik.
"No, i'm still asleep with my eyes open.." Sinis jawapan gadis itu. Keith ketawa lucu.
"Time to get your lenses out princess.." Keith menyuakan bekas bulat bewarna putih. Baru Arianna perasan dia tertidur menggunakan kanta lekap. Patutlah matanya terasa pedih dan sukar dibuka tadi.
"Leave me alone!" Arianna merampas bekas itu dari tangannya. Keith ketawa kecil memperlihatkan lesung pipinya. Gadis itu segera ke bilik mandi dengan langkah yang terhinjut-hinjut kemudian membuka contact lensnya. Setelah itu wajahnya yang sembab dicuci. Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah keluar dari bilik mandi. Bekas contact lenses tadi dia letak diatas meja. Keith masih duduk di sisi katil. Arianna sedikit kekok.
"Why did you hide your beautiful eyes?" Soalnya sambil menopang dagu memandang Arianna seolah-olah terpesona dengan mata hijau itu.
"None of your business!"
"Really?" Keith berdiri dan melangkah ke arahnya. Arianna melarikan diri ke atas katil. Kakinya yang sakit cepat sahaja berfungsi. Dia tidak teragak-agak untuk melawan seandainya Keith berani macam-macam dengannya. Keith mengambil bekas contact lens itu dan menyimpan bekas tersebut ke dalam poketnya.
"Then start from today you don't have to hide it anymore.." Sambung lelaki itu. Arianna pantas turun dari katil mahu merebut kembali bekas tersebut namun Keith lebih pantas bertindak.
"Give me that. I'm not going out with this eyes!" Pinta Arianna.
"Don't worry princess, you don't have to get out from here anyway." Jawapan Keith membuat Arianna melopong.
"What? Apa awak nak? Saya takda masa dengan semua ni. Kalau awak nak duit sebab culik saya yang miskin ni saya minta maaf sebab saya takda duit. Saya takda apa-apa yang berharga pun. Awak dah ambil dompet saya, handphone saya dan rantai saya. Sekarang lepaskan saya" Arianna mulai hilang sabar. Keith masih tenang.
"Awak dengar tak? Awak mafia yang terhebat dekat Malaysia ni, apa awak nak dengan perempuan macam saya? Saya tak kacau sesiapa. Saya tak kenal sesiapa. Saya takda sesiapa. Jadi tolong hantar saya balik."
"Saya dah cakap saya tak boleh hantar awak balik. Awak akan tinggal disini mulai sekarang." Arianna merasakan Keith mulai mengatur hidupnya. Apa hak lelaki itu? Arianna tiada pilihan memandangkan sekarang dia dibawah tahanan mafia gila itu. Adakah dia akan terkurung disini selamanya? Oh tidak! Rapunzel, beginikah rasanya terkurung di tower oleh nenek sihir? Yang ni pulak atok sihir!
"Boss, ini makanannya.." Black masuk lagi membawa dulang berisi makanan ke dalam bilik. Dulang tengah hari tadi dia angkat.
"You need to eat!" Arah Keith apabila perasan dulang yang diangkat oleh Black tadi tidak terusik sedikit pun. Arianna menjelingnya dengan rasa meluat.
"I don't think so. I don't know what you've put in that." Katanya sambil senyum mengejek. Arianna tidak sebodoh yang disangka. Keith mengambil gelas minuman tadi dan meneguk sedikit. Kemudian sesuap nasi dia masukkan ke mulutnya.
"See, i'm still alive. Kau kena makan banyak-banyak. Badan kau pun dah macam papan sekeping. Siapalah yang jaga kau selama ni? Kau tak cukup makan ke?" Soalnya. Arianna melopong. "Dia kata badan aku macam papan sekeping?" Hati Arianna membara. Mirna dan Raisa selalu memuji kecantikan bentuk badannya. Kini dia berasa sangat diperlekehkan oleh lelaki bernama Keith Dixon ini.
"Macamlah badan awak tu cantik sangat. Entah-entah perut buncit sebab tu pakai blazer je sampai ke malam buta macam ni. Nak hide perut yang menonjol tu kan?" Kutuk Arianna tanpa sedar. Keith mengigit bibirnya geram. Hilang segala ejekkannya sebentar tadi. Tidak sangka Arianna berani menjawab. Black yang disebelahnya menyembunyikan senyum.
"Keluar.." Ajak Keith. Black mengikuti langkah ketuanya. Arianna mencebik.
"Dia ingat aku nak mengalah? Minta maaf. Nama aku bukan Arianna kalau aku mengalah!" Bebel gadis itu sendirian. Keadaan bilik yang tiba-tiba gelap mengejutkannya. Dia menjerit kecil. Arianna yakin suis lampu sengaja dimatikan dari luar memandangkan dia tidak melihat apa-apa suiz pun didinding siang tadi. Tiada sedikit cahaya pun yang masuk ke bilik. Arianna mula sesak nafas. Dia sangat takut pada gelap dari kecil. Dia trauma. Dia tidak pernah tidur dengan lampu tertutup. Arianna meraba-raba dinding untuk ke bilik mandi lalu menekan suis. Cahaya dari bilik mandi menyimbah ruang bilik.
Walaupun bilik ini masih 80 peratus gelap, dia sudah boleh bernafas lega asalkan ada cahaya.
"Rumah besar tapi kedekut, tak mampu bayar bil eletriklah tu! Mafia miskin!" Kutuknya nyaring. Dia tahu mereka mendengarnya kerana dia perasan dibilik itu ada dua CCTV. Dan Arianna yakin setiap gerak gerinya diperhatikan. Dia mengeluh lalu mencapai sehelai tuala dan melangkah ke bilik mandi. Tangannya memulas dua kepala paip dan mengisi air panas dan air sejuk ke dalam tab mandi. Setelah itu dia menuangkan sedikit body shampoo ke dalamnya. Arianna melepaskan pakaiannya satu persatu dan mula berendam. Rasa lega menyelinap ke urat sarafnya. Namun fikirannya sedikit pun tidak tenang. Adakah Mirna dan Raisa akan mencarinya? Pasti Datuk Kamal sudah memecat dia kerana tidak muncul lagi dipejabat. Arianna juga tidak tahu pukul berapa sekarang. Arianna mengelap tubir mata. Rasa sakit di dada menahan sebak. Dia tidak mahu menangis.
Setelah selesai membersihkan diri dia membuka almari pakaian namun hampa apabila beberapa helai kemeja putih sahaja disitu. Arianna mengenakan sehelai kemeja paras lutut. Makanan belum dia sentuh. Seleranya sudah lama hilang dan dia dapat merasakan tanda-tanda gastric akan mengerangnya. Arianna memang penderita gastric sejak kecil. Mungkin kalau dia sakit mereka akan membawanya ke hospital dan disana Arianna boleh cari jalan keluar lain. Bermacam andaian difikirannya.
Dia menghamparkan selimut di lantai berdekatan dengan pintu bilik mandi, bantal dia capai. Arianna tidak berani untuk memejamkan matanya di katil kerana keadaan disekelilingnya yang gelap gelita. Jadi dia mengambil keputusan untuk beradu di pintu bilik mandi. Ini sudah cukup memadai untuk hari ini.
YOU ARE READING
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
ActionKisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja d...