"Mama!!" Farisha menuruni anak tangga apabila siap berpakaian sekolah.
"Hey baby" kata Puan Sri Faridah.Dia mencium pipi anaknya.
"Morning pa" Farisha menyapa papanya, Dato Sri Fairuz.
"Morning baby" kata Datuk Sri Fairuz.
"Ma, harini Kak Zura balik kan??" kata Farisha.
"Aah, kenapa??" kata Puan Sri Faridah.
"Adik pergi sekolah dengan Pak Mat lah, nanti balik suruh Kak Zura ambik boleh??" kata Farisha.
"Boleh sayang, dah cepat makan nanti Pak Mat tunggu" kata Puan Sri Faridah.
Farisha terus mencapai gelas susu yang disediakan mamanya.
Puan Sri Faridah, Datuk Sri Fairuz adalah ibu bapa kepada Farisha Qaizira yang berumur 16 tahun
dan kakaknya, Fazura Qaizita yang berumur 21 tahun.🌸🌸🌸
"Rafieq Ammar!!! Ya Allah budak ni, bangun pergi sekolah" jerit Datin Raimah.
"Yes mom, Fieq bangun" kata Rafieq. Dia berjalan mamai masuk ke dalam bilik air.
Datin Raimah berjalan pula ke bilik sebelah.Ni lagi sorang.
"Thaqif bangun" Datin Raimah mengejut anak keduanya.
"Ye mom, Thaqif bangun" kata Thaqif.
Datin Raimah menggelengkan kepalanya.Abang dengan adik sama je, tidur tak pernah pakai baju (seluar pakai la...jangan nak pikir lain)
Dato Amran dan Datin Raimah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafieq Ammar, 16 tahun dan Thaqif Ammar, 10 tahun.
🌸🌸🌸
Selepas habis waktu sekolah, Fazura menunggu Farisha di hadapan sekolah.
Farisha yang baru keluar daripada pagar terlihat BMW kakaknya terus mendapatkannya.
"Kakak" Farisha masuk ke dalam kereta.
"Hai, macam mana sekolah??" kata Fazura.
"Okay je" kata Farisha.
"Esok cuti kan??" kata Fazura.Dia memandang sekilas adiknya.Memang tidak dinafikan, adiknya itu memang cantik.Wajahnya putih melepak, bibirnya merah dan anak matanya hazel.
"Aah..kenapa?? akak nak bawak adik pergi holiday ke??" soal Farisha teruja.
"Pandai, tapi bukan akak, mama dengan papa yang mak bawak kita pergi melaka" kata Fazura.
"Wah!!! bestnya" Farisha tersenyum girang.
🌸🌸🌸
"Oi..awal balik rumah" kata Rafieq.
"Ada majlis tadi kat skolah tu yang Qif balik awal" kata Thaqif.
"Abang, mom dengan dad cakap nak pergi A'Famosa resort esok" kata Thaqif.
"Buat apa??" Rafieq mengambil tempat di sebelah Thaqif.
"Entah,nak jumpa kawan lama rasanya" kata Thaqif.Rafieq terus mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menukar siaran.
"Abang!!!" Thaqif menjerit.
"Bagi abang pulak, Qif dah tengok daripada tadi kan" Rafieq menyorokkan alat kawalan di belakang badan sasanya.Almaklum lah, orang kaki gym..
"Ala abang...Qif tak habis tengok lah" Thaqif sudah memuncungkan bibirnya.
"Ala Qif...abang tak tengok lagi lah" kata Rafieq mengajuk cakap adiknya.
Thaqif terus berlari naik ke atas.Merajuk.
"Ala Qif merajuk...nanti abang belikan aiskrim" jerit Rafieq kemudian ketawa.
YOU ARE READING
Yes I Love You!!!
RomancePerkahwinan di alam persekolahan sangat complicated.Daripada tidak pernah mengenali, terus dinikahkan di atas kemahuan keluarga.Itulah yang dihadapi Farisha Qaizira dan Rafieq Ammar. Farisha yang dulunya bersekolah di Johor Bahru terpaksa berpindah...