YILU33

8.9K 205 0
                                    

"Sha..kami balik dulu la" kata Datin Raimah.

"Ala..semua dah nak balik ke??" Farisha menyedihkan wajahnya.

"Nanti ajak la Fieq datang johor.." kata Puan Sri Faridah.

"Okay ma.." kata Rafieq.

"Ye la..ma jangan lupa tau call Sha bila dah sampai..mom pun" Farisha memeluk mama dan ibu mertuanya itu.

"Ye sayang..Sha jangan lupa jaga diri..jaga kandungan tu elok-elok..kalau Fieq tak jaga Sha, Sha lari je rumah mom" kata Datin Raimah.

"Eii apa mom ni.." Rafieq mencebik..

"Takkan la Fieq nak abaikan Sha..Sha ni jantung Fieq tau..kalau jantung Fieq takda macam mana Fieq nak hidup..nak bernafas semua tu" Farisha memandang wajah Rafieq.Terharu.

"Ye la Rafieq Ammar" Datin Raimah ketawa.Dia sengaja sebenarnya berkata begitu.

"Okay la..kami balik dulu" mereka semua berkumpul di garaj.

"Bye ma..mom" kata Farisha dan Rafieq serentak.

"Bye sayang-sayang mama" kata Puan Sri Faridah.Datin Raimah melambai mesra.

"Haih..sunyi la rumah ni" kata Farisha.

"Tapi tak lama lagi dah tak sunyi" kata Rafieq sambil memeluk Farisha daripada arah belakang.Perut Farisha yang masih belum nampak diusap perlahan.

Farisha tersenyum memandang Rafieq.

"Malam ni nak makan apa??" soal Rafieq.

"Ayam black pepper" kata Farisha girang.

"Okay...biy pergi beli barang..then malam ni kita masak sama" kata Rafieq.

"Nak ikut.." rengek Farisha.

"Sayang kan kene banyak rest..takpe biy pergi sekejap je..biy pergi kedai kat simpang rumah kita ni" kata Rfieq lebih kepada memujuk.

"Okay la..bila nak pergi beli??" soal Farisha.

"Jap lagi" Farisha mengangguk.Dia naik ke atas untuk menukar bajunya.Panas la pakai baju lengan panjang.

🌸🌸🌸

"Biy pergi kedai jap..sayang duduk rumah elok-elok tau.." sempat Rafieq berpesan.

"Ye biy..jangan lama sangat tau" kata Farisha pula.

"Bye sayang..love you" Rafieq teragak-agak ingin meninggalkan Farisha berseorangan di rumah.Rasa tak sedap hati pulak.

"Love you more..bye" Farisha menutup pintu utama.Dia terus menuju ke sofa untuk berehat.

Lima minit kemudian terdengar bunyi loceng ditekan.Farisha menjenguk ke luar.

"Goshh!! tak tutup gate??" Farisha terkejut.Dia terlupa hendak menutup gate sebentar tadi.Tapi dekat pagar takde orang pun.Farisha seperti pencuri.Menjenguk ke luar melihat siapakah yang menekan loceng.

Tok Tok

Pintu rumahnya pula diketuk.Farisha berdebar.Bulu romanya meremang.

Dengan perlahan dia membuka pintu rumahnya.

"Ye encik?? boleh saya bantu??" soal Farisha gugup.Takut melihat lelaki di hadapannya ini.Dalam hatinya berdoa supaya Rafieq cepat pulang.

"Awak memang patut bantu saya.." lelaki tersebut menolak pintu supaya lebih luas dan menapak masuk.

"Ehh encik..apa ni?? suami saya takde di rumah la.." Farisha bengang apabila lelaki ini suka-suka masuk ke dalam rumahnya.

"Suami kau takde kan?? so apa kata kau dengan aku.." lelaki itu memandang Farisha atas bawah.

"Apa ni encik..baik encik keluar atau saya panggil polis" ugut Farisha.

"Kau ugut aku??" lelaki tadi tersenyum sinis memandang Farisha.

Farisha menelan liurnya.

"Keluar..Tolong!!!" Farisha menjerit meminta tolong namun lelaki tersebut pantas menekup mulut Farisha.

Dia menolak tubuh Farisha ke atas sofa dan sebahagian tubuhnya menindih tubuh Farisha.Farisha menangis.

"Jangan la nangis sayang..aku cuma nak satu round je..aku pinjam kau kejap tau.." lelaki tersebut membelai wajah Farisha.

"Let me go..you fuck!!" marah Farisha.Dia risaukan kandungannya pada saat ini.

"Wow..garang aku suka" kata lelaki itu.

"Cepat la bodoh..kau nak tenung muka perempuan tu berapa lama??" marah satu suara daripada arah belakang.

Farisha kenal suara tu..itu suara Laura.

"Laura..tolong aku..please Laura..aku pregnant sekarang ni..tolong aku" Farisha menangis pula.Laura hanya tersenyum sinis.

"Tolong kau?? memang tak la" Laura selamba duduk di atas kerusi berdekatan sofa.

"Cepat la..kau ni memang suka buang masa eaa??" kata Laura.

"Sabar la..kawan kau ni cantik siaa" kata lelaki itu selamba.

Baju Farisha diselak sehingga menampakkan kulit putihnya.Farisha meronta minta dilepaskan.

Apasala rasa tak sedap hati je ni ek?? Rafieq yang sedang memandu itu termangu sendiri.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah.

Rafieq kaget apabila melihat pintu pagar tidak tertutup dan pintu utama  terbuka luas.

"Farisha.." Rafieq cemas.Dia sangaja meletakkan keretanya sedikit jauh daripada rumah supaya tiada siapa dapat mengesan kehadirannya.

Sampai sahaja di pintu rumah, mata Rafieq membuntang melihat tubuh Farisha sedang ditindih seseorang.

"Sial kau!!" Rafieq menarik tubuh lelaki itu dan menumbuk wajahnya.

Lelaki itu terkulai lemah di lantai.Rafieq terus menerpa ke arah Farisha yang sudah lembik badannya.

"Sayang...tak apa-apa ke??" luluh hatinya melihat Farisha dengan bajunya sudah sedikit terdedah.Mujur dia sempat sampai.

Farisha menggenggam tangan Rafieq.

"Sakit.." rintihnya perlahan.Rafieq pelik.

Namun wajahnya bertukar pucat apabila melihat ada cecair berwarna merah pekat mengalir daripada celah kelengkang Farisha.

"Sayang!!! stay awake okay.." Rafieq mencempung tubuh Farisha.

"Siap kau Laura..aku dah bagi amaran kan?? mampus kau lepas ni" hambur Rafieq dan dia terus berlalu membawa Farisha je keretanya.

Laura kaget.Alamak!! habis la aku..tidak pernah dia melihat Rafieq marah begini sekali.Itu lah akibat yang diterima Laura kerana berani bermain dengan  api.

"Sayang tahan sikit..kejap lagi sampai" Rafieq memandu dengan kelajuan maksimum.Tak kesah la kene saman sekalipun asalkan isteri dan anaknya selamat.

"Biy.." Farisha sempat menggenggam tangan Rafieq dan kemudian dunianya menjadi gelap dek kerana kesakitan melampau.

"Sayang!!" Rafieq semakin cemas.Air matanga menitis namun digagahkan jua tangannya untuk memandu sehingga tiba di hospital.

Yes I Love You!!!Where stories live. Discover now