YILU40

9K 217 6
                                    

"Jumpa I dekat cafe biasa" dingin suara Rafieq berkata kepada Putri.

"Okay" Putri riang apabila cinta hatinya ingin menemuinya.

Di cafe itu hanya terdapat beberapa orang ternama sahaja.Ye la, cafe mewah kot.

"Apa you cakap dekat wife I??" tegas Rafieq menyoal.

"Takde apa..I datang semalan just nak berkenalan dengan wife you je" tipu Putri.Tangannya digenggam.Apa pulak yang si Farisha tu mengadu..bodoh!

"You jangan nak tipu I la..I tak suka you jumpa wife I..lepas ni jangan jumpa dia lagi.." tertahan-tahan suara Rafieq bercakap.Nak jerit karang esok masuk paper CEO KENA RASUK susah pulak.

"Ye la, untuk you I sanggup buat apa-apa je" Putri cuba meraih tangan Rafieq namun gagal

"Betul ni??" Rafieq meminta kepastian.

Putri mengangguk manja.

"Kalau macam tu..jangan jumpa I lagi lepas ni..boleh??" Rafieq menaikkan keningnya sambil tersenyum sinis.

"No! I takkan jauhi you..I cintakan you Rafieq..only you" kata Putri,

"Tolong la Putri..I dah ada wife and dah ada anak dah pun..you boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada I" Rafieq memandang Putri meminta Putri faham.

"I don't care..I cinta kan you..salah ke kalau you suami orang sekalipun..lelaku boleh kahwin empat la Rafieq..you mampu so,tak salah kan??" senang Putri bercakap.

"Tapi perkahwinan perlukan cinta dan kasih sayang..kalau tak takkan kekal lama Putri..you cintakan I..tapi I tak cintakan you..langsung tak Putri" Rafieq mengeluh.Susah la gini..

"Cinta dan sayang boleh dipupuk Rafieq.."

Perempuan ni ade yang aku cepuk kang..ade je nak menjawab daripada tadi.Rafieq mengeluh.

"I pergi toilet kejap" Rafieq meminta diri untuk menyejukkan hatinya. Kalau dihadap lagi budak Putri ni kang ada yang makan tapak.Sia-sia je..

Ting!

Rafieq tertinggal phonenya.

Putri apa lagi.Terus mengambil Iphone6 milik Rafieq.

"Massage from sayang..Biy sayang nak keluar dengan Lee..sayang bawak Rayyan..I love you" Putri membuat muka seperti hendak muntah apabila selesai membaca massage daripada Farisha.

Tiba-tiba idea muncul.Putri terus memadam massage tersebut.

"Padan muka kau" Putri meletakkan semula Iphone milik Rafieq.

Nasib menyebelahi Putri apabila kelibat Farisha,Rayyan dan seorang lelaki masuk ke cafe tersebut.Putri tersenyum sinis.

"Untung besar aku harini" gumam Putri.Dia menunduk sedikit supaya Farisha tidak sedar yang dia berada di situ.

"Putri..sorry I lambat" Rafieq tiba.

"Ouhh..takpe." Putri tersenyum.

"Ouh ya, sorry la I tanya..Rayyan tu anak you dengan Farisha ke??" Putri mula mencucuk.

Rafieq tersentak.Kemudian dia mengangguk.

"Anak I dengan Farisha la..kenapa?" Rafieq mula pelik.

"Takde la..saja tanya..eh?? tu Farisha kan?? apa dia buat dengan lelaki tu??" Putri memulakan permainannya.Game start Farisha..

Rafieq terus memusingkan badannya. Membuntang matanya melihat Farisha,Rayyan dan seorang lelaki cina sedang bergelak ketawa.Rafieq menggenggam tangannya menahan amarah.

Yes I Love You!!!Where stories live. Discover now