YILU10

11.8K 308 4
                                    

"Farisha.." setelah selesai dinner, Farisha terus meminta diri baik ke bilik dengan alasan penat.Rafieq hanya mengikut.

"Apa" jawab Farisha perlahan.Sesekali dia mengaduh apabila hujung bibirnya berasa sakit.

"I'm sorry" kata Rafieq.Dia cuba memegang tangan Farisha namun ditepis oleh Farisha.

"Benda dah jadi" jawab Farisha. Nadanya masih sama. Mendatar.

"Dah lah saya penat nak tidur" Farisha terus tidur membelakangi Rafieq.

Rafieq hanya mengeluh.Dia harus terima semua ini.Salahnya juga kerana terlalu berkasar.

"Good night dear" bisik Rafieq.

Keesokkan harinya Rafieq tersedar daripada tidurnya.Dicapai Iphone6 nya.

"What??? 6.55 pagi?!" Rafieq terkejut kerana sudah lewat.Kebiasaannya Farisha yang akan mengejutnya pada pukul 5.30 pagi.

"Farisha..wake up we're late" Rafieq memegang lengan Farisha.Panas.

"Farisha..hey sayang.." Rafieq meraba dahi Farisha.Panas gila!!

Rafieq terus berlari turun ke bawah.

"Fieq?!? kenapa tak siap lagi ni?? dah pukul berapa" soal Dato Amran.

"Mom..dad fieq tak pergi sekolah lah harini..Sha demam" kata Rafieq.

"Laa..yeke?? okay lah kalau macam tu nanti Fieq bawak Sha pergi klinik okay?? kalau ada apa-apa call je mom or dad" kata Dato Amran.Dia kemudiannya menuju ke kereta dimana pemandunya sedang menunggu.

Rafieq naik semula ke atas.Dia ingin mengejutkan Farisha.

"Farisha...Sha wake up" kata Rafieq lembut.Dia berasa sangat bersalah mungkin Farisha demam disebabkan olehnya yang berkasar semalam.

Farisha bergerak sedikit.Farisha membuka matanya.

"Umm..pukul berapa ni??" suaranya serak.

"Lebih kurang pukul 7" kata Rafieq.

Farisha terkejut.Dia bingkas bangun.Namun badannya terasa seperti ingin tumbang.Cepat-cepat lengan sasa Rafieq dipaut.

"Eh eh..kau duduk dulu" Rafieq mendudukkan Farisha.

"Harini tak payah pergi sekolah.." kata Rafieq.

"Saya okay la..takpe" kata Farisha.

"Okay awak cakap?? nak berdiri pun tak boleh..lagipun dah lewat la, tak payahlah pergi" kata Rafieq.Dia tidak sedar yang di telah mengubah cara panggilannya kepada Farisha.

"Apa-apa jelah" kata Farisha dia cuba berdiri.

"Dah..awak nak pergi mana pulak tu??" soal Rafieq.

"Mandi" jawab Farisha sepatah.Rasa marahnya kepada Rafieq masih ada walaupun sudah berkurang.

"Nak ikut!!" Rafieq seperti kebudak-budakkan.

Farisha hanya menghadiahkan jelingan tajam.

"Okay..okay gurau" Rafieq tersengih.

Setelah selesai mandi dan memakai pakaian di dalam bilik air,Farisha keluar dan kelihatan Rafieq duduk di birai katil menunggunya mungkin??

"Awak duduk kejap, saya pergi mandi dulu then kita pergi klinik" kata Rafieq.

Farisha yang baru perasan perubahan panggilan Rafieq padanya mengerutkan dahi.Dah kenapa?? siapa yang demam sebenarnya..aku ke dia?? bisik hati kecil Farisha.

Rafieq keluar bilik air dengan hanya memakai seluar tracksuit.Tidak memakai baju menampakkan six packnya.Yelah kaki gym kan.Farisha sudah biasa dengan situasi itu jadi dia tidak berasa apa-apa.Cuma malu tu ada lah sedikit.

Yes I Love You!!!Where stories live. Discover now