Farisha terus masuk ke dalam biliknya.
Rafieq yang baru tiba terus membuat perkara yang dibenci Farisha.Meredah masuk bilik Farisha.
"Awak memang tek reti ketuk ke?!?!" marah Farisha.
"Diam la!! nanti diorang dengar" marah Rafieq pula.
Farisha hanya menjeling tajam.
"Kau pindah melaka" kata Rafieq senada.
"Kenapa pulak" Farisha tidak berpuas hati.
"Aku suami kau isteri..so kau kena ikut cakap suami" Rafieq mula menggunakan kuasa vetonya.
"The hell!!" marah Farisha.Rafieq hanya mengangkat keningnya.Tidak takut dengan Farisha yang sedang marah.
"Fine!! saya pindah melaka" Farisha menolak Rafieq sekuat hatinya dan terus menghempas pintu biliknya.
"Marah betul" Rafieq menggeleng kepalanya dan dia masuk ke biliknya.
"Pandai lah kau pujuk dia Rafieq.." Rafieq berkata sendiri lalu merebahkan badannya ke atas katil bersaiz king tersebut.
🌸🌸🌸
Farisha bangun awal pagi.Rasa marahnya pada Rafieq masih belum kurang.
Farisha turun ke dapur.
"Sha tolong kejutkan Fieq" kata Datin Raimah apabila Farisha turun.Terkejut Farisha.
"Laa..mom rupanya, Sha ingat siapa lah tadi..okay" walaupun terpaksa, Farisha turutkan juga.
Tiba di depan pintu bilik Rafieq, Farisha mengetuk.Tiada balasan daripada Rafieq.
"Ishh..dia ni tidur mati ke apa??" rungut Farisha.
Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik Rafieq.Tak kunci.
Farisha masuk ke bilik Rafieq dan melihat Rafieq masih lagi lena diulit mimpi berbalut comforter.Farisha mengambil remote air cond dan diperlahankan suhunya.
"Rafieq...bangun subuh" Farisha menolak sedikit bahu Rafieq yang dibaluti comforter.
"Emm.." Rafieq menarik comforter menutup keseluruhan wajahnya.
Farisha berang.
"Ish..bangun la" Frisha menarik comforter yang membaluti tubuh Rafieq.
Farisha terkaku.Rafieq terjaga.
"Weh sejuk la.." Rafieq menarik kembali comforter.Farisha sudah memandang ke tempat lain.
Manakan tidak, Rafieq tidak berbaju dan hanya berseluar pendek paras lutut.Malu beb.Tapi abs dia, cantik.
"Bangun subuh" Farisha baru ingin berlalu pergi, Rafieq memegang tangannya.
"Kau marah aku ke??" Rafieq bertanya dengan keadaan suara seraknya.
Farisha merentap tangannya dan berlalu pergi tanpa kata.
Rafieq menggaru kepalanya yang tidak gatal.Konfem marah lagi.Rafieq terus bangun, mandi dan menunaikan solat subuh.
"Hah, Fieq mana??" soal Datin Raimah setelah melihay Farisha turun berseorangan.
"Dia tengah mandi kat atas" jawab Farisha.
"Mom..Fieq memang tidur shirtless eaa??" soal Farisha.
"A'ah..dia dengan si Thaqif sama..tidur memang tak pakai baju, kalau pakai baju komfem tak tidur" kata Datin Raimah.
"Ouhh, patutlah" kata Farisha.Dia mengangguk kecil.
"Mom dengan mama masak apa??" soal Farisha.
"Nasi lemak je" jawab Puan Sri Faridah yang baru keluar daripada dapur membawa semangkuk sambal.
"Nak pertolongan Sha tak??" soal Farisha.
"Nak sangat..pergi panggil Thaqif dengan Rafieq" Puan Sri Faridah mengarah.
Farisha naik semula ke atas.Baru sahaja Farisha hendak mengetuk pintu bilik Rafieq, pintu itu terbuka daripada dalam.Tersembul wajah kacak Rafieq.
"Turun makan" kata Farisha senada.Dia kemudian ingin berjalan ke bilik Thaqif.
"Nak pergi mana??" soal Rafieq.
"Panggil Thaqif" jawab Farisha.Rafieq mengeluh.Susahnya pujuk!!!
Rafieq hanya mengikut langkah Farisha ke bilik Thaqif.
"Thaqif..." panggil Farisha diselangi ketukan.
"Ye kak??" Thaqif membuka pintu.
"Turun makan jom.." ajak Farisha dengan wajah ceria.Rafieq di belakangnya ternganga.
"Makan?? wah..mom dengan aunty masak apa??" soal Thaqif gembira.
"Nasi lemak..jom" Farisha baru sahaja ingin berjalan bersama Thaqif, tangganya ditarik.
"Qif, jalan dulu..nanti akak dengan abang turun" kata Rafieq.Thaqif hanya mengangguk.
"Kenapa??" soal Farisha malas.
"Kau marah aku ke??" soal Rafieq.
"Tak" jawab Farisha sepatah.Rafieq mengeluh.Dia tahu Farisha marahkannya.
"Please Sha..sorry lah aku bukan suka-suka paksa kau..tapi kalau aku pindah sini nanti Laura macam mana??" kata Rafieq.
Farisha menjulingkan matanya.Laura, Laura..Laura..bla bla bla..
"Aku.tak.marah.kau" kata Farisha satu persatu.Dia kemudiannya menarik tangannya dan berjalan turun.
Rafieq hanya mengajuk semula kata Farisha.Dengan gaya-gaya nya sekali.Comel.Kemudian dia mengejar langkah Farisha.
YOU ARE READING
Yes I Love You!!!
RomancePerkahwinan di alam persekolahan sangat complicated.Daripada tidak pernah mengenali, terus dinikahkan di atas kemahuan keluarga.Itulah yang dihadapi Farisha Qaizira dan Rafieq Ammar. Farisha yang dulunya bersekolah di Johor Bahru terpaksa berpindah...