YILU32

9.8K 231 2
                                    

Farisha yang terdengar bunyi bising daripada tingkat atas segera berlari naik.

"Ya Allah biy??" Farisha berdiri di pintu bilik.

Rafieq yang terdengar suara isterinya terus mengangkat kepala.

Farisha terkejut melihat wajah Rafieq yang penuh dengan luka dan lebam. Bergaduh?? Tapi yang menyebabkan dia lebih terkejut apabila melihat air mata Rafieq.Dah kenapa pulak??

"Sayang.." Rafieq terus berlari mendapatkan Farisha dan memeluknya erat.

"Biy..lemas" Farisha menepuk lengan sasa Rafieq.Rafieq melepaskan pelukan. Farisha tercungap-cungap.

Kemudian dia memerhatikan wajah Rafieq.

"Biy kenapa ni??" Farisha mengusap pipi Rafieq.Rafieq menunduk.

"Sayang tanya kenapa biy nangis bukan kenapa muka biy luka-luka.." kata Farisha.Rafieq tetap diam.

"Biy takut sayang lari ehh??" soal Farisha.Rafieq yang menunduk terangguk kecil.Air matanya tumpah lagi.

Farisha tersenyum kecil.Macam budak kecik.

"Sayang sayang sangat dekat biy tau.. kenapa sayang nak lari daripada biy sebab seorang perempuan yang takde kena mengena pun dengan kita.." kata Farisha.Dia menarik tubuh Rafieq ke dalam pelukan.Rafieq kembali menangis.

"Alolo..dah stop crying biy" Farisha memujuk.

"I'm sorry" kata Rafieq dengan sendunya.

"Patutnya sayang yang minta maaf..sayang terlampau ikutkan perasaan..sayang tahu yang biy takkan buat macam tu tapi sayang..entah la,  sayang tak tahu kenapa sayang boleh percaya semua tu" Farisha juga mengalirkan air matanya.Sejak pregnant ni emosinya sangat terganggu.

"Sayang dah tak marah pasal Laura ke??" soal Rafieq.

Farisha mengangguk.

Dia merenung ke dalam anak mata Farisha.Mencari pembohongan di sebalik mata cantik itu namun gagal.Betullah Farisha sudah memaafkannya.

"Dah..biy pergi duduk, sayang ambik ubat nak letak dekat muka biy tu.." kata Farisha.

Rafieq hanya menurut.

Farisha tiba dengan first aid di tangan.

Semasa Farisha sedang meletakkan ubat luka di wajah Rafieq, Rafieq perasan yang wajah Farisha deperti tidak selesa.

"Kenapa sayang??" soal Rafieq.Cemas jugak tengok wajah isterinya yang semacam itu.

"Bau ubat ni.,pening la.." kata Farisha.

"Sayang tak payah buat la..biar biy je yang buat" kata Rafieq,

"Nope..biar sayang buat..." Farisha berkeras.

"Huhh, siap pun" Farisha menghela nafas lega.

Rafieq merenung wajah Farisha.

🌸🌸🌸

Farisha tersedar daripada tidur apabila terasa tidak selesa.

Dilihat Rafieq sedang nyenyak tidur.

Tiba-tiba Farisha berlari ke tandas.Rasa loya datang menyerang.

Farisha memuntahkan semula segala makanan yang dimakannya sebelum tidur.Setelah penat muntah, Farisha mencangkung dengan keadaan tangan kanannya masih berada di singki. Matanya dipejam menahan rasa pening dan loya yang datang silih berganti.

"Sayang kenapa ni??" Rafieq yang tersedar akibat mendengar suara orang muntah.

"Pening la.." Farisha berkata perlahan.

Yes I Love You!!!Where stories live. Discover now