Hari yang dinanti telah tiba.Kawasan rumah Farisha sudah dipenuhi saudara mara terdekat.
"Pengantin lelaki dah sampai" kata Shasha, saudara Farisha.
"Jom" Fazura menggenggam tangan Farisha.
Sewaktu dia mula-mula tahu tentang perkahwinan adiknya ini, dia membantah sekeras-kerasnya.Namun apakan daya, mama dan papanya tidak mengendahkan langsung pendapatnya.
"Aku terima nikahnya Farisha Qaizira Binti Fairuz dengan mas kahwinnya RM 3000 tunai.."
"sah"
"sah"
"Alhamdulillah.." semua orang menadah tangan.And Farisha pula seperti baru sedar daripada mimpi.Betul ke ni???
Rafieq datang menghampirinya sambil tersenyum sinis.Diciumnya tangan Rafieq.Kemudian Rafieq membisikkan sesuatu ke telinga Farisha.
"Kau jangan ingat aku akan biarkan kau hidup bahagia kalau Laura tahu pasal ni" yes, Laura tu lah kononnya girlfriend Rafieq yang disayangi.Nak muntah rasa.
Farisha diam.Hanya mendengar.Kalau ikutkan hati nak aja Farisha ketuk kepala Rafieq tetapi disebabkan ramai orang melihat ditahan sahaja.
"Okay sayang" bisik Farisha di telinga Rafieq.Farisha tersenyum sinis memandang Rafieq yang kelihatan terkejut.
"Dah lah tu berbisik, nanti sambung ni..ambil gambar dulu" kata Fazura.
Mereka mengambil tempat masing-masing untuk mengambil gambar.
🌸🌸🌸
Farisha masih tidak membuka tudung serta pakaiannya.Dia duduk di atas katil.Biliknya dan Rafieq berbeza. Alhamdulillah, mama, papa, mom dengan dad faham perasaannya dan membenarkan mereka tinggal di bilik yang berasingan.Terapi malangnya biliknya dan Rafieq berhadapan.Ni kalau keluar serentak konfem terhantuk.
"Mandi la" Farisha menanggalkan tudungnya.Dia membawa semua pakaiannya ke dalam bilik air.Memang tabiatnya daripada dulu.
"Makcik tu tengah buat apa ek?? kacau dia la, aku dah la bosan" Rafieq yang sudah siap mandi termenung di atas katilnya.
Dia keluar daripada biliknya dan menuju ke bilik Farisha.Pintu bilik Farisha tidak berkunci membuatka Rafieq hanya meredah masuk.
"Weh kau..." kata-kata Rafieq terhenti.Dia tergamam. Cantik.Hanya itu yang dapat dikatakan.
Farisha yang baru keluar daripada bilik air sambil mengelap rambut terkejut apabila pintu biliknya terbuka daripada luar.
Rafieq menelan liurnya.Rambut basah Farisha menarik perhatiannya.Pertama kali dia melihat Frisha tanpa tudung.Cantik sangat.Rambutnya ikal dan perang semulajadi.
"Pahal awak ni??" soal Farisha.
Rafieq tersedar.
"Aku bosan la" kata Rafieq.Dia berjalan masuk ke dalam bilik Farisha dan selamba duduk di atas katil Farisha.
"Call la Laura" jawab Farisha selamba.
"Dia mesti tengah study time ni" kawab Rafieq.
"Then?? buat la apa yang awak suka" Farisha memandang jengkel ke arah Rafieq.Sebok je.
"Kau ni tak menyeronokkan la" Rafieq merengus kasar.
"Awak nak saya buat apa?? goda awak baru awak nak cakap saya menyeronokkan??" soal Farisha.Geram dengan Rafieq ni.
"Aah" jawab Rafieq pantas.
"Eee...jangan nak mengada! dah keluar" Farisha menolak badan sasa Rafieq keluar daripada biliknya.
Tapi korang pun tahu apa jadi kan?? Takkan lah Farisha yang keding tu boleh tolak Rafieq yang sasa tu??? tak logik.
Rafieq tidak berganjak sedikit pun.
"Keluar la" marah Farisha.
"Ye la!!" masam wajah Rafieq sewaktu berjalan keluar.
"Merajuk la..merajuk..memang malas saya layan" kata Farisha.Dia menutup pintu biliknya.Dan kemudian terdengar pukulan kuat di pintu biliknya.
"Blah la" jerit Farisha.Dia tahu budak 'baik' yang memukul pintu biliknya sebentar tadi ialah Rafieq.
🌸🌸🌸
Rafieq turun untuk dinner.
"Fieq pergi panggilkan Sha" kata Datin Raimah.
"Okay mom" dengan malas dia melangkah ke bilik Farisha.
Dan seperti biasa, tanpa ketukan Rafieq terus menerjah masuk bilik Farisha.
"Mom panggil makan" kata Rafieq.
Farisha yang sedang berbaring di atas katil terkejut.
"Awak memang tak reti ketuk pintu ke macam mana??" Farisha berang.
"Tak" jawab Rafieq sepatah kemudian berlalu pergi.
Farisha membuat gaya ingin menumbuk Rafieq.Rambutnya diikat kemudian dia turun untuk makan malam bersama keluarganya dan Rafieq.
"Mama nak cakap sikit ni" kata Puan Sri Faridah.
Kini semua mata memandang padanya.
"Sha dengan Rafieq, korang kena buat keputusan nak sekolah dekat mana" kata Puan Sri Faridah.
"Maksud mama??" Farisha meminta kepastian.
"Pilih sama ada Rafieq pindah sini or sha yang pindah melaka" kata Puan Sri Faridah.Yang lain hanya diam.
"Ape ni ma.." Farisha sudah mengerutkan dahinya.
"Sha pindah Melaka la.." kata Rafieq.
"Pahal pulak" marah Farisha.
"Sha..suami kamu tu" tegur Datuk Sri Fairuz.
"Sha dah kenyang" kata Farisha.dia terus naik ke atas.
"Biar Fieq pujuk dia" Rafieq berlari mengikut langkah Farisha.
YOU ARE READING
Yes I Love You!!!
RomansaPerkahwinan di alam persekolahan sangat complicated.Daripada tidak pernah mengenali, terus dinikahkan di atas kemahuan keluarga.Itulah yang dihadapi Farisha Qaizira dan Rafieq Ammar. Farisha yang dulunya bersekolah di Johor Bahru terpaksa berpindah...