YILU7

10.1K 291 0
                                    

Harini merupakan hari pertama Farisha bersekolah di Melaka.

"Kau ikut je aku" kata Rafieq.

"Buat apa aku nak ikut kau" hubungan Farisha dan Rafieq masih sedikit tidak baik apabila mereka bergaduh malam tadi.

"Aku antara yang dikenali ramai kat sekolah so, kalau orang tahu yang kau ada kena mengena dengan aku konfem kau kena serang dengan budak perempuan dekat sekolah" kata Rafieq,

"Emm..yelah" kata Farisha.Dikenali ramai konon..

Tiba di sekolah, Farisha menjadi tumpuan pelajar lelaki.Maklumlah orang cantik.

Pelajar perempuan di sekolah mula berbisik apabila melihat Farisha datang bersama jejaka ter hot sekolah.

"Hey Rafieq..siapa ni??" soal seorang pelajar perempuan yang wajahnya cantik tetapi mungkin miskin kerana bajunya ketat dan singkat.

"Hey Laura..ni sepupu I..Farisha" kata Rafieq.

Oh! jadi ni lah Laura kesayangan mamat ni?? Euuu..teruknya taste mamat ni..Kutuk Farisha.

"Farisha..Farisha Qaizira Datuk Fairuz" Farisha memperkenalakan dirinya.

"Laura" katanya pendek.

"Rafieq I punya tau..jangan jadi perampas" kata Laura.Rafieq terkejut.

"Laura..kenapa you cakap macam tu??" Rafieq agak tidak senang apabila Laura berkata begitu.

"You jangan risau..I tak pandang pun Rafieq ni..I got the better one" kata Farisha sambil tersenyum sinis memandang Rafieq dan Laura yang jelas terkejut.

"Baguslah" kata Laura perlahan.

"Woi bro!! jumpa pun kau" kata seorang jejaka tampan.Semua mata memandang ke arahnya.

"Woi!!" Rafieq terus membuat bumpfist bersama tiga orang jejaka yang datang mendekati mereka.

"Siapa ni??" soal salah seorang daripada mereka.

"Sepupu aku..Farisha Qaizira" Rafieq memperkenalkan Farisha kepada rakan-rakannya.

"Hye..saya Irfan, yang ni Akil and yang ni..Syafiq" Irfan memperkenalakan diri sera rakannya yang lain.

"Hye.." Farisha hanya tersenyum manis.

"Kaum kerabat kau memang semuanya handsome cantik ke bro??" soal Akil bergurau.

Rafieq tidak mengendahkan pertanyaan Akil.Tau la Farisha tu cantik..tak payah la gatal..Rafieq mengutuk rakannya sendiri.

"Farisha dah pergi lapor diri dekat pejabat??" soal Irfan.

"Belum..nak pergi la ni" jawab Farisah sambil tersenyum manis.

"Okay kalau macam tu, biar kitorang ikut.." kata Syafiq.Rafieq menanagkat kepalanya.

"Woi!! tu sepupu aku lah" marah rafieq apabila mereka berempat ingin memulakan perjalanan ke pejabat.

"Kau layan la Laura tu.. kitorang baru nak jadi kawan ni" kata Irfan.

Rafieq merengus kasar.Mereka berempat walaupun sudah lama berkawan tetapi Rafieq masih tidak percayakan mereka.Siapa tidak kenal Playboy terbaik sekolah..Irfan, Akil, Syafiq dan Ketua mereka tentunya Rafieq.Kalau ikutkan hati, ingin sahaja Rafieq menjerit 'Dia tu isteri aku lah' tetapi dia memikirkan hubungannya dan Laura akan terjejas, dia membatalkan sahaja niatnya itu.

🌸🌸🌸

Farisha dan Rafieq ditempatkan sekelas.Bukan mereka sahaja yang sekelas.Laura, Irfan, Akil, Syafiq juga sekelas.

Yang paling membuatkan Rafieq menyampah, Farisha duduk sebelah Irfan.Erghh..bukan main lagi dia senyum..dengan aku senyum pun tak..rungut Rafieq.Dia akui yang dia sedikit cemburu dengan layanan yang diberikan Farisha kepada rakan-rakannya.

"Jom makan.." ajak Rafieq apabila waktu rehat tiba.

"Kau pergi lah dengan Laura..kitorang dengan sepupu kau" kata Akil.Rafieq mengerutkan dahinya.

"Biarlah dia cari kawan perempuan baru..asyik duduk berkepit dengan korang je..mana dia nak ada kawan" kata Rafieq.

"Aah la..takkan saya nak kawan dengan awak semua je..korang dah lah lelaki, nanti orang lain cakap apa pulak" Farisha juga berpendapat yang sama.Mana taknya, Irfan, Akil dan Syafiq daripada tadi hanya berkepit dengan Farisha sehinggakan Farisha tidak berkesempatan ingin berbual dengan pelajar lain.Pelajar yang lain pula hanya memandangnya dengan pandangan yang susah di ditafsirkan.

"Kau macam tak tahu pulak budak sekolah ni macam mana??" soal Irfan.

"Kitorang ada sebab sendiri kenapa buat awak macam ni..awak tak tahu budak sekolah ni macam mana..nak nak lagi awak ni sepupu Rafieq" kata Syafiq pula.Farisha pelik.

"Apa-apa jelah" kata Farisha lalu dia berlalu pergi.Mereka yang lain hanya mengikut langkah Farisha.Rafieq bengang.

"Dah la you..yang u risau sangat dekat sepupu you tu kenapa??dia dengan your friends je.." Laura yang sedari tadi menjadi pemerhati menegur.

"Takde lah, I risau je yelah dia kan budak baru..tak tahu lagi macam mana perangai budak dekat sekolah ni" kata Rafieq.

"You ni..ke u jeles sebab your friends rapat dengan dia" kata Laura.Rafieq tersentak.

"Mana ada..u ni merepek je" Rfieq terus menukar topic selepas itu.

🌸🌸🌸

"Kau jagan rapat sangat dengan budak bertiga tu.." kata Rafieq sebaik mereka masuk ke bilik.

Yes!!! mereka dah duduk sebilik.Mereka bergaduh malam tadi pun disebabkan berebut katil.And it ends up with both of them sleep on the floor.Kelakar sangat.

"Kenapa pulak" Farisha pelik.

"Jangan banyak tanya la..dengar je" kata Rafieq tegas.

'Aik?!? macam nak gadoh je..' desis Farisha.

"Look..awak tak ingat ke??" soal Farisha.

"Ingat apa??" Rafieq pelik.Dah kenapa tiba-tiba tanya orang ingt ke tak??

"Sebelum kahwin kita dah sepakat nak jaga tepi kain sendiri je kan??So, janganlah sentap bila saya kawan dengan diorang..lagipun saya kawan je..K.A.W.A.N" Farisha mengeja satu persatu.

"Fine!!aku cakap je..sebab kau tak kenal diorang lagi" kata Rafieq.Dia kemudiannya mencampakkan tuala ke arah Farisha.

"Pergi mandi" arah Rafieq.Farisha hanya akur.

Yes I Love You!!!Where stories live. Discover now