Prolog

708 29 0
                                    

Tiana melangkah diikuti dengan Ummu Hawani. Tiana tinggi tak tinggi rendah pun tak rendah. Just fair and square je. Harini dia pakai baju hitam adidas lengan panjang dan jeans biru tua. Cantik tambah dengan rambut free hair kepul kepul miliknya, mukanya yang kuning langsat tambah mata yang bulat dan coklat terang menambah lagi kecantikan yang dia miliki. Mungkin warisi ibunya Datin Mardiah.

Ummu Hawani bertudung litup, ayu je bila dipandang tambah bila peminat tak terkira banyaknya. Semua ditolak lembut, sebabtu ramai berminat dengannya. Elok je dengan pakaiannya yang longgar berwarna Merah dan dipadankan dengan tudung labuh hitam. Tudung pula bawal instant ringkas, cepat dan paling penting cantik!

"Tia slow sikit boleh tak kau ingat kasut wedges ni tak sakit ke lari macam hape." Ummu tercungap-cungap perlahan mula berhenti bila kakinya terasa sakit.

"Kau ni kan! Kau tak tahu ke yang Sir Zaqrif tu mulut macam puaka kalau student masuk late? Itu pun nak kecuh tah pape tah Sir tu, padahal lambat 30 saat je pun dah kena perli." Sungguh dia naik meluat dengan lelaki yang menjadi pensyarahnya tu.

Ummu yang memperbetulkan kasut wedges tu terus menonong masuk ke bilik kuliah. Tiana pulak berada dibelakang. Nafas lega terus meluncur laju keluar dari mulut.

Kelibat Farisah yang melambai lambai tangan terus didekati Ummu dan Tiana. Kerus kosong laju diduduki oleh Tiana dan Ummu.

Ummu yang merasa kakinya bagai nak tercabut laju menangggalkan kasut dari tapak kakinya. Insaf dah dua tanak pakai wedges bila turn Sir Zaqrif bersyarah. Menyesal tak amik kasut converse tadi.

"Lembab noh engkorang ni, nasib mamat puaka tu tak masuk lagi kalau tau memang famous ah engkorang nanti." Farisah Aulia mula berbicara hairan dengan kedatangan lewat rakan baiknya tu. Eh baiklah sangat!

Farisah Aulia mix hollywood plus melayu sebabtu muka dia putih gading, ya dia islam okay guys! Bapak dia kawin dengan mak dia sebelum convert ke islam. So sebelum dia lahir tu mak dia dah convert dulu. She so active girl lagi lagi bila perwatakkan dia serupa lelaki. Nasib lawa, lelaki pun tak tahu dia macam mana perangai. Tudung bawal aidijuma elok terletak, tambah dengan sedikit bedak dan senyum dia yang agak manis. Lelaki pun terpikat, every guys would melt do.

"Kereta aku mati tu yang suruh Ummu patah balik pick up aku. Jahanam do kereta tu asyik buat hal je bila Sir Zaqrif yang bersyarah." Marah sangat Tiana dengan kereta kesayangan dia tu. Muka dia yang tu senang sangat nak detect kalau dia marah atau blushing.

"Okay girls abang puaka tu dah sampai, diam atau kau nak diri sampai habis kelas mamat tu." Ameer Iskandar menutup mulut gadis gadis dibelakangnya. Dia berkawan dengan Farisah dan terapat dengan Ummu dan Tiana.

Ameer Iskandar tuff orangnya, hensem bak Alif Satar, tinggi macam Zul Arifin dan dia sungguhlahh sweet talker. Farisah banyak kali kena, malu tak tahu nak letak mana. Dasar lelaki. Dia pun digilai perempuan gedik jatuh dari planet marikh agaknya. Dia pun turut meluat tapi bukan dengan mereka bertiga.

"Tahukan pasal assignment yang korang kena buat? Saya dah pilih untuk korang semua." Sir Zaqrif bersuara lantang, satu bilik kuliah tu jadi sesenyap lampu. Suara lelaki itu je bergema dari depan hingga ke meja belakang.

"I want you all to divide into groups 5 or 6 people, maximum 8 people. Get it?" Laju suara garau + serak bahasa meluncur laju dari mulutnya. Lari lintang pukang semua student mencari teman segroup. Kau gila ke kalau kau buat bodoh dengan arahan dia? Memang nyawa kau dalam bahaya weh.

"Lepas dah ada group tu bagi nama boleh tak? You guys have 30 second from now, sapa lembab kau terimalah tempat assignment kau dengan hati terbuka."

Berpusu-pusu wakil setiap group meletakkan nama depan Sir Zaqrif. Kecuali mereka berenam. Sibuk berbual rancak sehingga leka dengan arahan Sir.

Terserlah wajah kemarahan milik Sir Zaqrif. Semua menunjukkan wajah ketakutan. Ada juga yang sibuk membisik-bisik perlahan.

"Ameer, Saufi, Fakhri, Tiana,Farisah and you Ummu stand up now!" Bergema bilik kuliah tu. Longgar teruk tulang temulang milik mereka berenam. Semua sudah memaki hamun diri sendiri atas kesilapan tadi.

"Engkau semua buat ape hah?!" Merah semua muka diwajah lelaki lewat 30-an tu. Terus terusan menengking mereka berenam.

Semua senyap tak berkutik dan lantai dijadikan pemandangan. "Kau taknak jawab?!" Teriak lelaki tu laju menghempaskan fail berwarna coklat gelap atas meja Zakuan memandangkan dia duduk paling tepi.

"Pepandai engkau semualah nak kaji macam mana, aku tahu next month semua dah siap. Dan aku doa semoga kamu semua dilindungi Allah." Sinis sahaja bunyinya. Mereka berenam hanya menghantar lelaki itu keluar dengan ekor mata.

"Kau ah ni Fakhri! Yang kau pergi cerita pasal cerita viral kat facebook buat hape?" Marah Farisah dengan mata yang sengaja dibesarkan. Geram betul dengan lelaki bernama Fakhri Syafiq tu.

"Dahlah takyah gaduh, jum ah tengok apa assignment kita." Ameer menghentikan perang mulut sebelum mereka bermula. Semua salah, jangan nak tunjukkan jari dan tunding pada yang lain.

Saufi dan Fakhri kembar tak seiras. Saufi lebih tegap berbanding Fakhri yang hanya sado. Fakhri hitam sikit berbanding Saufi, katanya dulu dia suka berjemur diluar. Saufi pulak terpaksa berkepit dengan ibu sebab ibu tengah sakit masatu. So gelap tu melekat sampai sekarang. Jarang orang dapat cam mereka kembar. Tapi bagi mereka berlima perangai pun sudah dapat tahu tentang mereka. Saufi lebih hensem dengan lesung pipit yang menghiasi mukannya, Fakhri pulak menawan dengan senyum manisnya. Pasti menjadi saing para lelaki diluar sana.

Ameer mengeluarkan isi perut yang berada dalan fail coklat gelap itu. Farisah menarik salah satu kertas yang ada disitu. Mengenai tugasan mereka.'Assignment of Lease', lega mereka semua tentang tugasan mereka. Tapi tak lama.

Ummu yang memegang tempat tempat yang perlu mengetahui tentang lease terus terduduk lemah.

"Weh Wani kau pehal?" Soal Saufi yang berada disebelah Ummu menyoal. Tanpa sepatah kata atau bunyi dikeluarkan, Ummu laju menunjuk kertas yang dipegang tadi. Saufi yang pelik terus mencapai kertas yang elok terletak atas meja.

Hamik kau ternganga terus, boleh muat penumbuk Fakhri tu. Tak tahu nak kata apa, terus dia bagi dekat Fakhri dengan mulut yang masih ternganga.

Fakhri yang tengok pun turut berubah air muka, tapi cepat menenangkan hatinya yang diburu rasa tak sedap hati.

"Ni bu...bukann bangunan yang dekat.. tan.. tanjung kirai tu ke?" Farisah pun terkejut tapi digagahkan juga bertanya.

Semua mengangguk perlahan. Mungkin tak sangka sebegitu sekali penangan Sir Zaqrif. Note! Jangan main gila dengan dia. Hanya bunyi keluh mengeluh terlepas kedengaran satu persatu. Sungguh bebanan ni begitu kuat.

Terowong MisteriWhere stories live. Discover now