Bab 19

89 5 0
                                    

"Erkkk kenyangnya~" Aiman sendawa kuat. Sengaja jadi pengotor.

"Ei apakah?!" Farisah menjauhi meja yang dipenuhi pinggan kosong. Serabai betul jadi orang.

"Aku eksited masa nak sendawa tadi, tu yang jadi macam ni." Aiman selamba menghabiskan air fresh orangenya yang masih berbaki.

"Gi mana lagi lepas ni?" Aiman menyoal selepas dilanda taufan cengkerik. Eh merepek pulak.

"Jalan jalan lepastu balik. Aku dah terlampau kenyang dan aku kena bakar lemak lemak ni balik." Farisah memandang tangannya.

"Kau ni dah ketot kemetot lepastu isi macam takda isi. Boleh kau ajak aku bakar lemak? Misteri engko ni." Aiman memerhati Farisah dari atas sampai bawah.

"Kau dah kenapa hah? Nak aku bukak langkah muay thai ke apa?" Farisah menjengilkan mata pada Aiman.

"Saja tengok, okay aku bayar sat. Hang pi masuk kereta naa." Farisah hanya mengangguk dan meluru masuk ke kereta.

Tak lama kemudian, Aiman masuk dan hidupkan kereta. Gear dimasukkan kereta mula bergerak.

"Man, kita pergi kolam air panas nak tak? Sat aku pasang waze." Farisah mencapai telefonnya. Ligat tangan menari pada papan kekunci.

"Best ke?" Farisah memandang Aiman yang khusyuk memandu.

"Aku tak pernah pergi, sebabnya dulu bapak aku malas nak keluar rumah. Tu yang jadi warga kat rumah je." Farisah tersengih sambil membelek telefonnya.

"Mana kau tahu pasal kolam ni?" Soal lagi sekali sebab tak puas hati. Tch!

"Ish abang aku bagitahu. Dah kau bawak je. Hah depan tu belok kiri, tu papan tandanya." Aiman memberi signal dan belok.

"Man, esok gi melaka nak tak? Aku nak pi art gallery street tu." Farisah memakai topi, sediakan topi sebelum berbelang.

"Aku cuti dua minggu, boleh je. Aku pun teringin nak pergi sana." Aiman menarik brek dan keluar diikuti Farisah.

"Chantiyekk!" Farisah menepuk tangannya. Kalau nak harapkan uda pergi melaka aku rasa duit aku akan kopak dalam masa yang singkat.

"Eh bahasa apa tu." Farisah mengangkat kening seraya meninggalkan Aiman dibelakang.

"Woah syoknya." Kaki dicelup kedalam air.

"Hm." Aiman mengeluarkan telefon. App camera vsco dibuka dan mengambil beberapa gambar.

Aiman memandang Farisah yang dah berada dalam dunianya sendiri. Kamera dihala ke Farisah.

Klik!

Farisah tersentak dan memandang Aiman. Ada guruh ke tadi? Hah tulah berangan lagi.

"Kenapa ?" Aiman memandang Farisah kemudian memandang kakinya.

"Takde papelah jom balik." Aiman mengangguk setuju.

********************
"Jadi ke nak pergi Melaka?" Aiman membuka suara menghilangkan kesunyian yang ada.

Farisah hanya mengangguk kosong. Sesuatu menganggu fikirannya, entah kenapa rasa tak sedap hati makin menjadi jadi.

"Kau okay tak ni?" Aiman mengerling Farisah disebelahnya dan menumpukan semula pada jalan raya.

"Aku.." Farisah diam sekejap sebelum mengangguk menandakan dia okay.

Aiman diburu rasa ingin tahu. Bukan dia tak tahu Farisah menipu dia pasal perfume lelaki tadi. Bukan dia tak nampak mata Farisah yang bengkak.

"Aku tahu kau sorokkan sesuatu." Farisah mengeluh perlahan. Mulutnya dibuka tapi entah kenapa suaranya tak berminat nak berkerjasama.

Aiman mengalah, dia bukan jenis suka mendesak orang. Dia buat keputusan tunggu Farisah tenang dulu.

Aiman masih setia memegang stereng. Niatnya nak balik ke rumah Farisah tapi di ubah untuk pergi tempat lain.

Aiman memberi signal mengikut signboard Taman Tanjung Ketapang. Tempat yang sesuai untuk melihat matahari terbenam.

Mungkin sedikit sebanyak keindahan matahari terbenam dapat melapangkan fikiran Farisah yang seakan serabut.

"Eh kita nak pergi mana ni?" Farisah memandang keluar tingkap. Langit akan menjadi gelap tak lama lagi.

"Ikut je, aku bukan nak culik kau pun tak laku." Farisah mencebik, Aiman dijeling tajam.

"Apa jeling-jeling? Nak kena korek ke mata tu?" Farisah menrengus kecil dan menukar pemandangannya.

Aiman tersenyum geli hati, dia agak tertawan dengan personaliti Farisah. Iskandar memang tak guna! Dia tak patut siakan orang macam Farisah.

Keretanya diberhentikan ditempat letak kereta. Takkan nak berhenti tengah jalan pulak? Naya je balik jalan kaki.

"Jom!" Aiman memulakan langkah, Farisah tanpa banyak bunyi mengikut Aiman dari belakang.

Aiman berhenti mengejut, hampir tersungkur Farisah dibuatnya. Farisah menyepak kaki Aiman geram.

"Sorrylah, tu tengok tu." Aiman menunjukkan matahari yang ingin terbenam.

"SubahanAllah cantiknya!" Farisah tergamam seketika, hatinya agak lapang. Hilang masalah yang menyerabutkan otaknya akhir akhir ni.

Mereka menikmati pemandangan yang jarang dijumpai. Aiman mengeluarkan telefon pintarnya dan menangkap beberapa gambar.

Keterujaan Farisah juga dirakamkan didalam telefonnya. Farisah terlampau khusyuk sampai tak perasan dirinya diperhati.

Terowong MisteriWhere stories live. Discover now