Bab 24

171 8 0
                                    

Aiman Pov 👅

"Kau okay?" Aku menyoal Farisah yang duduk ditepi ambulans.

"Aku selalu tengok cerita dekat tv kena toreh kaca ni. Now aku faham apa diorang rasa." Farisah menahan perit bila paramedic menyapu iodin pada luka kaca tadi.

"Kau buat aku risau tau tak?" Aku labuhkan duduk disebelah Farisah selepas paramedic tadi mintak diri untuk pergi.

"Kau risau?" Farisah jungkit kening pelik. Kemudian menggeleng kepalanya sedikit.

"Yelah, abang kau suruh aku jaga kau tapi langsung tak terjaga. Terukkan aku ni?" Aku termenung jauh teringatkan peristiwa yang mungkin melibatkan nyawa kawannya.

"Ehem, Farisah.." Serentak aku dan Farisah mendongokkan kepala melihat empunya siapa.

Aku mengangguk pada Iskandar, dibalas juga sebuah anggukkan kecil. Aku berdiri beralih ke tempat lain membiarkan Iskandar dan Farisah seorang.

"Aiman nak pergi mana?" Aku menoleh memandang Farisah dan tersenyum kecil. 

"Jumpa bapak kau jap, kau boraklah berdua." Kaki aku melangkah menjauh. Kalau betul rasa sayang tu ada, Is akan faham.

Iskandar POV 🐾

"Boleh duduk tak?" Aku menyoal Farisah. Serious do, kekok gila nak mati lepas tu aku rasa macam nak bunuh diri bila Farisah macam menyampah bila nampak muka aku.

Congrats Ameer Iskandar!

"Hm" sepatah, fuhh rasa macam kena tusuk katana beb. Ni kalau katana betul memang mati.

Aku labuhkan duduk disebelah Farisah, automatik Farisah berdiri dan membelakangi aku. Sentap do hati bila ada orang buat centu.

"Nak apa? Cepatlah." Mendatar, riak muka pun tak boleh nak jelaskan sebab langsung tak nampak.

"Aku, aku minta maaf sebab mungkir janji. Aku tahu kau tunggu aku sepanjang 6 bu-"
Tak habis cakap, Farisah memotong laju.

"Past is past, aku malas nak ingat lagi. Kau ada life kau, tak lama lagi nak kahwin en. So, happy with your life." Titisan air mata jatuh menyentuh tangan. Aku nampak.

Ikut hati, nak aja aku peluk dan tenangkan. Tapi kalau nak buat memang tidur kat tong sampah lah jawabnya.

"Perkahwinan aku dibatalkan, dia ada lelaki lain belakang aku. Padahal lagi 2 minggu je lagi.." Aku mengurut pelipis, agaknya ni karma kut. Tapi lagi teruk sebab aku jahat sangat dulu.

"Takda jodoh lah tu." Perlahan bibir Farisah menuturkan patah perkataan. Rasa macam aku bodoh gila dulu. Kenapa ek?

"Kalau aku masuk minang kau boleh?" Aku jungkit kening, kepala beria meminta Farisah bersetuju. Sekurang-kurangnya boleh tebus balik kesalahan yang aku buat dekat dia.

"Aku tengah tunggu risikan orang lain. Kau cari orang lain yang sesuai. Kita kenal sekadar kawan dan tak lebih." Titik, rasa hati ditumbuk. Padahal tolak pinangan je pun.

Baru nak cakap, kaki dia dah pun melangkah mendekati Aiman dan bapak dia. Nampaknya Aiman menang lagi dah aku kalah.

Bapak terer do mamat ni, pe lah sia tips. Asal aku tahu pilihan Farisah tu tepat, aku akan okay.

Dari jauh memerhati gelagat Farisah dan ayahnya. Aiman turut galak melihat. Join sekaki terus ah tu.

Farisah POV 🌸

Hujung mata ligat melihat Iskandar yang jauh termenung. Bukan kehendak diri sendiri nak buat kau macam tu. Dari terus aku sakit, better aku pilih jalan ni.

Terowong MisteriWhere stories live. Discover now