Farisah POV
"Weh is, aku nampak pintu keluar tu. Cepatlah." Aku tarik-tarik baju Iskandar, geram betul. Dipanggil buat dono. Ni kalau aku bukak langkah silat aku memang dia dengar gaknya cakap aku.
"Ish sabarlah, tak hilang tak pintu tu." Iskandar membebel mengalahkan aku.
Aku hanya mengajuk cakapnya, terus kepala aku jadi mangsa sekehan dia. Ei hingat tak sakit ke apa?
Aku melajukan langkah, biar dia sensorang kat belakang. Hilang padan muka. Tapi kalau dia hilang aku yang menangis tak berlagu nanti. Ish, jauhkanlahh.
Aku pusing belakang, eh takda. Ish bodohlah is ni.
"Woi is, jangan memainlah." Aku sekadar memanggil. Berharap dia tunjukkan diri.
Tapi takda jawapan.
"Ameer Iskandar! This is not funnylah!" Naik seoktaf suara aku. Yang dikuasai rasa takut dan marah.
Takut kalau dia hilang, dan marah kalau dia tipu. Ei serious aku benci dengan dia ni.
"BAA!!" Iskandar yang tah datang dari mana terus sergah aku.
Last last aku sepak sepak kaki dia lepas tu pijak.
"Tau dah kau sayang jugak dekat aku kan?" Ameer Iskandar buat muka toya. Muka ayam berak kapur, but aku pun tak tahu canna muka ayam berak kapur. Eh who cares ?
Aku tahan je tangan nak tumbuk muka mamat gila ni. Sabar jelah hati.
"Eh dah cepat, kau tak payah nak mengedik ea." Aku tunjukkan buku lima aku depan muka Iskandar, terus dia jalan.
Kalau aku tahu, dengan ni je dah boleh buat dia jalan. Baik dari tadi aku buat. Hish benci betullah. Ergh!
Iskandar tolak pintu yang tertulis keluar. Terus aku halang matahari cucuk mata aku dengan belakang tapak tangan.
Terasa dah lama sangat tak nampak cahaya matahari. Udara ni pun rasa macam segar lain macam.
Aku menikmati permandangan yang indah. Siapa sangka ni pengakhiran terowong mesteri ni ada ciptaan Allah yang sungguh menenangkan hati.
Air terjun dan sebuah rumah berdekatan air terjun. Air tarik nafas dalam dalam. Rindunya dengan suasana indah macam ni.
Aku memang suka aktiviti lasak, lagi lagi bila penat lelah masa buat aktiviti tu ada hikmahnya dan kau akan suka.
Contohnya macam aku, aku suka daki gunung. Dan sampai puncak dalam hampir hampir matahari nak terbenam.
Then aku akan habiskan masa yang sangat lama untuk hayati pemandangan yang indah.
Takpun pergi merantau cari benda yang jarang jarang je jumpa. Macam bunga raflesia.
"Cantikkan?" Iskandar menegur aku yang sibuk tengok bertapa indahnya ciptaan Allah.
Senyuman ikhlas aku lemparkan, aku teruja. Ya tersangat teruja. Aku memerhati sekeliling sampailah aku nampak kelibat seseorang yang aneh.
Dia pegang senapang yang panjangnya sepanjang tinggi aku yang 150 meter ni. Aku mencari mana sasarannya.
Aku nampak seekor rusa yang sibuk minum air, langsung tak dihiraukan apa yang jadi sekelilingnya.
Rasa kesian dalam diri mendadak tinggi, terus aku tarik beg Iskandar dan bagitahu hasrat aku yang suci lagi murni nih.
"Kau ni gila ke bodoh." Cis, dia bodohkan aku? Punyalah helok aku gitau dia. Dia bodohkan aku pulak. Dahlah dibodohkan lepastu digilakan pulak tu, ei sakitnya tu disini..
"Tapi is.." Aku tak sempat nak gitau laju dia potong. Macam dalam litar sepang F1, berderu laju membelah angin. Tapi sekarang dia potong line aku.
"No tapi tapi, biar aku yang pergi." Dia memvolunteerkan dirinya buatkan rasa bersalah aku lagi berlipat ganda.
Aku tak mampu nak halang, terus aku ikut Is mendekati lelaki itu. Terlalu kurus sampai aku boleh tahu berapa besarnya tulang dia.
"Woi!!" Ameer Iskandar menjerit memanggil lelaki itu, seraya tembakan dilepaskan.
Mujurlah jeritan Ameer Iskandar dapat membantu rusa tadi pergi dari ni.
"Jahanam kau!" Dia menjerit kemudian membaling senapangnya ke bawah.
Terdengar bunyi pisau berlaga dengan sesuatu aku pandang tidak percaya.
"Bodoh kau lahanat, kau tahu tak aku dah lama tak makan. Dan kau hanat gila hilangkan sumber makanan aku!" Dia menjerkah tinggi, tampak lututnya melangkah longlai bergetar tak bermaya.
Aku cuba curi curi tengok dan aku tahu lelaki tu masih menghampiri, manik manik peluh yang mengalir aku mengesat kasar.
"Argh!!!" Terdengar bunyi jeritan seorang lelaki yang kehilangan kaki ditusuk pisau, Ameer Iskandar sudah terlentang tidak percaya.
Aku mendekati lelaki tadi dan melihat betapa dalamnya tusukan pisau yang melekat dibadan lelaki itu.
Aku memegang pisau dan menarik pisau tu keluar. Terdengar suara jeritan yang bergema di kawasan itu.
"Taqhif?!" Terdengar suara orang yang memanggil sebuah nama. Oh jadinyalah kan lelaki ni nama taqhif?
Jap macam pernah dengar je, tapi dimana yaa.. Hishh otakk ingatlah balik.
Marisa mendekati aku dan meminta dia gantikan tempat aku, aku hanya mengangguk dan meletakkan kepala lelaki itu diatas pehanya.
"Weh Taqhif kau janganlah mati!" Aku perhati lama gadis tu dan kemudian terdengar esak tangis seorang gadis.
"Ma.. Marisa.. A.. Aku nak kau mulakan hidup baru, cari si dia yang kau sayang. Cari mak kau, Puan Maerna.. Shee still waiting you.." Aku nampak riak wajah menahan sakit dimuka lelaki itu.
"D..dan..jang..jangan..jadi..bo..bodoh lagi..aku..surrender." Lelaki itu cuba membuat gadis tu ketawa. Seraya tangan gadistu menumbuk numbuk lengan lelaki tu.
"Ja..gaa..di..ri kau.. Ye Marisa." Dan mata lelaki itu terlelap dan takkan bangun lagi
Aku hanya berzikir dalam hati, laju gadis itu menangis dengan kuat. Air mata menitik nitik diatas muka lelaki tadi.
Aku duduk sebelahnya dan menenangkannya. Lelaki tu dah selamat kat Ameer Iskandar, dan aku rasa risau gila. And of course aku rasa bersalah gila.
Fakhri POV.
Aku memandang sayu pemergian Taqhif, tak sangka bermakna jugak planning Taqhif untuk tak berhenti langsung untuk tidur dan terus berjalan.
Tiana? Aku harap dia bahagia kat sana. Aku tak dapat selamatkan dia macam aku tak mampu nak selamatkan Saufi.
Flashback
Perjalanan diteruskan dengan kata kata dari Saufi, walaupun dia takda aku akan letakan dia dalam hati. Sama macam arwah mama.
"Argh!!" Terdengar suara Tiana menjerit.
Terus aku tengok apa yang jadi. Ternampak satu lembaga yang berlumuran darah menghempap Tiana.
"Tiana!" Aku cuba mendekati, tetapi sesekali dibalas dengan pandangan mata tajam dari lembaga tu. Dengan muka yang kering dan menyeramkan.
"Pergi! Tinggalkan aku jangan datang balik." Tiana nekad, dia cuba meronta ronta namun tenaganya bukanlah banyak mana.
"Tapi tiana.."
"Kau diam dan berambus dari sini cepatlahh gila." Aku pejam mata dan terus melintasi lembaga tadi, diikuti dengan Marisa dan Taqhif.
Terdengar jeritan bergema diseluruh terowong, terbit rasa bersalah dalam diri. Ah bodohnya aku!
Aku tabahkan hati mulakan perjalanan yang tergendala dek jeritan tu.
"Harap kau ada dengan orang orang yang Allah sayang." Bisikku kecil.
End Flashback 😭
YOU ARE READING
Terowong Misteri
Mystery / Thriller"I want you all to divide into groups 5 or 6 people, maximum is 8 people. Got it?" Bangunan misteri berdekatan daerah tanjung kirai dijadikan buah mulut orang. Malah sudahpun viral di facebook dan media sosal yang lain. ini kajian atau memang horor...