Bab 17

107 5 0
                                    

"Farisah Aulia, cepatlahh! Penat budak Aiman ni tunggu kamu." Terpekik terlolong suara ibu merungut sebab aku siap lambat.

What?Baju aku cari semua tak kena sakit hati. Seluar lagi ah, ikut hati nak aje pakai tracksuit. Kalau tak kerana si ex crush tu, aku terpaksa pinjam kakak punya kain labuh. Cis! Hah, cerita pasal tudung pulak 3 kali aku tukar tudung. Memula tudung sarung, sebab tak tutup dada. Second tudung shawl, aku lilit  punya lilit tak de beza dengan hantu pocong. Last last aku pakai tudung bawal pin kiri kanan. Fuh, berpeluh jugaklah rasa.

"Yee orangg dah siap! Sat lah!" Aku terpaksa teriak balik. Mana taknya, jauh kut pintu keluar dengan bilik. Pecah kotak suara aku yang merdu ni nanti.

Beg drawstring adidas hitam aku capai. Purse, phone, cap, handfan, powerbank semua aku sumbat dalam tu. Kita kan bangsa melayu tu yang kena ikut pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Malaysia nak hujan turun tu lambat ked, tapi kalau bab matahari memancar tu. Fuh, berbelang muka! Sapa yang bertanggungjawab nak membeli scrub muka? Ni yang nak marah ni. Hah marah marah!

"Jom man! Bye ibu, Assalamualaikum." Tangan ibu aku cium dan berdesup masuk dalam kereta. Air cond aku bukak medium. Sedap pulak rasa bila ada yang menyapa muka.

"Woi! Banyak cantik kau bukak air cond sampai medium. Kita dua aje pun." Terdengar suara ikan buntal merosakkan keindahan aku berangan ada kat iceland. Eh sat, ikan buntal cakap macam mana ek?

"Alaa biarlah, nanti minyak aku tambahlah suku. Dah jangan rosakkan aku punya mimpi." Janganlah dia percaya aku nak bayar suku. Jangankan suku, pandang stesen minyak pun aku takmau. Hiperbola melampau.

"Muka kau langsung tak tunjukkan yang kau boleh dipercayai." Gear reverse ditukar ke drive.

"Tahu tak pe, okay tidur dulu. Dah keluar kampung aku baru kejut. Hokay?" Aku membetulkan kedudukan kerusi memudahkan keselesaan aku berjalan lancar. Ehhh beria!

********************
"Farisah, bangun makcik. Dah sampai kedai makan ni. Breakfast dulu jom." Tercuit-cuit tangan Aiman mengejut si gadis yang nyenyak tidur dibuai mimpi. Dah sampai manalah tu.

"Hmm.. Janganlah kacau." Tangan Farisah menjentik tangan Aiman yang mencuit tadi.

"Dah sampailahh budak kecik." Tegak duduk si gadis mendengar panggilan budak kecik. Pantang nenek moyang dok panggil aku budak kecil.

"Kacaulah dia ni." Drawstring bag aku sangkut pada bahu. Malaslah nak selongkar menyelongkar ni. Menyusahkan.

Pintu kereta aku hempas kuat sikit. Sikit aje. Tuan dia ni jenis sayang kereta macam sayang bini. Disgusting.

"Eh budak! Tutup lak elok elok, sukahati nenek atok dia aje main hempas hempas." See, mesti orang kata dia gila kalau dia kahwin dengan kereta.

"Tak heran pun." Aku menjeling tajam. Kaki menaiki tangga dan mencari meja kosong.

Aku aim meja bawah kipas, laju kaki melangkah mendekati meja dan berhenti kaku. What the ikan? Asyraf psycho buat apa kat Muar ni. Mati mati.

Aku pusingkan badan serta merta.

"Aulia? Is that you?" Hah! Dia ni kan makan apa tah. Dahlah panggil aku Aulia. Jijik tahu ? Lepastu acah acah orang putih. Padahal orang kelantan.

Aku masih tak pusing, mana Aiman ni? Waduh gawat ni!

"Hey, where you go?" Aiman yang berada di depan sedikit sebanyak melegakan aku.

"Jom duduk sana merayau je." Aku mengikut rentak kaki Aiman tapi sayang~ kena halang. Adoi!

"Aulia! Moh ler make nga ambo." Dush! Hamek keluar terus kelantanese dia.

"Tak payahlah, saya dah ada date." Aku terus melangkah pergi.

"Kalau kawe hok dapat mu jange mimpi ore nak mu." Lelaki itu tersenyum sinis dan duduk ditempatnya semula.

"Siapa tu farisah?" Aiman yang dari tadi memerhati membuka suara.

"Psycho guy." Mendatar suara. Takda rasa nak cakap. Nak balik! Ibuu 😭

"Wow, tak sangka dak macam kau ada fans." Bahalul punya anak Pakcik Mohd Zanuri.

"Ei, tak hingin ada fans macam dia. Dah panggil orang tu, aku nak order. Lapor tahu?" Aku merungut, bukan cerewetlah. Aku lapor tahu?

"Order?" Seorang lelaki mungkin bawah aku memegang memopad dan sebatang pen.

"Roti canai kosong 2 dengan teh suam. Bukan panas tau?" Tak pepasal kebas lidah, macam tak pernah kena.

"Sama lah dek." Aiman bermain dengan tisu yang elok terletak atas meja.

"Kau dah tak de keja lain ke main tisu?" Buat malu keturunan adam ade main tisu. Kalau dibuat lap mulut ke peluh ke tak apa jugak. Ni dia pergi koyakkan tisu tu. Buang tebiat agaknya.

"Aku bosanlah." Mendatar, tak ada suara suara yang sinis dan acah acah merajuk macam budak 5 tahun tu.

"Telefon kau mana? Selalu coc tak pun instagram. Kesian tengok kau sejak hilang awek ni. Ish ish ish" Aku mengeleng gelengkan kepala. Tak sampai sebulan pun putus dah macam orang hilang anak dah aku tengok.

"Adelah, tapi aku lupa topup semalam. Kau punya pasallah." Eh eh dia ni, aku tanya punya baik okay. Suka suki dia je salahkan aku.

"Tu ada wifi. Buta ke apa?" Aku tunjuk dekat tiang sebelah orang gila ni.

"Eh ada eh? Hehehe tak perasan pulak." Aku buat muka tak puas hati.

"Kau ni, selagi tak kena tapak kasut vans aku ni selagi tu otak kau tak jalan kan?" Aku mendengus kecil.

"Takat kasut vans, makin rosak kepala aku adalah." Aiman tersenyum kemenangan bila adik pelayan tadi hantar kemenangan.

Terusik nafsu makan aku tengok roti canai siap berwap wap ni. Fuhh, makin selera.

Singki yang berada tak jauh aku gera perlahan. Check kiri kanan.

"Line clear." Bisikku perlahan. Terus aku pusing nak balik meja balik. Eh kuss semangatttt hoi!

"Bakpo pucat muko tu?" Aduhmak, kenapalah dia ni yang muncul. Panass betullah!

"Takde pape bye!" Terus aku lari dan makan roti canai sampai habis. Air teh aku teguk rakus selepas pastikan tak terlalu panas.

"Hoi! Makan macam orang kebulur ni kenapa? Tercekik padan muka." Aku jeling Aiman tajam.

"Jeling jeling, cucuk mata pakai garpu ni ni karang baru tahu." Aku buat buat tak dengar. Biar dia, jahat lagi. Ada ke patut nak cucuk mata aku yang lawo ni. Sungguhlah kureng hajo.

"Man lanje, nanti tuntut dalam kereta. Nak kunci, nanti aku start." Aiman memandang pelik, lambat lambat kunci diletakkan atas tapak tangan. Takut aku rembat kereta dia lah tuh.

Terus aku picit butang bukak dekat kunci kereta. Cepat cepat aku masuk sebelah tempat duduk pemandu.

Belum sempat aku kunci balik, pintu pemandu dibuka kasar. Sahlah bukan Aima right ? Pintu aku bukak namun sempat dihalang lelaki itu.

"Mung bangat gi mano? Ambo nak mu ingak mu ambo punyo. Mu dengo dok? Ambo ake buak mu jadi hok ambo." Tangan lelaki itu menampar nampar perlahan pipi aku.

Menggigil gigil tangan aku pegang erat, kasut aku tanggal dan naik atas kerusi. Kepala didaratkan ditengah tengah lutut.

Dan kemudian aku terlelap.

A/n : menggigil gigil nak taip loghat kelantan padahal orang johor. Fuh, semua blog google aku sapu. Betul tak betul redo je okay? 😂

Terowong MisteriWhere stories live. Discover now